6 Ubat Bisul Terbaik Yang Boleh Dicuba

Adakah anda atau anak sedang mencari ubat bisul? Bisul adalah nanah yang terkumpul dalam satu rongga dan sangat menyakitkan. Sekiranya tidak dirawat, ia juga boleh mengganggu rutin harian seseorang.

Ia juga biasanya mengeras dan boleh timbul di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, kaki, punggung, pangkal leher atau bawah ketiak.

Kelompok bisul pula dipanggil pekung (carbuncles) namun ia tidak selalu berlaku kepada kanak-kanak.

Berikut kami kongsikan beberapa ubat bisul yang boleh dicuba di pasaran.

Sumber : Musick Dermatology

6 Ubat Bisul Terbaik Yang Boleh Dicuba

1. Krim Fucidin

ubat bisul

Krim Fucidin merupakan ubat sapu antibiotik yang membantu merawat jangkitan kulit akibat pembiakan bakteria.

Ia dikatakan berkesan untuk merawat bisul dengan mencegah pertumbuhan bakteria dan keradangan.

2. Bactroban

Mengandungi Mupirocin sebagai bahan aktif, Bactroban merupakan ubat krim antiibiotik yang berkesan untuk melawan pembiakan Stapylococcus aureus, iaitu bakteria yang mengakibatkan bisul.

Di samping itu, ia juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah kulit lain seperti ekzema, dermatitis, psoriasis, luka dan gigitan serangga.

3. Icthammol

Icthammol pula merupakan ubat bisul yang membantu menyingkirkan nanah dalam bisul dan sekaligus mempercepat proses penyembuhan.
Selain itu, ubat ini juga dapat membantu mengurangkan kemerahan, bengkak serta sakit pada kawasan bisul.

4. Betadine Antiseptic Oinment

Betadine Antiseptic Ointment merupakan ubat antiseptik yang membantu mengurangkan jangkitan dan membantu menyembuhkan kawasan kulit yang bermasalah termasuk bisul.

5. Krim Hydrocortisone

ubat bisul

Walaupun ubat krim ini sering digunakan untuk mengurangkan keradangan serta kegatalan, namun ia juga turut membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan akibat bisul.

Ada kalanya, doktor juga mungkin akan mensarankan krim ini untuk bisul bersama rawatan lain termasuk antibiotik dan tuam pada suhu suam.

Kaedah ini juga dilihat lebih sesuai bagi merawat bisul bersaiz kecil dan bagi mengurangkan ketidakselesaan bisul yang sudah keluar nanahnya.

6. Minyak Tea Tree

ubat bisul

Popular sebagai bahan aktif dalam produk penjagaan wajah serta mandian, minyak tea tree mengandungi komponen antiseptik, antibakteria serta antiradang semulajadi.

Oleh itu, minyak ini mungkin dapat membantu dalam merawat masalah bisul pada kulit.

Tips Tambahan Bagi Mencegah Bisul

Selain penggunaan ubat, anda juga boleh ikuti beberapa tips ini bagi merawat bisul :

  • Jaga kebersihan diri dengan baik
  • Pastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan bersih
  • Cuci tangan sebelum menyentuh muka
  • Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian dengan individu lain

Walaupun kebanyakan ubat ini boleh didapati tanpa preskripsi dan digunakan sebagai rawatan dari rumah, namun anda tidak boleh bergantung semata-mata padanya.

Sekiranya bisul yang dialami besar, sakit, anda mengalami demam dan ia tidak beransur sembuh dalam masa masa seminggu, anda perlulah dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

Baca Juga : Kurap : Gejala, Kaedah Rawatan, dan Tips Kawalan Jangkitan

Bantu kami share artikel ini: