Geran Usahawan Bangsa Johor Untuk Usahawan Mikro

Program Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd.

Usahawan yang layak boleh kemukakan permohonan bermula 15 Januari sehingga 6 Februari 2023.

Baca Juga : Belanjawan Johor 2023 : Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Johor

Geran Usahawan Bangsa Johor

Bantuan ini terbuka kepada :

  • Usahawan bertaraf mikro sahaja
  • Mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013).
Geran Usahawan Bangsa Johor

Kluster Perniagaan Yang Layak Memohon

Pembuatan dan Pemprosesan Makanan dan Minuman

  • Merangkumi pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman
  • Termasuk perniagaan perkhidmatan catering.
  • Termasuk penjaja / peniaga kecil
  • Peniaga kopi jalanan (Barista)

Pendidikan

  • Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan seperti pusat asuhan dan tadika.

Percetakan

  • Merangkumi bidang perkhidmatan percetakan

Automotif

  • Merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta.

Perkhidmatan Pengurusan Acara

  • Merangkumi bidang perkhidmatan pengurusan dan perancangan acara
  • Perkhidmatan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar

Perkhidmatan Guntingan Rambut

Merangkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut

Kluster Yang Tidak Layak Memohon

  • Elektrik / plumbing / kimpalan / kontraktor
  • Agro / perikanan / penternakan
  • Jahitan
  • Pelancongan dan penginapan
  • Perabot dan perkayuan dan pertukangan
  • Sukan / hobi / kraf
  • Teknologi maklumat / komputer / gajet
  • Kewangan / insurans / konsultan
  • Perkhidmatan perniagaan
  • Spa dan kecantikan
  • Termasuk perniagaan selain daripada yang disenaraikan atau yang tidak patuh syariah

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon
  • Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam negeri Johor.
  • Syarikat yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan da ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  • Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.
  • Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.
  • Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.
  • Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam negeri Johor.

Skop Bantuan

Mesin atau Peralatan (Sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal)

Prosedur Permohonan

  • Borang boleh diisi secara atas talian di pautan https://www.pujb.my/gubj/
  • Buka akaun padu dengan menekan butang SISTEM PADU yang berada di bahagian kanan atas.
  • Log masuk Sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Lengkapkan borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus.
  • Cari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula memohon
  • Lengkapkan borang permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor
  • Setelah selesai mengirisi borang, klik butang hantar dan permohonan anda telah direkodkan.
  • Pastikan dokumen sokongan dimuat naik semasa mengisi borang permohonan menerusi format pdf atau jpeg sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan

  • 1 sebutharga mesin / peralatan yang berkenaan
  • Gambar premis
  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan hadapan dalam satu helaian)
  • Salinan lengkap SSM (Borang D/E, maklumat perniagaan dan pemilik perniagaan)
  • 1 bulan penyata akaun syarikat atau akaun simpanan peribadi yang terkini dan aktif.

Nota Penting :

  • Setiap mesin dan peralatan yang dimohon tidak boleh ditukar selepas membuat permohonan.
  • Hanya yang berjaya sahaja akan dihubungi semula melalui email.
  • Sekiranya tidak mendapat sebarang makluman daripada PUJB dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup, permohonan dianggan tidak berjaya.
  • Sekiranya terdapat sebarang pemalsuan maklumat atau dokumen sokongan tidak lengkap, permohonan serta merta terbatal.
  • Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Geran Usahawan Bangsa Johor, sila hubungi talian berikut :

No. Telefon : 07- 510 2542 (Waktu pejabat sahaja)

Whatsapp : +6011-20755135 (Waktu pejabat sahaja)

E-mel : [email protected]

Facebook : Perbadanan Usahawan Johor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!