Hari Guru 2024: Tarikh & Sejarah Sambutan di Malaysia

Sambutan Hari Guru merupakan satu hari istimewa yang diisytiharkan untuk mengenang hari para guru.

Walau bagaimanapun, tarikh sambutan ini berbeza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan istimewa ini.

Sebagai contoh, negara Albania menyambut hari istimewa ini pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan di Mexico pula ia disambut pada 1 Mei.

Tarikh Hari Guru Di Malaysia

Seperti mana yang kita tahu Hari_Guru diisambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun di Malaysia.

Sejarah sambutan di Malaysia

Mengapakah tarikh 16 Mei ini telah dipilih sebagai sambutan Hari Guru di Malaysia?

Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Cara sambutannya pula berbeza mengikut sekolah masing-masing dan selalunya pada hari yang istimewa inilah anda boleh melihat guru-guru menjadi sangat sporting seperti membuat persembahan nyanyian, mendeklamasikan sajak dan syair dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Walaupun para guru tidak pernah meminta sebarang hadiah, sudah menjadi kelaziman biasanya pada hari istimewa inilah para pelajar akan memberikan pelbagai hadiah kepada para guru yang pernah mengajar mereka.

sambutan hari guru

Objektif Sambutan

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Tema Hari Guru 2024

Tema bagi tahun 2024 adalah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”.

Hari ini secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.

Tema bagi tahun 2024 ini secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 9 Mac.

Tema ini dipilih setelah pihak KPM membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan cadangan tema pada tahun ini.

Artikel berkaitan: Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia

tema hari guru 2024

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024

Sambutan Hari_Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 akan diadakan pada 14 – 16 Mei 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC).

“Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Walaupun hari istimewa ini disambut satu kali setiap tahun, kita sebagai anak murid hendaklah sentiasa mengenang dan mendoakan kebaikan buat guru-guru yang mendidik kita.

Sememangnya seorang guru yang dedikasi sanggup mengorbankan masa dan keringat mereka demi masa anak muridnya, seperti peribahasa popular “Seperti lilin yang membakar dirinya”.

Jom cari idea untuk beri ucapan kepada guru-guru anda:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!