Psoriasis : Punca, Jenis, Tanda-Tanda & Rawatannya

psoriasis
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit kronik yang boleh menyebabkan kegatalan dan kulit anda lebih mudah terkelupas. Penyakit ini boleh menjangkiti semua peringkat umur termasuk bayi. 

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang penyakit ini, seperti punca ia berlaku, tanda-tanda dan cara merawatnya, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Psoriasis?

Psoriasis secara ringkasnya adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik. Psoriasis ini boleh dialami oleh semua peringkat umur, namun kebanyakkannya berlaku ke atas pesakit di antara usia 30 hingga 69 tahun.

Psoriasis ini berlaku disebabkan oleh tindakan imuniti badan terhadap sel-sel kulit. Sel-sel imun ini bertindak dengan menyebabkan sel-sel kulit menghasilkan lapisan-lapisan kulit baru dengan lebih kerap daripada biasa.

Hal ini seterusnya menyebabkan lapisan kulit yang normal menjadi lebih tebal dan kemerah-merehan. Permukaannya juga akan mengelupas sedikit demi sedikit dan kelihatan seperti plak-plak kecil berwarna perak

Berikut merupakan lima jenis penyakit kulit kronik ini:

  1. Chronic plaque psoriasis
    • Jenis yang paling kerap ditemui dalam kalangan pesakit
    • Tersebar pada kawasan-kawasan badan seperti ubun-ubun, siku, lutut dan kawasan punggung.
  2. Guttate psoriasis
    • Timbul dalam bentuk plak-plak yang kecil
    • Biasanya bermula pada bahagian perut, bahagian hujung lengan dan kaki
  3. Pustular psoriasis
    • Jenis ini merupakan yang paling bahaya dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera
    • Gelembung-gelembung kecil yang mengandungi nanah terbentuk pada permukaan kulit
    • Keadaan ini boleh diikuti dengan kemerah-merahan pada kulit, demam, cirit-birit, peningkatan bilangan sel darah putih dan kekurangan mineral kalsium dalam darah.
  4. Erythrodermic psoriasis
    • Badan dipenuhi dengan ruam berwarna kemerah-merahan dan keadaan kulit yang bersisik
    • Pesakit mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan dan ketidak seimbangan elektrolit di dalam tubuh disebabkan keadaan kulit yang tidak dapat melindungi tubuh badan
  5. Inverse psoriasis
    • Keadaan penyakit yang berlaku pada bahagian kulit yang sepatutnya jarang mendapat psoriasis
    • Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti pada bahagian ketiak, kawasan kemaluan, bahagian hadapan pinggang dan kawasan dada.

Sumber: Doctor On Call

Punca Berlaku

Psoriasis ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, namun begitu, faktor utama berlakunya penyakit ini adalah faktor genetik. Hampir 40% pesakit yang mengalami penyakit ini mempunyai ahli keluarga yang ada masalah yang sama. 

Faktor lain yang boleh menyebabkan risiko berlakunya penyakit kulit kronik ini meningkat  ialah:

  • Merokok
    • Kajian menunjukkan bahawa individu-individu yang merokok dan pernah merokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat psoriasis
  • Obesiti
    • Insiden psoriasis berlaku dengan lebih teruk kepada individu-individu yang obes dan mempunyai BMI yang tinggi
    • Obesiti dikenalpasti akan meningkatkan bilangan sel-sel yang menyebabkan radang berlaku
  • Ubat-ubatan
    • Sesetengah ubat-ubatan seperti beta-blocker, lithium dan ubat anti-malaria dikenalpasti turut boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk
  • Jangkitan
    • Jangkitan virus ataupun bakteria juga boleh membuatkan kondisi psoriasis semakin teruk
    • Contoh-contoh jangkitan adalah seperti jangkitan daripada bakteria Streptococcal dan virus HIV
  • Alkohol
    • Pengambilan minuman alkohol yang banyak juga telah dikaitkan dengan keadaan psoriasis yang semakin teruk
    • Alkohol juga turut membuatkan rawatan psoriasis tidak efektif

Tanda-Tanda/Gejala Psoriasis

Tanda atau gejala bagi penyakit psoriasis ini adalah berbeza bagi setiap individu. Antara tanda yang boleh anda perhatikan ialah:

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Ruam-ruam merah pada bahagian badan.
  • Gatal
psoriasis

Rawatan Yang Perlu Diambil

Jika anda merasakan anda menghidap penyakit psoriasis ini, anda sangat digalakkan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Hal ini kerana, Doktor sahaja yang boleh menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika perlu anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda.

Setelah mendapatkan rawatan, anda juga boleh mengamalkan langkah pencegahan di bawah bagi memastikan keadaan kulit anda tidak bertambah teruk:

  • Sentiasa menggunakan pelembap bagi memastikan kulit tidak kering
  • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak
  • Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru dan mencederakan kulit

Baca juga: Fungsi Vitamin C & Kesan Pengambilan Berlebihan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut