Menu Keluarga Malaysia di IPT dan Premis Penjualan Makanan

Bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup di kalangan masyarakat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia.

Inisiatif ini digerakkan di restoran-restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi di insitusi-institusi pengajian tinggi (IPT) serta premis penjualan makanan.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan bakal menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling iaitu RM 3.50 untuk satu hidangan menerusi program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia.

Menu Keluarga Malaysia

Baca Juga : BKM Fasa 3 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Terkini, Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi kadar Menu Ekonomi semua kafeteria Kolej Kediaman berkuatkuasa 12 Julai 2022.

Menu tersebut merangkumi:

  • SET 1 : NASI PUTIH + TELUR DADAR + SAYUR / ULAM (OPSYEN: SAMBAL / SUP KOSONG) : RM3.50
  • SET 2 : NASI PUTIH + LAUK (AYAM / IKAN) + SAYUR / ULAM (OPSYEN : SAMBAL / SUP KOSONG) : RM5.00

Moratorium Bayaran Sewa Untuk Pengusaha Makanan di IPT

Seiring dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan dalam kampus IPT agar matlamat program Menu Keluarga Malaysia dalam menurunkan harga makanan dapat dicapai.

Menurut laporan dari Utusan, Menu Keluarga Malaysia juga difahamkan bakal merangkumi hidangan pagi, tengah hari dan malam.

“Pihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga,” kata Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasminya.

Sebelum ini, Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barangan harian termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM 700 juta untuk menstabilkan harga makanan termasuk ayam.

Koperasi Sahut Seruan Menu Keluarga Malaysia

Sementara itu, 74 koperasi di seluruh negara turut menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan hidangan dengan harga rendah menerusi Menu Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, 74 koperasi yang mengusahakan restoran, kafe dan katering itu akan menyediakan set menu yang lebih murah pada harga pasaran.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan bahawa harga hidangan menu yang ditawarkan adalah 10 hingga 15 peratus lebih murah.

“Kebanyakan koperasi berkenaan kini mengendalikan restoran dan kafe di institusi pengajian tinggi (IPT), kantin sekolah dan perkhidmatan katering.

Koperasi yang terlibat dalam program ini diminta untuk menyediakan set menu makanan pada harga tertentu yang merangkumi nasi, lauk, sayur dan minuman”, jelas Tan Sri Noh Omar.

Sumber : Utusan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!