Pandu Puteri Tunas: Visi, Misi, Sejarah, Pakaian Seragam, Lagu, DLL

Pandu Puteri Tunas: Visi, Misi, Sejarah, Pakaian Seragam, Lagu, DLL

Pandu Puteri Tunas adalah salah satu cabang pergerakan Pandu Puteri yang ditujukan khusus untuk kanak-kanak perempuan berusia 9 hingga 12 tahun. Organisasi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: PBSM (Pertubuhan Bulan Sabit Merah) : Sejarah Penubuhan, Peranan, Logo, DLL

Pandu Puteri Tunas

Dasar Program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan menguasai asas Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan  hingga 12 tahun. 

Seorang kanak-kanak perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga berumur  12 tahun.  Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas. 

Visi

Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan.

Misi

PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.

Sejarah Penubuhan

Pandu Puteri Tunas: Visi, Misi, Sejarah, Pakaian Seragam, Lagu, DLL

Pandu Puteri Tunas telah wujud sejak awal abad ke-20 sebagai sebahagian daripada pergerakan Pandu Puteri di seluruh dunia. 

Di Malaysia, Pandu Puteri Tunas mula diperkenalkan untuk membantu kanak-kanak perempuan mengembangkan potensi diri mereka dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan. 

Pergerakan ini telah berkembang dengan pesat dan kini menjadi salah satu organisasi yang dihormati di negara ini.

Syarat Penubuhan Pasukan 

  • Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang. 
  • Satu pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada  melebihi daripada 36 orang ahli. 
  • Setiap pasukan mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Siti Setia. 
  • Setiap pasukan hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan secepat mungkin.  
  • Borang Pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia berserta dengan yuran pendaftarannya. 
  • Yuran pendaftaran pasukan hanya dibayar sekali dan disertakan dengan Sijil Pendaftaran pasukan berkenaan.  
  • Sijil pendaftaran ialah hak milik pasukan di sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti. 
  • Setiap pasukan dikehendaki mengemaskinikan bilangan  ahlinya dan memperbaharu pendaftaran keahlian dalam talian di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (https://www.panduputeri.org.my/) sebelum 31 Mac setiap tahun. 
  • Yuran keahlian perlu dihantar ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan sebelum 31 Mac setiap tahun. 
  • Pasukan didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama  daerah, nama sekolah dan nama cawangan. 
  • Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Jawatankuasa terdiri daripada:
    • Ketua Pasukan
    • Ketua Berenam
    • Penolong Ketua Berenam
  • Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong pengerusi dalam Pow-Wow. 
  • Pasukan memilih secara undi sulit seorang ketua pasukan dalam kalangan ahlinya.
  • Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri, manakala Penolong Ketua Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya. 

Pakaian Seragam

Pakaian seragam ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merujuk Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari Pusat Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 

  1. Ahli baharu dibenarkan memakai pakaian seragam dengan skaf perang tanpa Lencana Pelantikan. 
  2. Ahli baharu dibenarkan memakai Lencana Dunia, lambang kumpulan dan tag nama.
  3. Pakaian seragam lengkap dipakai oleh Ahli Baharu selepas dilantik. 
  4. Memakai tag nama berwarna hitam bertulisan putih yang berukuran 1.7 cm X 6.7 cm di atas lambang kumpulannya.
  5. Ahli  memakai lambang kumpulannya di bahagian atas poket kiri pakaian seragam.  Ketua Pasukan memakai tiga jalur putih di poket kiri blausnya.
  6. Ketua Kumpulan Berenam memakai dua jalur putih di poket  kiri blausnya.
  7. Penolong Ketua Kumpulan Berenam memakai satu jalur putih  di tengah poket  kiri blausnya.
Pandu Puteri Tunas

Ahli yang telah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada: 

  • perjumpaan pasukan;
  • majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas; 
  • majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan dan kebangsaan; 
  • majlis rasmi anjuran pihak lain. 

Pelantikan Pandu Puteri Tunas 

  1. Seseorang ahli baharu mestilah  lulus ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas sebelum dilantik.
  2. Istiadat Pelantikan dirancang  oleh Kakak Setia untuk semua ahli baharu sebaik sahaja mereka lulus ujian Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas.
  3. Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.  
  4. Istiadat  Pelantikan Pandu Puteri Tunas dijalankan dalam formasi Lingkungan Pandu Puteri Tunas. 

Persetiaan, Undang-Undang, Cogan Kata Pandu Puteri Tunas, Isyarat Dan Hormat, Berjabat Tangan, Dan Khidmat 

Persetiaan Pandu Puteri  

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya;

  • menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia; 
  • menolong orang setiap masa;
  • dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri.   

Undang-undang Pandu Puteri Tunas  

  1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 
  2. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 
  3. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain. 
  4. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun.
  5. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

Tolong Orang Selalu (TOS) 

Isyarat Pandu Puteri 

Tiga jari tangan kanan ditegakkan, ibu jari diletakkan menindih jari kelengkeng yang bermaksud yang kuat menolong yang lemah. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. 

Hormat 

Memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat Pandu Puteri pada paras bahu dalam keadaan sedia. 

Berjabat Tangan 

Berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli Pandu Puteri yang lain.  Pandu Puteri Tunas menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan ahli. 

Khidmat 

Memberikan khidmat dengan cara menolong orang setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah. 

Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas

Lagu

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan informasi terkini mengenai Pandu Puteri Tunas, sila layari laman web rasmi Pandu Puteri Tunas.

Bantu kami share artikel ini: