Puasa Tarwiyah 2024: Maksud Hari Tarwiyah & Hukum Berpuasa

Puasa Tarwiyah 2024: Maksud Hari Tarwiyah & Hukum Berpuasa

Pada bulan Dzulhijjah, terdapat dua puasa sunat yang memiliki keutamaan dan dianjurkan untuk dilakukan iaitu puasa Tarwiyah dan Arafah. 

Pada artikel kali ini, berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai puasa Tarwiyah dan kelebihan melakukannya.

Puasa Tarwiyah 2024: Maksud Hari Tarwiyah & Hukum Berpuasa

BACA JUGA: Puasa Sunat Arafah 2024: Niat, Tarikh & Kelebihan – JAKIM

Apakah Maksud Hari Tarwiyah?

Hari Tarwiyah adalah hari kelapan pada bulan Dzhulhijah. Hari Tarwiyah mempunyai dua maksud. 

Menurut Imam Ibn Qudamah Hari Tarwiyah ialah; hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Berikut penjelasannya:

  1. Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
  1. Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. 

Kelebihan Puasa Tarwiyah

Terdapat satu hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa semasa hari Tarwiyah. Hadisnya berbunyi;

Rasulullah SAW telah bersabda;

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”

Penjelasan Hadis 

Walaubagaimanapun, Mufti WP menjelaskan bahawa para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. 

Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri.

Dr Rozaimi Ramle turut menjelaskan bahawa sanad hadis di atas adalah daripada Al-Kalbiy daripada Abu Soleh daripada Ibnu ‘Abbas. Al-Kalbiy ini merupakan seorang pendusta.

Yahya bin Ma’in berkata: Laisa bisyai’, kazzab saqit.

An-Nasaie, ‘Ali bin Al-Junaid, Ad-Daraquthni: Matruk al-Hadis.

Ibnu Hibban: Pendusta yang sangat jelas.

[Rujuk Ibnu Jauzi, Ad-Dhu’afa’ wa Al-Matrukin]

Kesimpulan 

Kesimpulannya, tidak terdapat hadith yang sahih menceritakan amalan tertentu yang boleh dilakukan pada hari Tarwiyah.

Melainkan ia termasuk di dalam umum hadith yang menceritakan akan kelebihan melakukan amal soleh pada 10 hari terawal bulan Dzulhijjah dan ia juga termasuk di dalam kelebihan beramal pada bulan-bulan Haram. 

10 hari terawal bulan Dzulhijjah adalah merupakan hari-hari disukai oleh Allah SWT. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Ibn Abbas R.anhuma, Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”

Puasa Tarwiyah 2024: Maksud Hari Tarwiyah & Hukum Berpuasa

Membanyakkan puasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah adalah sunnah.

Rasulullah SAW berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis. Rujuk Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417. 

Sumber:

  1. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-404: APAKAH MAKSUD HARI TARWIYAH DAN APAKAH KELEBIHANNYA? – Mufti WP
  2. SUNNAHKAH PUASA HARI TARWIYAH DAN ARAFAH? – Dr. Rozaimi Ramle
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!