Puasa Tasu’a 2024: Lafaz Niat, Fadhilat & Tarikh 9 Muharam

HARI TASU’A : KELEBIHAN, KEUTAMAAN & TARIKH PUASA SUNAT TASUA 2024

Antara amalan sunat yang digalakkan dalam bulan Muharram adalah puasa Asyura dan puasa Tasu’a.

Amalan puasa sunat ini dilakukan pada tarikh 9 Muharram (puasa Tasu’a) dan 10 Muharram (puasa Asyura) dan sangat dianjurkan dalam Islam.

Di dalam bulan ini terdapat salah satu hari yang dinamakan Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram.

Dalam kalendar Islam, bulan Muharram merupakan bulan pertama dan bulan Muharram ini mempunyai kelebihan seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T bahawa ianya adalah salah satu daripada bulan haram.

Rasulullah S.A.W. juga telah menerangkan melalui hadis sabda Baginda mengenai bulan- bulan haram yang terdiri daripada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Tarikh Puasa Tasu’a 2024

Pada tahun ini, puasa Tasu’a (9 Muharam) jatuh pada hari Isnin, 15 Julai 2024.

Sementara itu, puasa Asyura (10 Muharam) jatuh pada hari Selasa, 16 Julai 2024.

puasa muharam muharram

NOTA: Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharam atau pada 11 Muharam berserta dengan puasa hari ‘Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi. Namun, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja, dan pahalanya tetap dikira.

Artikel menarik: Hari Asyura 2024 – Tarikh & Kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

hari tasu'a

Lafaz Niat

Berikut merupakan lafaz niat puasa sunat Tasu’a:

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

“Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

niat Puasa Tasu'a hari
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Fadhilat Puasa Tasu’a

Rasulullah ﷺ turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah ﷺ:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
“Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah ﷺ seakan lebih cenderung untuk berpuasa sehari sebelum hari Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a. Sabda Rasulullah ﷺ:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Sabda Rasulullah: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insya-Allah aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah ﷺ telahpun wafat.” (HR Muslim)

Bantu kami share artikel ini: