Cara Top Up Touch n Go (Kad & e-Wallet)

Kini terdapat pelbagai kemudahan untuk top up Touch n Go anda.

Kini, banyak fasiliti atau kemudahan berbayar menggunakan Touch n Go untuk pembayaran secara cashless termasuklah tempat meletak kenderaan, tol, tiket LRT/MRT/KTM dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, anda hendaklah memastikan kad anda sentiasa mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat pembayaran ini.

Jika tidak, anda boleh top up di mana-mana mesin top up Touch n Go atau kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian.

Apakah Kad Touch n Go (TNG)?

Kad TNG adalah kad pintar yang mempunyai nilai tersimpan yang tidak boleh disentuh dan boleh digunakan sentiasa dengan menambah nilai untuk pembayaran tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, pengangkutan awam dandi lebih dari 600 tapak letak kenderaan (parkir) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Anda boleh membeli kad TNG anda di stesen minyak, kedai runcit (convenience stores) dan kiosk layan diri (self-service kiosks) yang terpilih. Sila rujuk pautan ini untuk senarai lokasi kad TNG dijual.

Sekeping kad TNG berharga RM10.00. Setiap kad TNG akan mempunyai baki kosong dan perlu ditambah nilai untuk digunakan.

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran dan tambah nilai.

Pendaftaran Kad

Selepas anda membeli kad TnG, anda harus mendaftarkannya secara dalam talian di portal MYTouchnGo.

Sekiranya terdapat percanggahan atau jika kad anda dicuri, kad TnG anda boleh disahkan dengan lebih mudah untuk bayaran balik.

Anda juga boleh menyekat atau membatalkan kad anda dengan menghubungi 03-2714 8888 Touch ‘n Go Careline Centre, 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Anda juga boleh memantau semua transaksi TnG anda, melihat rebat dan memindahkan pemilikan kad anda melalui portal.

Cara Top Up Kad Touch n Go Biasa

Terdapat pelbagai lokasi yang menyediakan kemudahan top up kad Touch n Go anda seperti yang berikut:

  1. Pusat Perkhidmatan Pelanggan TnG
  2. Hab TnG
  3. Mesin TNG Spots
  4. Kiosk Petrol
  5. Kedai serbaneka
  6. ATM
  7. Farmasi
  8. Kiosk layan diri
  9. Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Plaza Tol terpilih
  10. Lorong tambah nilai di plaza tol di lebuh raya terpilih

Sesetengah lokasi ini mungkin mengenakan sedikit caj untuk setiap transksi tambah nilai kad Touch n Go anda.

Anda boleh menambah nilai kad TnG anda dengan RM10, RM20, RM35, RM50, RM100, RM200 dan RM500.

Nilai tambah nilai maksimum dihadkan pada RM1,500 untuk tujuan keselamatan.

Cara Top Up Kad TnG NFC

Sekiranya anda mempunyai kad Touch n Go baru yang didatangkan dengan fungsi NFC, proses top up lebih mudah kerana ianya boleh dilakukan terus dari telefon mudah alih anda.

Syaratnya, telefon pintar anda haruslah mempunyai fungsi NFC ini.

Pastikan juga anda telah memasang aplikasi TNG eWallet pada peranti anda, sekiranya belum boleh muat turun daripada salah satu pautan di bawah:

  1. Google Play
  2. App Store

Untuk tambah nilai kad Touch n Go NFC anda, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet
  2. Pada menu, klik “TNG Card”
  3. Klik pada butang “Reload” (Pastikan anda memilih kad yang betul sekiranya anda telah mendaftarkan banyak kad)
  4. ON kan fungsi NFC pada telefon anda
  5. Apabila keluar sahaja halaman “Ready to Scan”, letak atau “kad” TnG NFC anda pada belakang telefon anda
  6. Kemudian, pilih jumlah yang ingin ditambah nilai
  7. Klik butang Reload Now
  8. Masukkan PIN anda
  9. Letakkan sekali lagi kad anda pada bahagian belakang telefon
  10. Selesai

Nota: Pastikan fungsi NFC telah diaktifkan. Sekiranya telefon anda masih tidak dapat mengesan kad anda, gerakkan kad anda ke atas atau bawah (sesetengah telefon pintar mempunyai pengesan NFC pada bahagian atas atau bawah telefon pintar).

Cara Tambah Nilai eWallet TNG

Rujuk tutorial video di bawah untuk menambah nilai eWallet TNG anda:

Bantu kami share artikel ini: