Biodata Bella Astillah, Wakil Malaysia di Wuhu Shenshan Music Festival 2024

Baru-baru ini, Bella Astillah telah dipilih menjadi wakil Malaysia untuk membuat persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024.

Bella menyanyikan lagu “Sumandak Sabah” dan lagu dalam Bahasa Mandarin dalam persembahan tersebut.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Bella Astillah.

Baca juga:

Latar Belakang

Bella Astillah
Kredit: Instagram @bellaastillah
NamaDayang Nabellah Binti Awang Astillah
Nama PanggilanBella Astillah
Tarikh Lahir15 Mac 1994
Tempat LahirSandakan, Sabah
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi dan duta produk
Akaun Media SosialInstagram @bellaastillah
X @bellaastillah
TikTok @bellaastillah_94
YouTube @belladiaries7780

Kehidupan Peribadi

Bella Astillah
Kredit: Instagram @bellaastillah

Bella Astillah merupakan anak pada pasangan Siti Zarina Astillah dan Awang Astillah Dullah. Adik Bella iaitu Didi Astillah adalah seorang penyanyi dan pelakon wanita yang mula dikenali ramai selepas menyertai Idola Kecil Musim 1.

Kredit: Instagram @bellaastillah

Bella Astillah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada akhir 2016 selepas berkenalan selama dua tahun.

Kemudian, pasangan ini memfailkan penceraian pertama pada 16 Mei 2019 di Makhamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bella mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rumah tangganya bersama Aliff kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang berlaku curang itu.

Namun dalam tempoh iddah, Bella dan Aliff telah kembali rujuk semula. Hal itu disahkan sendiri olehnya di laman Instagram pada April 2020 lalu.

Empat tahun selepas itu, rumah tangga pasangan selebriti ini kembali bergolak apabila Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon sensasi, Ruhainies. Pada 13 Jun 2024, Aliff melafazkan talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie di Makhamah Rendah Syarie Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan tersebut beliau dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff (7 Julai 2017), dan Ara Adreanna Mohammad Aliff (18 Julai 2020).

Kerjaya & Profesional

Bella Astillah mula berkecimpung dalam dunia seni apabila beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak menerusi album Anak-Anak Mutiara.

Beliau juga sangat aktif bergiat dalam dunia lakonan dan mula terlibat dalam drama pertamanya iaitu adaptasi novel, Cinta Belum Tamat Tempoh bersama Nafiz Muaz.

Berikut adalah antara single lagu, filem, telemovie, dan drama yang pernah beliau terlibat:

Single:

  • Diari Ramadahan (2006), OST Drama Diari Ramadhan Rafique
  • Bersama Di Hari Raya (2019), bersama Didi Astillah
  • Tenang (2020)
  • Pano (2023)

Kemunculan lain:

  • Jom Raya (2019), Aliff Syukri menampilkan Bella Astillah dan Zizi Kirana)
  • Starlela (2019), bersama Ifa Raziah dan Zizi Kirana
  • Preggy Mama (2020), lagu produk Jus Mamariam
  • #jangankeluar (2020), bersama yonnyboii, Shila Amzah, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju, Kowachee, DOLLA, ASYRFNSIR, Abubakarxli, Siqma, Malik Abdullah
  • Tetap Di Sini (2022), bersama Aliff Aziz

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2019Cinta Belum Tamat TempohQaisaraAstro Ria
2021Yang Bakal Mati Ramadan IniZailaAwesome TV
2021RamadaniLydiaTV3
2021Kampung KolestrolBellaTV9
2021Malaysian Ghost StoriesMariaAstro Ria
2021Kita ReguLanaAstro Arena
2021Perisik Cinta Tak DiundangEriannaTV3
2022Aku Tanpa CintamuNuhaTV3
2022Adakah Engkau MenunggukuMayaTV3
2022-2023Cina ButaBellaAstro Ria
2023Tanah Kubur (Musim 16)SuziAstro Oasis
2024Leha Leya LawaLehaTonton

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2019Jamil Balik KampungJamilahAstro Citra
2021Mek BungaYatiTV2
2022Doktor IdamanMeemtv3
2022Sekolah SampahNureenAstro Citra
2022Kerusi KecilAdraTV1
2024Restu Untuk MilaTV1

Televisyen:

TahunTajukSaluran TV
2019Masak Apa Tu?TV3
2020Nyanyi Dari RumahTV2
2020The Sherry ShowTV3
2021Sepahtu Reunion LiveAstro Warna
2021Punchline DACAstro Warna
2022Famili Duo (Musim 2)TV3
2023Studio SembangYouTube ATHQ Media(Amelia Henderson)

Pencapaian Bella Astillah

Bella Astillah telah diundang untuk membuat persembangan dan mempromosikan budaya Malaysia di Shanghai, China pada 24 Mei lalu.

Terdahulu, Bella juga pernah dipilih mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan di Wuju Sheshan Music Festival 2024 di China.

Penyanyi kelahiran Sabah ini menyampaikan lagu Sumandak Sabah dengan pakaian traditional orang Sabah.

Fakta Menarik Mengenai Bella Astillah

  • Penyanyi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh Bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, dan banyak lagi.
  • Kakak kepada pelakon dan penyanyi, Didi Astillah.
  • Mempunyai pengikut di laman Instagram seramai 2.5 juta dan TikTok seramai 1.8 juta.

Tahniah Bella Astillah! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang seni yang diceburi dan menjadi inspirasi buat ibu tunggal di luar sana.

Sumber:

  1. Instagram @bellaastillah
  2. Bella Astillah Tak Pandang Belakang Lagi! Wakili Malaysia Buat Persembahan Di China. Oh!Media
Bantu kami share artikel ini: