Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Johor (YPJ) 2024

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) AKAN DIBUKA PADA 3 JULAI 2024 HINGGA 20 OGOS 2024.

Permohonan ini dibuka kepada semua yang layak memohon.

Sila rujuk syarat permohonan dan maklumat lanjut di bawah.

Apakah Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan Skim Bantuan Pendaftaran bagi penuntut baharu sebanyak RM500 secara one-off kepada pelajar yang layak.

Kerajaan Johor berharap bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Johor yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.

Baca juga: BUDI Sabah – Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT 2024

Syarat Am Permohonan

Syarat am permohonan untuk skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon lahir atau menetap di Negeri Johor.
  2. Permohonan terbuka semester pertama Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KP YPJ bermula Jan 2024 – Dis 2024.
  3. Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 Tahun atau lebih.
  4. Pemohon tidak menerima mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja mengikut sesuatu tahap pengajian.
  6. Tiada had pendapatan Ibu Bapa/Penjaga.
  7. Pemohon wajib mengisi Borang Sokongan SBP dan mendapatkan tandatangan serta cop pengesahan di kawasan DUN masing-masing.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.

Dokumen Wajib

Dokumen wajib yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar.
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga.
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor & Kolej Komuniti.
  5. Salinan Akaun Bank Pelajar (Nombor akaun bank).
  6. Borang Sokongan SBP (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing.

NOTA:

  • Pengesahan lampiran dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 & Ke Atas/Pegawai Kategori A/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.

Tatacara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Muat turun Borang Sokongan SBP.
  2. Pastikan Borang Sokongan SBP ada (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing.
  3. Layari Portal Permohonan SBP 2024 di portal https://bantuan-ypj.com
  4. Klik ‘Daftar’ dan isikan segala maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan.
  6. Selesai

Baca juga: iBAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan IPT Kedah 2024

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Johor boleh dirujuk menerusi medium berikut:

Bantu kami share artikel ini: