Aktiviti Hari Guru: Contoh Aktiviti, Template Mewarna

Hari Guru sememangnya disambut dengan penuh keriangan di sekolah dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik.

Aktiviti yang dianjurkan juga sebaiknya tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tingggi kerana ita sedia maklum bahawa peruntukan yang diberikan kepada pihak sekolah sebaiknya dimanfaatkan untuk para pelajar.

Paling penting, aktiviti yang dianjurkan dalam melibatkan penglibatan semua murid dan para guru di sekolah.

Berikut merupakan contoh beberapa aktiviti yang boleh dianjurkan di sekolah sempena hari yang istimewa ini:

1. Majlis penghargaan Hari Guru

Hari Guru sememangnya disambut untuk menghargai para guru yang telah berpenat lelah mendidik kita.

Namun, anda juga boleh anjurkan pertandingan majlis penghargaan dengan memberikan hadiah untuk beberapa kategori menarik seperti “Guru Paling Sporting”, “Guru Paling Cantik”, “Guru Paalaling Garang” dan pelbagai kategori lain mengikut kategori anda.

Untuk menjadikan majlis penghargaan ini lebih menarik, buat undian dalam kalangan pelajar untuk memilih para pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Aktiviti sebegini sememangnya antara aktiviti Hari Guru yang paling popular dan diadakan hampir setiap tahun.

Artikel berkaitan: Hadiah Hari Guru: 40 Idea Hadiah Yang Menarik

2. Pertandingan mewarna

Aktiviti pertandingan mewarna juga merupakan antara aktiviti paling popular sempena sambutan Hari Guru kerana aktiviti ini boleh diserta oleh semua murid.

Berikut merupakan beberapa contoh template mewarna sempena tema sambutan Hari Guru yang boleh anda gunakan untuk pertandingan mewarn itu nanti:

pertandingan mewarna hari guru

3. Pertandingan kebudayaan / persembahan

Sesetengah guru mempunyai bakat terpendam membuat persembahan tidak kira berlakon, bersajak, menyanyi dan sebagainya.

Maka majlis sambutan Hari Guru merupakan antara platform yang sesuai untuk para guru mempersembahkan bakat-bakat terpendam mereka.

Majlis sambutan Hari Guru di sekolah anda pastinya lebih meriah dengan adanya aktiviti sebegini.

Baca lagi: Pantun Untuk Guru – Koleksi Pantun Sempena Hari Guru

4. Aktiviti kraftangan

Sekiranya anda berminat dengan aktiviti kraftangan, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dianjurkan seperti pertandingan merekkacipta menggunakan barangan terpakai dan seumpamanya.

Di bawah ini merupakan template membuat sejambak bunga daripada kertas yang diwwarnakan dan dilipat.

Kredit: Cikgu Ainul

5. Ceramah inspirasi

Kita biasa dengan mengenai ceramah motivasi. Apa kata dianjurkan pula ceramah inspirasi?

Ceramah sebegini berguna buat para guru berkongsi kisah-kisah mereka kepada rakan sejawat mereka akan dapat memberi inspirasi kepada guruu-guuru yang lebih muda.

Artikel menarik: Pantun Untuk Guru – Koleksi Pantun Sempena Hari Guru

Lain-lain aktiviti

Selain senarai aktiviti di atas, berikut merupakan beberapa jenis lagi aktiviti menarik yang boleh dianjurkan sempena majlis sambutan Hari Guru di sekolah anda:

  1. Aktiviti / Pertandingan sukan antara guru
  2. Program kebersihan dan keindahan sekolah
  3. Aktiviti kebajikan amal
  4. Aktiviti pembangunan rohani
  5. Program komunitiSesi perbincangan dan refleksi
  6. Kelas kreatif dan interaktif
  7. Program penghargaan alumni
Bantu kami share artikel ini: