Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi & Keunikan 

Masjid Negara terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dan merupakan simbol keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.  Ia adalah sebuah mercu tanda yang menggabungkan seni bina moden dengan tradisi Islam. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Masjid Negara. 

BACA JUGA: Taman Negara Malaysia – Senarai Aktiviti Menarik & Cara Pergi Ke Taman Negara

Sejarah Masjid Negara

Masjid Negara telah dibina bermula tahun 1963 dan dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965. Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. 

Masjid yang dibina di atas kawasan seluas 13 ekar ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi.

Ia direka bentuk oleh orang berketurunan Melayu, dibina oleh orang berketurunan Cina dan India dan dibiayai oleh sumbangan masyarakat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. 

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, idea untuk membina sebuah masjid kebangsaan mula diusulkan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Beliau mencadangkan pembinaan sebuah masjid kebangsaan yang mampu menjadi simbol penyatuan dan keagungan agama Islam di Malaysia.

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Sumber: Instagram Masjid Negara

Perancangan untuk membina Masjid Negara bermula pada tahun 1958 dan pembinaan sebenar dimulakan pada tahun 1963. 

Projek ini diselia oleh sepasukan arkitek terkenal yang diketuai oleh Howard Ashley dari UK, dan dua arkitek tempatan, Hisham Albakri dan Baharuddin Kassim. Reka bentuk masjid ini mencerminkan perpaduan antara elemen moden dan tradisional, mencipta identiti yang unik dan ikonik.

Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. 

Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

Senarai Imam Besar Sejak 1965

Berikut ialah senarai nama Imam Besar yang bertugas di Masjid Negara sejak 1995 sehingga kini:

  • Haji Ghazali Abdullah (1965)
  • Hj. Mohd Salleh Hassan Farid (1996-1973)
  • Datuk Sheikh Abdul Mohsein Hj. Salleh (1974-1975)
  • Dato’ Hj. Ahmad Shahir Haji Daud (1975-1980)
  • Dato’ Hj. Hassan Din al-Hafiz (memangku Imam Besar 1981-1983)
  • Dato’ Hj. Ahmad Shahir Haji Daud (1984-1992)
  • Haji Arifin Harun (1992-1993)
  • Haji Taib Azamudden Md. Taib (1993-1999)
  • Haji A. Jalil bin Sindring @ Perangreng (memangku Imam Besar (1999-Sep. 2001)
  • Haji Wan Halim bin Wan Harun (2001-2004)
  • Dato’ Haji Kamaruddin bin Hj Zakaria (2005-2006)
  • Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad (Februari 2007-2019)
  • Haji Ehsan bin Mohd Hosni (2019-kini)

Lokasi

Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. 

>> Google Maps: https://maps.app.goo.gl/YDALs7QSVkbsR8w97 

Masa Lawatan

Untuk pelawat yang bukan Muslim, lawatan tidak dibenarkan pada hari Jumaat bermula pukul 9 pagi sehingga 3 petang, dan pukul 4 petang sehingga 5.30 petang. 

Untuk hari-hari lain, pelawat bukan Muslim tidak dibenarkan masuk bermula pukul 12 tengahari sehingga 3 petang, dan pukul 4 petang sehingga 5.30 petang untuk memberi ruang waktu solat. 

Selain daripada waktu-waktu tersebut, pelawat adalah dibenarkan masuk dan sangat dialu-alukan untuk datang melawat. 

Reka Bentuk & Seni Bina

Masjid Negara terkenal dengan reka bentuk seni binanya yang unik dan inovatif.  Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.

Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh para arkitek Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. 

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Sumber: Islamic Tourism Centre

Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Di sekitar kawasan masjid, terdapat kolam air dan taman yang mencipta suasana yang tenang dan damai, sesuai untuk ibadah dan refleksi diri. Taman-taman ini dipenuhi dengan pelbagai jenis flora, menambahkan keindahan dan ketenangan di sekitar kawasan masjid.

Masjid Negara juga dilengkapi dengan dewan solat utama yang luas dan mampu menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu masa. 

Dewan solat ini dihiasi dengan karpet yang tebal dan mewah, serta dinding-dinding yang dihiasi dengan kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, terdapat juga beberapa dewan kecil yang digunakan untuk kelas pengajian dan aktiviti keagamaan yang lain.

Fungsi & Kepentingan

Masjid Negara bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai pusat kegiatan keagamaan, pendidikan, dan kebudayaan. 

Masjid ini menjadi tumpuan utama bagi umat Islam di Malaysia, terutamanya pada hari Jumaat dan musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Setiap kali solat Jumaat, ribuan umat Islam akan berkumpul di masjid ini untuk menunaikan solat berjemaah dan mendengar khutbah.

Selain itu, Masjid Negara juga menjadi destinasi pelancongan yang menarik bagi pelawat dari dalam dan luar negara. 

Keindahan seni binanya serta sejarah yang kaya menjadikan masjid ini salah satu destinasi wajib dikunjungi di Kuala Lumpur.

Pelawat yang datang ke masjid ini tidak hanya tertarik dengan keindahan seni binanya, tetapi juga dengan suasana damai dan tenang yang ditawarkan.

Sumber: Twitter Masjid Negara

Masjid Negara juga berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Pelbagai kelas pengajian Al-Quran, ceramah agama, dan bengkel-bengkel keagamaan juga sering diadakan di sini. 

Program-program ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan agama dan akhlak umat Islam di Malaysia. Antara kelas yang ditawarkan termasuklah kelas pengajian Al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa, kelas tajwid, serta kelas-kelas yang membincangkan tafsir Al-Quran dan hadis.

Masjid Negara juga menjadi pusat bantuan kemasyarakatan, di mana bantuan kepada golongan yang memerlukan dihulurkan. Aktiviti seperti pengagihan zakat, bantuan makanan, dan program kebajikan lain diadakan secara berkala, membantu golongan yang kurang bernasib baik. 

Fasiliti

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan

Aktiviti dan Program

Masjid Negara sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang tahun. Antaranya:

1. Kelas Pengajian Al-Quran

Kelas-kelas ini terbuka mengikut peringkat umur dan bertujuan untuk mengajar umat Islam membaca dan memahami Al-Quran dengan betul. 

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Kelas Pengajian Al-Quran

2. Ceramah

Selain itu, ceramah agama juga diadakan secara berkala, di mana penceramah terkenal dari dalam dan luar negara dijemput untuk memberikan kuliah mengenai pelbagai topik berkaitan agama Islam.

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Program Ceramah

3. Program Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan, Masjid Negara menjadi tumpuan utama bagi umat Islam yang ingin menunaikan solat Tarawih dan mengikuti program-program keagamaan yang diadakan sepanjang bulan yang mulia ini. 

Setiap malam, masjid ini akan dipenuhi oleh jemaah yang datang untuk menunaikan solat Tarawih dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Selain itu, majlis berbuka puasa juga diadakan setiap hari, di mana makanan disediakan untuk semua yang hadir.

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Program Sempena Ramadan

4. Bengkel & Kursus Keagamaan

Masjid Negara juga menganjurkan pelbagai bengkel dan kursus keagamaan sepanjang tahun. Bengkel-bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan agama dan kemahiran umat Islam dalam pelbagai bidang. 

Antara bengkel yang popular termasuklah bengkel haji dan umrah, bengkel solat, dan bengkel pengurusan jenazah. Kursus-kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.

Bukan itu sahaja, bengkel kemahiran seperti kursus asas smartphone, video editing, Kursus Adobe Illustrator Peringkat Asas’ dan sebagainya juga sering diadakan. 

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Bengkel Kemahiran

5. Program Kebajikan

Pelbagai program kebajikan juga sering dianjurkan oleh Masjid Negara. Contohnya seperti, projek pengumpulan baju untuk diberikan kepada sasaran yang layak, kempen derma darah, dan sebagainya. 

Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Kempen Derma Darah
Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
Program Kebajikan

Keunikan

1. Seni Bina

Masjid Negara merupakan salah satu tarikan pelancongan utama di Kuala Lumpur. Keindahan seni binanya serta suasana yang tenang dan damai menjadikan masjid ini sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi pelancong yang datang ke Malaysia. 

Pelancong yang datang ke masjid ini berpeluang untuk menyaksikan keindahan seni bina Islam yang unik serta memahami sejarah dan budaya Islam di Malaysia.

2. Sejarah Tersendiri

Selain itu, Masjid Negara juga menawarkan lawatan berpandu untuk pelawat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan seni bina masjid ini. 

Lawatan berpandu ini dikendalikan oleh pemandu pelancong yang berpengalaman dan berpengetahuan luas mengenai Masjid Negara.

Melalui lawatan ini, pelawat berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat kubah utama, menara azan, dan dewan solat utama masjid ini.

3. Lokasi Pilihan Pelbagai Majlis

Masjid Negara juga menjadi tumpuan bagi pelbagai acara dan majlis rasmi yang diadakan oleh kerajaan Malaysia. 

Majlis-majlis seperti sambutan Hari Kebangsaan, sambutan Hari Raya Aidilfitri, dan majlis-majlis rasmi lain sering diadakan di masjid ini. Kehadiran para pemimpin negara dan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara menambahkan lagi keistimewaan dan keagungan Masjid Negara.

Maklumat Lanjut

Jangan lupa ikuti media rasmi Masjid Negara untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai program dan aktiviti yang diadakan; 

Sebarang aduan, atau pertanyaan, sila emel: [email protected]

Atau, hubungi: 03-21073100/03-21073189

Sumber

  1. Masjid Negara Malaysia
  2. Islamic Tourism Centre
Bantu kami share artikel ini: