Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia: Sejarah & Info

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia secara umumnya dikenali sebagai Harimau Malaya.

Bagi pasukan Bawah 23 Tahun pula, biasanya dikenali sebagai Harimau Muda untuk membezakannya dengan pasukan senior.

Pasukan Harimau Malaya secara umumnya ditadbir oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia ini diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti pasukan bola sepak kebangsaan Malaya yang telah diasaskan untuk Kejohanan Merdeka 1963 sebulan sebelum institusi Malaysia ditubuhkan.

Jurulatih terkini pasukan Harimau Malaya adalah Kim Pan-gon.

Baca lagi: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini

Sejarah penubuhan

Sebelum 16 September 1963, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, Malaya dan Singapura telah diwakili oleh pasukan kebangsaan mereka sendiri – sebelum penubuhan Malaysia.

Permulaan perlawanan pasukan bola sepak Malaysia berlangsung di Stadium Merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan kekuatan Singapura dan Malaya (walaupun persekutuan hanya wujud selepas 16 September 1963).

Dengan gabungan pasukan Malaya dan Singapura, pasukan itu bermula dengan menentang Jepun, dan tewas 3–4.

Pasukan itu terus menggunakan gabungan pemain dari Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu sehingga pembentukan pasukan Malaysia, di mana Persatuan Bola Sepak Malaya digantikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Gabungan pemain dengan Singapura berakhir apabila kedua-duanya berpisah dari Malaysia bersama-sama dengan penubuhan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan penggabungan semula mereka dengan FIFA pada 1965.

Pencapaian terbaik

Pencapaian terbesar Persatuan Bol Sepak Malaya dalam bola sepak ialah menjadi pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1962 yang diadakan di Jakarta, Indonesia selepas mengalahkan Vietnam Selatan 4–1.

Mengikut sejarah, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia juga pernah mencatatkan beberapa pencapaian yang boleh dianggap membanggakan.

Bagi yang tidak tahu, Malaysia pernah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, menewaskan Jepun 3–0, Korea Selatan 1–0, Taiwan 3–0 dan Filipina 5–0 dalam laluan kelayakan.

Malaysia memenangi pingat gangsa kedua mereka di Sukan Asia 1974 selepas menewaskan Korea Utara 2–1.

Pasukan itu layak dua kali berturut-turut untuk Piala Asia AFC pada 1976 dan 1980.

Pemain lagenda

pasukan bola sepak kebangsaan lagenda

Sejak 1972, Mokhtar Dahari telah dianggap sebagai pemain bola sepak legenda untuk pasuk bola sepak kebangsaan Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai antara pemain terbaik di Asia.

Malah, rekod jaringannya di peringkat antarabangsa menjadikannya sebagai salah seorang pemain denngan jaringan paling banyak di sepanjang zamman.

Salah seorang pemain lagenda kebangsaan yang wajar dibanggakan adalah Soh Chin Ann.

Soh Chin Ann ialah pemain yang mempunyai kap antarabangsa terbanyak dalam bola sepak lelaki dan menjadi pemain bola sepak lelaki pertama mencapai 200 atau lebih Soh Chin Ann antarabangsa bersama pasukan bola sepak kebangsaan.

Salah seorang pemain lagi yang pernah menempa nama di peringkat antarabangsa adalah Chow CHee Keong.

Dari 1966 hingga 1970, Chow Chee Keong telah diundi oleh Konfederasi Bola Sepak Asia sebagai penjaga gol terbaik Asia selama 5 tahun berturut-turut.

Bantu kami share artikel ini: