Biodata Goh Jin Wei, Pemain Perseorangan Wanita Negara

Goh Jin Wei merupakan salah seorang dari barisan atlet negara yang berjuang di Olimpik Paris 2024 dalam acara sukan badminton perseorangan wanita.

Biarpun Jin Wei gagal meneruskan aksinya ke peringkat 16 terbaik, namun semangat juang yang dipamerkannya telah mendapat perhatian ramai sehingga namanya “trending” di media sosial.

Atlet 24 tahun tidak mengalah biarpun dia satu-satunya pemain yang hadir di bumi Paris tanpa ditemani jurulatihnya, Nova Armada berikutan masalah kad akreditasi yang terhad dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Goh Jin Wei.

Baca juga:

Latar Belakang

Goh Jin Wei
Kredit: LI-NING
NamaGoh Jin Wei 
Nama PanggilanJin Wei 
Tarikh Lahir30 Januari 2000
Tempat LahirBukit Mertajam, Pulau Pinang
PekerjaanAtlet badminton
Tangan UtamaKanan
Ketinggian164 cm
Akaun Media SosialInstagram @jinweigoh
YouTube @jinweigoh

Kehidupan Peribadi

Goh Jin Wei fasih dalam berbahasa Melayu, English, Mandarin dan Hokkien. Beliau tidak pernah berkongsi berkenaan latar belakang keluarganya kepada umum. Namun semestinya keluarganya sentiasa memberi sokongan padu dan motivasi buatnya sejak di awal penglibata dan sukan badminton sehingga sekarang.

Beliau merupakan sahabat baik kepada beberapa atlet badminton negara seperti Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik, dan Li Pei Jing. Foto dan video empat sahabat ini selalu dimuat naik ke dalam media sosial sebagai kenangan.

Kerjaya & Profesional

Goh Jin wei mula bermain badminton sejak usia 6 tahun lagi sebagai hobi. Bapanya yang mula melihat bakat anaknya itu pun membiarkannya berlatih di bawah bimbingan Teh Peng Huat, bekas jurulatih Lee Chong Wei.

Ketika berusia 11 tahun, beliau menang acara badminton peringkat kebangsaan yang mewakili sekolah rendahnya. Pada 2013, beliau menolak tawaran dari Singapura untuk bermain untuk negara itu. Karier beliau telah dirangka ke pusat kebangsaan Malaysia pada 2014.

Beliau mula memenangi kejohanan peringkat kebangsaan dari usia 11 tahun dan berada dalam pasukan kebangsaan dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan Wong Tat Meng dan bekas jurulatih wanita perseorangan di Indonesia Rony Agustinus.

Pada Februari 2015, Goh menjadi pemenang kebangsaan yang termuda pada usia 15 tahun selepas mengalahkan Lim Yin Fun di final Terbuka Kuala Lumpur.

Menerusi rekod dari BWF dalam acara badminton perseorangan wanita, beliau berada di tangga ke 32 dunia, dan memegang rekod 166 kali juara.

Goh Jin Wei mengumumkan persaraan pada 2021 di usia 21 tahun. Keputusan itu diambil berdasarkan atas faktor kesihatan selepas mengalami masalah kesihatan di bahagian perut sehingga menyebabkan terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada pertengahan 2019.

Kredit: Shuttlehard
Goh Jin Wei
Kredit: LI-NING

Rekod Dalam Olimpik Paris 2024

Goh Jin Wei berada dalam aksi kumpulan H untuk acara badminton perseorangan wanita. Berikut adalah rekod perlawanan beliau setakat ini:

  • Goh Jin Wei vs Johanita Scholtz (Jamaica)
    • Menang stright set 23-21, 21-11
  • Goh Jin Wei vs Kim Ga Eun (Korea Selatan)
    • Kalah 17-21, 22-20, 21-23
Kredit: Majlis Sukan Negara

Pencapaian Goh Jin Wei

Kredit: BWF World Tour Final

Goh Jin Wei telah mengukir beberapa pencapaian luar biasa setelah namanya dinobatkan sebagai pemain wanita perseorangan negara.

Beliau telah mengumpul pelbagai pujian dan pencapaian sepanjang kerjayanya yang cemerlang.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Jin Wei sepanjang menjadi pemain badminton:

Pencapaian:

PertandinganKategoriPingatTahun
Kejohanan Remaja AsiaPerseorangan wanitaGangsaBangkok, 2015
Kejohanan Remaja AsiaPasukan campuranGangsaJakarta, 2017
Kejohanan Remaja DuniaPerseorangan wanitaEmasLima, 2015
Kejohanan Remaja DuniaPerseorangan wanitaEmasMarkham, 2018
Kejohanan Remaja DuniaPasukan campuranPerakBilbao, 2016
Kejohanan Remaja DuniaPasukan campuranPerakYogyakarta, 2017
Kejohanan Remaja DuniaPerseorangan wanitaGangsaYogyakarta, 2017
Grand Prix BWFMaster IndonesiaPerakIndonesia, 2016
Grand Prix BWFTerbuka Taipei CinaPerakChina, 2017
Cabaran Antarabangsa BWFAntarabangsa BelgiumEmasBelgium, 2015
Siri Antarabangsa BWFSiri Antarabangsa VietnamEmasVietnam, 2015
Cabaran Antarabangsa BWFAntarabangsa OrleansEmasOrleans, 2016
Siri Antarabangsa BWFAntabangsa SingapuraPerakSingapura. 2017
Sukan Olimpik BeliaPerseorangan wanitaEmasBuenos Aires, 2018
Sukan Asia TenggaraPerseorangan wanitaEmasKuala Lumpur, 2017
Sukan Asia TenggaraPasukan wanitaPerakSingapura, 2015
Sukan Asia TenggaraPasukan wanitaPerakKuala Lumpur, 2017
Sukan Asia TenggaraPerseorangan wanitaGangsaSingapura, 2015
Kejohanan Pasukan AsiaKumpulan wanitaGangsaManila, 2020

Anugerah:

  • SAM-100 Plus Best Young Athlete (Atlet Muda Terbaik SAM-100 Plus)
  • Tunas Harapan Negeri Pulau Pinang

Fakta Menarik Mengenai Goh Jin Wei

  • Jin Wei pernah menjalani pembedahan membuang sebahagian usus besar.
  • Beliau mengidolakan Ratchanok Intanon dan Akane Yamaguchi.
  • Beliau gemar membaca dan salah satu buku kegemaranya adalah Guinness Book of Record. Impiannya untuk melihat namanya berada dalam buku itu suatu hari nanti.
  • Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang saintis, untuk terlibat dalam kimia dan sains.

Tahniah Goh Jin Wei! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan badminton tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @jinweigoh
  2. 10 Things About: Goh Jin Wei, Badminton World Junior Champ. Malay Mail
  3. GOH Jin Wei. BWF
Bantu kami share artikel ini: