Piala Sumbangsih 2024 [LIVE] JDT vs Selangor (10 Mei 2024)

Piala Sumbangsih biasanya menjadi perlawanan pembukaan musim baru untuk Liga Super di Malaysia.

Bagi yang tidak tahu, nama lain Piala Sumbangsih adalah Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan perlawanan ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985.

Format terkini Piala Sumbangsih menyaksikan Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini.

Namun, sekiranya Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia adalah pasukan yang sama, maka perlawanan Piala Sumbangsih akan menemukan Juara Liga Super dan Naib Juara Liga Super.

Itulah yang berlaku untuk tahun ini apabila Johor Darul Takzim akan bertemu Selangor setelah JDT memenangi kedua-dua Liga Super dan Piala Malaysia bagi musim lalu.

Sejarah Piala Sumbangsih

Walau bagaimanapun, formatnya sedikit berbeza satu ketika dahulu.

Piala ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985, walaupun perlawanan diadakan pada 31 Disember 1984.

Juara Piala Malaysia 1984 (Selangor) bertarung dengan Pahang, naib juara Piala Liga 1984 (Selangor juga juara Liga ’84).

Sehingga musim 1992, juara Piala Malaysia (PM) akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia.

Format telah ditukar pada musim 1993, dimana juara PM akan berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang PM juga adalah juara FA).

Bermula musim Liga Malaysia 2011, format yang digunakan sehingga kini telah diperkenalkan.

Senarai Pemenang / Juara Sebelum Ini

Beriku merupakan senarai pemenang Piala Sumbangsih sehingga kini:

  1. Selangor – 8
  2. Johor Darul Takzim – 8
  3. Kedah Darul Aman – 3
  4. Kuala Lmpur City – 3
  5. Sri Pahang – 3
  6. Perak – 3
  7. Perlis – 2
  8. Johor Darul Takzim II – 1
  9. Kelantan – 1
  10. Negeri Sembulan – 1
  11. Terengganu – 1
  12. Sarawak – 1
  13. Singapura – 1
  14. Pulau Pinang – 1
  15. MPPJ – 1
  16. ATM – 1

Artikel berkaitan: Piala Presiden 2024: Senarai Pasukan & Format

Tarikh & Jadual Perlawanan Piala Sumbangsih 2024

Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2024 iaitu Piala Sumbangsih dijadualkan akan berlangsung pada 10 Mei 2024, menemukan juara Liga Super 2023, Johor Darul Takzim dan Naib Juara Liiga Super 2023, Selangor.

Seperti termaktub dalam undang undang Liga Malaysia, hak penganjuran Piala Sumbangsih kekal diberikan kepada juara Liga Super, dan ini bermakna JDT akan menjadi tuan rumah untuk tahun ke-10 berturut turut.

  • Tarikh : 10 Mei 2024 bersamaan hari Jumaat
  • Masa : 9.00 malam
  • Venue Perlawanan : Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor 

LIVE Streaming Piala Sumbangsih 2024

Bagi tahun 2024 ini, KKD telah mengumumkan bahawa RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Malaysia 2024 merangkumi beberapa saingan termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Kesemua siaran langsung pada waktu sebenar perlawanan boleh disaksikan di saluran berikut:

  • TV2
  • Sukan RTM
  • TV Okey
  • RTM 1

Ikuti siaran langsung LIVE streaming RTM :

Anda juga boleh tonton secara penstriman langsung di Aplikasi Rtmklik klik sahaja link dibawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!