Residensi Prihatin: Program Rumah Pertama Golongan B40 di Wilayah Persekutuan

Berita baik bagi golongan B40 yang tinggal di WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang mahu membeli rumah pertama apabila kerajaan telah mengumum program perumahan mampu milik dikenali sebagai Residensi Prihatin.

Kementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa 40 ribu unit rumah mampu milik akan dibina di seekitar Kuala Lumpur, khas untuk mereka yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan sahaja.

Projek ini akan bermula pada tahun 2021 dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2024. Permohonan untuk program ini sudah dibuka.

Program perumahan ini menawarkan rumah yang dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dapur, ruang makan, ruang tamu dan halaman rumah yang akan dibina secara konsep strata (apartment/flat).

Syarat permohonan

Disebabkan program Residensi Prihatian ini difokuskan untuk golongan berpendapatan rendah sahaja, maka hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja layak memohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumumur 18 tahun keatas
  • Hanya untuk pemohon yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar isi rumah: Tidak melebihi RM5000
  • Bagi permohonan untuk rumah pertama sahaja
  • Sekatan penjualan selama 10 tahun
  • Pemohon mestilah mendaftar di portal Residensi Prihatin

Senarai projek dan spesifikasi rumah

Buat masa ini, beberapa lokasi sudah dikenalpasti antaranya:

  • Rebana – Presint 5 Putrajaya
  • Serunai – Presint 5 Putrajaya
  • Tanjung – Presint 5 Putrajaya
  • Sentral – Presint 7 Putrajaya
  • Cemara- Presint 11 Putrajaya
  • Cengkih- Presint 16 Putrajaya
  • Kenanga – Presint 19 Putrajaya
  • Mawar – Presint 19 Putrajaya
  • Cempaka – Presint 19 Putrajaya
  • Melur – Presint 19 Putrajaya

DIjangka lebih banyak projek akan ditambah pada masa hadapan setelah lokasi-lokasi baru untuk dibangunkan telah dikenalpasti.

Untuk harga yang ditawarkan untuk setiap rumah ini serta spesifikasi setiap projek ini, sila layari laman web Projek Residensi Prihatin.

Cara memohon

Residensi Prihatin

Sekiranya anda berminat dengan program perumahan ini, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Pemohon mestilah mendaftar di portal Residensi Prihatin
  2. Pemohon mestilah memuatnaik segala dokumen sokongan seperti yang diminta dalam portal tersebut
  3. Tempoh sah laku permohonan adalah selama 1 tahun. Sekiranya permohonan tidak dilengkapkan dalam tempoh 1 tahun, permohonan tersebut akan terbatal.

Semakan status permohonan juga boleh dibuat melalui portal di atas.

Selain itu, pemohon juga akan dimaklumkan melalui emel oleh pihak urusetia sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. Pastikan alamat emel yang dimasukkan adalah betul.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai program perumahnan Residensi Prihati ini, anda boleh menghubungi pihak urus setia berdasarkan maklumat di bawah.

  • Alamat: Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN, Bahagian Sosio Ekonomi, Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Kementerian Wilayah Persekutuan, 62100 Putrajaya
  • Waktu urusan : Isnin – Jumaat ( 8.30 pagi – 4.30 petang )
  • Faks: 03-8889 7640
  • Emel: [email protected]
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!