SELANGKAH Wallet – Semakan Bayaran eWallet BINGKAS Selangor

SELANGKAH Wallet – Semakan Bayaran eWallet BINGKAS

SELANGKAH Wallet adalah sebuah aplikasi yang menjadi medium untuk transaksi bagi program BINGKAS SELANGOR.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda secara lebih lanjut mengenai program bantuan BINGKAS SELANGOR, cara membuat permohonan yang betul, cara semakan kelulusan bantuan, dan cara membeli barang melalui aplikasi SELANGKAH Wallet.

Apakah SELANGKAH?

Bagi memperkukuh kesiapsiagaan entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif SELangkah: sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu.

Konsep inisiatif SELangkah – Langkah Masuk Dengan Selamat – adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas. Inisiatif ini mempunyai 3 objektif serampang :

  • “Melindungi premis perniagaan,
  • “Melindungi pelanggan
  • “Membantu pasukan baris hadapan”

Seperti juga MySejahtera, para pengunjung premis boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengimbas poster kod QR tersebut, menggunakan fungsi kamera di telefon bimbit, sama ada sebelum memasuki premis ataupun semasa membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis masing-masing.

Cuma yang membezakannya, log lawatan pengunjung premis ini akan dikawal selia oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut (seperti di pasaraya, kedai runcit, pasar borong, dan lain-lain).

Melalui inisiatif ini, semua pengunjung ke premis terlibat dapat dikesan dan dihubungi dengan mudah dan pantas.

Inisiatif SELANGKAH juga membolehkan pengguna untuk menerima bantuan melalui SELANGKAH Wallet dan saringan kesihatan percuma jantung, barah, kencing manis.

Muat Turun Apps SELANGKAH Wallet

daftar selangkah

Anda boleh rujuk pautan berikut untuk memuat turun aplikasi SELANGKAH Wallet ke telefon masing-masing:

Baca juga: Bantuan Khas RM500 Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

selangkah wallet

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah sebuah program yang diperkenalkan untuk menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) melalui pemberian RM300 setiap bulan melalui aplikasi Selangkah dan eWallet Wavpay.

Bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup rakyat Selangor dapat terus makmur.

Jumlah Bantuan SELANGKAH Wallet

Individu yang layak akan diberikan bantuan SELANGKAH Wallet sebanyak RM300 setiap bulan. eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300.

Senarai Barangan Asas Bantuan

selangkah wallet

SELANGKAH Wallet ini hanya boleh digunakan di kedai dan pasar raya yang sudah berdaftar. Setiap pembelian hanya diterima secara tanpa tunai (cashless).

Antara barang keperluan asas yang tersenarai di bawah program BINGKAS 2024 adalah:

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Ubat-ubatan
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan
  • Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  • Lampin pakai buang
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
  • Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik

Syarat Kelayakan

Mulai 1 Julai 2024 ini, syarat kelayakan bagi penerima SELANGKAH Wallet adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.

Cara Memohon eWallet BINGKAS Selangor

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan SELANGKAH Wallet, khusus untuk rakyat negeri Selangor:

  1. Layari laman web rasmi BINGKAS Selangor : https://www.bingkasselangor.com/
  2. Sediakan dokumen-dokumen untuk dilampirkan dalam permohonan anda nanti seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)
    • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
    • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
    • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
    • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
    • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Anda juga boleh rujukan pautan video berikut untuk lebih jelas dan faham:

Cara Mendaftar Bingkas Melalui Laman Web (Pengguna Baru)

Cara Mendaftar Program BINGKAS Melalui Telefon Pintar (Bagi Pengguna Baru)

Semakan Kelulusan

Anda boleh membuat semakan kelulusan bantuan ini di aplikasi SELANGKAH.

Anda hanya perlu log masuk ke dalam aplikasi atau portal rasmi mereka membuat semakan status permohonan dan kelulusan.

Cara Beli Barang Melalui SELANGKAH Wallet

Bagi anda yang sudah mendapat kredit RM300 bantuan dalam SELANGKAH Wallet Selangor, anda boleh rujuk langkah berikut untuk cara pembelian barang melalui aplikasi tersebut:

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS (rujuk senarai kedai : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran
  6. Tekan butang BAYAR untuk memilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran

*Anda boleh melihat kemaskini maklumat ini melalui aplikasi SELANGKAH dari semasa ke semasa.

Baca juga: Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SELANGKAH di pautan http://selangkah.my/

ATAU

Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan mengenai SELANGKAH Wallet anda boleh rujuk pautan berikut juga:

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram untuk sebarang bantuan.

Bantu kami share artikel ini: