Zul Ariffin, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31

Zul Ariffin sering kali menarik perhatian penonton di kaca televisyen dengan lakonan bersahajanya dan penampilannya yang bertubuh sasa.

Justeru tidak hairanlah, beliau selalu diberikan tanggungjawab untuk menggalas watak-watak hero dalam drama dan filem yang dilakonkannya.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Zul Ariffin.

Baca juga:

Latar Belakang

Zul Ariffin
Kredit Instagram @zul_ariffin
NamaZulkifli bin Ariffin
Nama PanggilanZul Ariffin
Tarikh Lahir25 Oktober 1986
Tempat LahirTaiping, Perak
Ketinggian185 cm
PekerjaanPelakon, model dan jurucakap produk
Akaun Media SosialInstagram @zul_ariffin
TikTok @zulariffin_official
X @zul_ariffin86

Kehidupan Peribadi

Zul Ariffin

Zul Ariffin merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik (dua kakak dan seorang abang).

Oleh kerana jarak umur Zul dan adik-beradiknya berbeza sangat jauh, beliaulah yang sentiasa menemani ibu di kampung sebelum bergelar pelakon lagi.

Lebih-lebih lagi ibunya sendiri menghidap sakit jantung, justeru tanggungjawab yang dipikul Zul lebih fokus untuk menjaga kebajikan ibunya itu.

Pada Disember 2017 yang lalu, Zul Ariffin kehilangan ibunya, Robiah Nasir yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

@sinar_my

Luahan hati Zul Ariffin secara terbuka mengenai arwah ibunya. Segalanya yang dilakukan hanya untuk arwah ibunya. “Saya rasa berlakon pun tak guna. Siapa nak tengok? Mak aku bukan ada nak tengok pun” – Zul Ariffin #SINARKongsi #ibu #zulariffin #fyp #xyzbca #selebritimalaysia

♬ original sound – SINAR – SINAR

Kerjaya & Profesional

Bakat Zul Ariffin mula dikesan melalui seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat tawaran lakonan berlakon pertama kali pada tahun 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya.

Beliau kerjaya lakonannya pada tahun 2008 dengan memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri televisyen popular “Gerak Khas” terbitan Yusuf Haslam.

Namun keterlibatannya dalam drama aksi kepolisan itu tidak bertahan lama dan Zul terus mencari peluang dalam layar lebar dengan membintangi filem sulungnya iaitu Evolusi KL Driff 2 arahan Syamsul Yusof sebagai ASP Zam.

Kemudian, beliau terlibat juga dalam drama bersiri yang bersiaran di Slot Akasia TV3 iaitu Nora Elena, dan beberapa drama lain seperti Luluhnya Sebuah Ikrar, Rindu Awak 200%, Istikharah Cinta dan sebagainya.

Yang terbaru, lakonan Zul Ariffin dalam filem Sheriff Narko Integriti membawa pengaruh yang sangat besar di Malaysia sehingga tercetusnya “Demam Sheriff”.

Drama:

  • Awan Dania, Musim 1 (2008)
  • Yusuff (2009)
  • Segalanya Ku Terima (2009)
  • Gerak Khas (2009-2011, 2019-2020)
  • Mayang Mengurai (2010)
  • Tudung Ekspres (2010)
  • Tiramisu (2010)
  • Moreh (2011)
  • Hilang (2011)
  • Laila Manja (2011)
  • Nora Elena (2011)
  • Karma (2011-2012)
  • Cikgu Kemisah Kirby, Musim 1 (2012)
  • Anak Raja Dongeng (2012)
  • Lagenda Langkawi (2012)
  • Terlanjur Cinta (2012)
  • Cikgu Kemisah Kirby, Musim 2 (2013)
  • Janji Adam (2013)
  • Luluhnya Sebuah Ikrar (2013)
  • Firdausi Cinta (2013)
  • Debunga Lalang (2013)
  • Jodoh Itu Milik Kita (2013)
  • Sangkar (2013)
  • Rindu Awak 200% (2014)
  • Istikharah Cinta (2014)
  • Walau Sedetik Cuma (2014)
  • M.A.I.D (2015)
  • Cinta Karan (2015)
  • Uda & Dara (2016)
  • Menanti Februari (2017)
  • Titian Cinta (2017)
  • Mr. London, Ms. Langkawi (2018)
  • Ti Amo, Sweetheart 100 Hari (2018)
  • Seribu Rindu (2018)
  • Setelah Ku Dimiliki (2019)
  • Bidadari Kiriman Tuhan (2020)
  • Ryan Aralyn (2020)
  • Diva Popular (2021)
  • Love Elsa (2021)
  • Wifi Sebelah Rumah (2021)
  • Budak Intern (2021)
  • Tarik Aku Ke Syurga (2022)
  • Perempuan Itu (2023)

Telefilem:

  • Anak Rintih (2010)
  • 7 Lagu (2011)
  • Mendongak Ke Langit (2011)
  • Hatiku Di Kinabalu (2011)
  • Sayang Abah (2011)
  • Cik Paris Diva Kampung (2012)
  • Jujur Aku Dayus (2012)
  • Mr. Feminin (2013)
  • Kabin Di Tepi Tasik (2013)
  • Mimpi Fara (2013)
  • Kasih Bersulam Daun Palas (2013)
  • Panik (2014)
  • Kemaafan Terindah (2014)
  • Hati Untuk Siapa (2014)
  • Habibah vs Baby (2014)
  • Aira Airil (2014)
  • Rindu Awak 200% Raya (2015)
  • Lokum Untuk Mama (2015)
  • Lilinkah Aku (2015)
  • M.A.I.D Pun Nak Raya (2016)
  • Lara Hadi (2016)
  • Permata Hati (2017)
  • Sempurnakah Aku (2019)
  • Mandi Mayat (2022)

Filem:

  • Evolusi KL Drift 2 (2010)
  • Lukisan Hati (2010)
  • Bikers Kental (2013)
  • Penanggal (2013)
  • Balistik (2014)
  • Jin (2014)
  • Evolusi Persona (2016)
  • #ER3 Ertiga (2016)
  • J Revolusi (2017)
  • Tombiruo: Penunggu Rimba (2017)
  • Hantu Kak Limah (2018)
  • Misteri Dilaila (2019)
  • Sangkar (2019)
  • Penunggang Agama (2021)
  • J2: J Retribusi (2021)
  • Penunggang Agama 2 (2021)
  • Juang (2022)
  • Talbis Iblis (2022)
  • Zaara (2022)
  • Sheriff: Narko Integriti (2024)
Zul Ariffin
Kredit Instagram @zul_ariffin
Kredit Instagram @zul_ariffin

Pencapaian Zul Ariffin

Sepanjang 16 tahun bergiat aktif dalam dunia lakonan, Zul Ariffin berjaya mengukir nama dalam pelbagai anugerah dan penghargaan.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Zul Ariffin sepanjang menjadi seorang pelakon:

AnugerahKategoriKarya TahunKeputusan
Festival Filem Malaysia ke-26Pelakon Harapan Lelaki TerbaikPenanggal2014Menang
Anugerah MeleTOP Era ke-2Pelakon TV MeleTOPRindu Awak 200%2015Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2Pelakon Drama Lelaki PilihanRindu Awak 200%2015Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28Artis Lelaki Stailo2015Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28Gandingan Serasi Di Layar (bersama Ayda Jebat)Rindu Awak 200%2015Menang
HLive! SpecialArtiste Of The Month2015Menang
Anugerah Melodi ke-2Artis Lelaki Pilihan2015Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Pelakon Filem Lelaki PopularJ Revolusi2017Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5Aktor PilihanTitian Cinta2018Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Pelakon Filem Lelaki PopularTombiruo: Penunggu Rimba2018Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Pasangan Serasi Filem (bersama Nur Fazura)J Revolusi2018Menang
Festival Filem Malaysia ke-31Pelakon Lelaki TerbaikSangkar2021Menang
Anugerah Drama Sangat 2021Pelakon Lelaki TerbaikRyan Aralyn2021Menang

Fakta Menarik Mengenai Zul Ariffin

  • Berdarah kacukan Melayu dan Belanda dari sebelah Ibu.
  • Mudah ketawa.
  • Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tetapi gagal kerana mendapat kecederaan patah di bahagian bahu semasa bermain bola.
  • Anak bongsu daripada empat adik-beradik (dua kakak dan seorang abang).

Tahniah Zul Ariffin! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang lakonan yang diceburi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @zul_ariffin
  2. Zul Ariffin. Thezulariffin.com
Bantu kami share artikel ini: