iRakyat: Daftar & Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online

iRakyat merupakan perkhidmatan online banking atau perbankan internet yang disediakan oleh pihak Bank Rakyat bagi para pelanggan mereka.

Perkhidmatan ini sememangnya percuma untuk para pelanggan mereka di mana mereka boleh melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan banyak lagi.

iRakyat memberi anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.

Perkhidmatan ini sama sahaja dengan perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh bank-bank lain seperti yang berikut:

  1. Maybank2u – Maybank
  2. CIMB Clicks – CIMB Bank
  3. PBe – Public Bank

Apa itu iRakyat?

iRakyat (Bank Rakyat online) ialah cara yang mudah dan selamat untuk melaksanakan perkhidmatan perbankan internet anda yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.

iRakyat boleh diakses melalui:

  1. Pelayar Internet untuk perbankan internet dalam talian
  2. Peranti mudah alih untuk Perbankan Mudah Alih

iRakyat boleh diakses dua puluh empat (24) jam, tujuh (7) hari seminggu dan menyediakan akses selamat yang pantas kepada semua keperluan perbankan anda.

Pendaftaran dan akses iRakyat

bank rakyat online

Untuk menggunakan fungsi yang terdapat pada iRakyat, anda mesti terlebih dahulu mendaftar untuk akaun iRakyat melalui Perbankan Internet Dalam Talian iRakyat.

Anda boleh mendaftar akaun iRakyat menggunakan:

  1. Kad Debit-i / Kad Kredit-i
  2. ID Sementara (tanpa Kad Debit-i / Kad Kredit-i)

Sebaik sahaja anda telah mendaftar, anda boleh menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama untuk Perbankan Internet Dalam Talian dan Perbankan Mudah Alih.

Aplikasi mudah alih iRakyat

Bagi kemudahan semua pelanggan, anda boleh mengakses sistem iRakyat dengan lebih pantas dan efisien daripada aplikasi iRakyat Mobile Banking.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui pauta yang berikut:

  1. Google Play – Android
  2. App Store – iOS

Perkhidmatan yang terdapat dalam iRakyat

  1. Lihat paparan akaun simpanan dan semasa
  2. Pemindahan wang
  3. Urusan Tabung Haji
  4. Bayaran bil
  5. Bayaran pinjaman
  6. Urusan kad kredit
  7. Tambah nilai akaun prabyar
  8. Permohonan secara online (kad kredit, pinjaman peribadi an sebagainya
  9. Kiriman wang
  10. … dan banyak lagi

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!