Piala Thomas 2024 [LIVE] Jadual Perlawanan Malaysia, Keputusan

Pasukan Malaysia kembali ke kejohanan Piala Thomas 2024 dengan membariskan barisan pemain terkuat bagi penganjuran kali ini.

Kejohanan Piala Thomas dan Uber berlangsung setiap dua tahun ini merupakan edisi yang ke 33 (Piala Thomas) dan edisi ke 30 (Piala Uber).

Sejarah Piala Thomas

Mengikut sejarah,Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939.

Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949.

Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 14 kali diikuti China (tujuh kali), Malaysia (lima kali), Denmark (satu kali) dan Jepun (satu kali).

Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

piala thomas 2024 bernama
TahunNegara JuaraNegara Tuan Rumah
1949MalaysiaEngland
1952MalaysiaSingapura
1955MalaysiaSingapura
1958IndonesiaSingapura
1961IndonesiaIndonesia
1964IndonesiaJepun
1967MalaysiaIndonesia
1970IndonesiaMalaysia
1973IndonesiaIndonesia
1976IndonesiaThailand
1979IndonesiaIndonesia
1982ChinaEngland
1984IndonesiaMalaysia
1986China Indonesia
1988ChinaMalaysia
1990ChinaJepun
1992MalaysiaMalaysia
1994IndonesiaIndonesia
1996IndonesiaHong Kong
1998IndonesiaBosnia
2000IndonesiaMalaysia
2002IndonesiaChina
2004ChinaIndonesia
2006ChinaJepun
2008ChinaIndonesia
2010ChinaMalaysia
2012ChinaChina
2014JepunIndia
2016DenmarkChina
2018ChinaThailand
2020 (2021)IndonesiaDenmark
2022IndiaThailand

Tarikh Piala Thomas 2024

Kejohanan ini akan akan berlangsung di Chengdu, China bermula pada tarikh 28 April hingga 5 Mei 2024.

Senarai Pemain Malaysia

Piala Thomas 2024

Berikut merupakan senarai pemain Malaysia bagi Piala Thomas 2024:

Perseorangan Lelaki

  • Lee Zii Jia
  • Leong Jun Hao
  • Cheam June Wei
  • Justin Hoh

Beregu Lelaki

  • Aaron Chia / Soh Wooi Yik
  • Nur Izzuddin / Goh Sze Fei
  • Muhammad Haikal Nazri / Choong Hon Jian

*Ng Tze Yong diketepikan kerana perlu rehat panjang akibat kecederaan dialami ketika Kejohanan Berpasukan Asia di Shah Alam dan tempatnya digantikan oleh Leong Jun Hao.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D dalam kejohanan edisi kali ini.

Artikel berkaitan: Program Road To Gold: Senarai Atlet

Jadual Perlawanan Malaysia

Piala Thomas

Skuad negara bertemu Hong Kong pada perlawanan pertama Piala Thomas 2024 (27 April) jam 8.30 pagi manakala akan berhadapan dengan Algeria pada 28 April (6.00 petang).

Denmark menjadi lawan terakhir bagi pasukan negara pada aksi yang dijadualkan berlangsung 30 April (5.00 petang) bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan masing-masing.

Seterusnya, Malaysia diundi menentang Jepun dalam aksi suku akhir kejohanan badminton Piala Thomas pada 2 Mei 2024.

Manakala undian lain menyaksikan juara kumpulan D, Denmark berdepan Chinese Taipei, Indonesia bertemu Korea Selatan manakala China menentang juara bertahan, India.

Kemenangan telah berpihak kepada 8 pasukan yang tersenarai di bawah:

4 MEI 2024 SABTU
Saksikan secara langsung dibawakan khas dari CHENGDU – Kejohanan Piala THOMAS SEPARUH AKHIR:
🏸China VS Malaysia
🕰️5:00 Petang



Saksikan juga secara penstriman langsung di RTM Klik!

Untuk maklumat terkini, sila layari laman web rasmi BWF di alamat https://bwfthomasubercups.bwfbadminton.com/ atau laman Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM.

Tonton Piala Thomas LIVE 2024

Bagi yang ingin menonton kejohanan Piala Thomas 2024 secara langsung, anda boleh menontonnya melalui siaran Astro Supersport.

Selain itu anda juga boleh menonton secara LIVE melalui saluran berikut:

Piala Thomas 2024

Keputusan Terkini

Pasukan Malaysia membuka gelanggang #ThomasUberCupFinals di #Chengdu2024 dengan langkah kanan

PERLAWANAN 1 : Malaysia 5-0 Hong Kong

•Lee Zii Jia ✔️ (2-0)
•Aaron Chia/Soh Wooi Yik ✔️ (2-0)
•Leong Jun Hao ✔️ (2-1)
•Goh Sze Fei/Nur Izzuddin ✔️ (2-0)
•Justin Hoh ✔️ (2-1)

PERLAWANAN 2 : Malaysia 5-0 Algeria

•Lee Zii Jia ✔️ (2-0)
•Cheam June Wei ✔️ (2-0)
•Choong Hon Jian/Haikal Nazri ✔️ (2-0)
•Justin Hoh ✔️ (2-0)
•Nur Izzuddin/Soh Wooi Yik ✔️ (2-0)

PERLAWANAN 3 : Malaysia 2-3 Denmark

Rumusan Perlawanan #ThomasCup2024
Pusingan Ketiga | Peringkat Kumpulan

Malaysia 🇲🇾2️⃣3️⃣🇩🇰 Denmark

Pertembungan yang mendebarkan buat #BadmintonMalaysia yang berkesudahan dengan kekalahan tipis dalam penentuan bergelar Juara Kumpulan D.

Dua mata penting disumbangkan barisan beregu diketuai Kapten, Soh Wooi Yik/Aaron Chia

Tiga perseorangan negara juga pamer aksi terpuji menentang lawan lawan yang berada di kedudukan ranking dunia dan prestasi lebih baik.

Lihat keputusan penuh di bawah:

Piala Thomas 2024

PERLAWANAN 4 : Malaysia 3 – 1 Jepun

Piala Thomas 2024
Sumber infografik : shuttlehard

Ayuh beri sokongan pada skuad badminton negara!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!