Khasiat Tomato Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

Walaupun ia sebenarnya adalah buah, namun khasiat tomato yang popular menjadikan ia lebih kerap dimakan sebagai hidangan sayur-sayuran.

Ia juga sesuai dimakan mentah atau dijadikan sebagai salah satu ramuan dalam masakan.

Secara umumnya buah ini biasa dijumpai berwarna merah. Namun, terdapat juga variasi tomato berwarna kuning, jingga, hijau dan ungu.

Secara umumnya, tomato terdiri daripada 95% air dan baki 5% pula terdiri daripada serat dan karbohidrat.

khasiat tomato

Vitamin dan Mineral Dalam Tomato

Mempunyai rasa masam dan sedikit manis, tomato mampu membekalkan pelbagai vitamin dan mineral termasuk :

Vitamin C – sebiji tomato bersaiz medium mampu membekalkan sehingga 28% keperluan vitamin C harian.

Potassium – mineral ini penting bagi kawalan darah tinggi serta melindungi kesihatan jantung.

Vitamin K1 – juga dikenali sebagai phylloquinone, vitamin K adalah komponen penting bagi kesihatan tulang serta pembekuan darah secara sihat.

Vitamin B9 (folate) – Vitamin ini penting bagi menyokong pertumbuhan sel dan tisu secara sihat. Ia juga merupakan antara nutrisi yang penting bagi ibu hamil.

Selain itu, tomato juga padat dengan khasiat penting lain seperti lycopene, beta carotene, naringenin dan chlorogenic acid.

Khasiat Tomato Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

Baik Untuk Sistem Pertahanan Badan

Lycopene adalah antara antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang boleh menjejaskan sel serta sistem pertahanan badan dalam tubuh.

Sesetengah kajian juga mendapati khasiat tomato berpotensi untuk mencegah penyakit di pankreas, usus, tekak, mulut, payudara dan serviks.

Menyokong Kesihatan Jantung

Sebuah kajian mendapati khasiat tomato khususnya lycopene dan beta-carotene dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dalam kalangan lelaki pertengahan usia.

Kajian lain turut mendapati pengambilan lycopene juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh.

Terdapat juga pantauan klinikal terhadap tomato yang menunjukkan potensi buah ini sebagai pelindung salur darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Di samping itu, kebaikan antioksidan, vitamin B dan vitamin E dalam buah ini juga dipercayai dapat meningkatkan kesihatan jantung.

khasiat tomato

Berpotensi Sebagai Antikanser

Sesetengah kajian mendapati tomato dapat mengurangkan risiko bagi beberapa kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru dan kanser prostat.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan carotenoid yang tinggi dalam tomato mungkin dapat melindungi daripada kanser payudara dalam kalangan wanita.

Baik Untuk Kesihatan Kulit

Tomato juga sering digunakan sebagai bahan utama dalam produk penjagaan wajah seperti pembersih muka dan toner.

Antara komponen penting yang menjadikan tomato sesuai untuk mencantikkan kulit adalah lycopene yang dapat melindungi kulit daripada sunburn.

Menyihatkan Mata

Tomato juga mempunyai komponen penting iaitu lutein dan zeaxanthin yang penting untuk melindungi kulit daripada cahaya biru.

Cahaya biru ini berpunca daripada peranti yang sering kita gunakan setiap hari seperti telefon pintar, tablet dan laptop.

Selain itu, kedua-dua komponen ini juga dapat melindungi mata anda daripada sakit kepala akibat keletihan mata.  

khasiat tomato

Baik Untuk Kesihatan Gigi

Sebuah kajian telah menunjukkan bahawa lycopene mungkin dapat membantu mengatasi masalah gusi iaitu gingivitis dan periodontitis.

Namun, amalan makan tomato mentah dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan masalah enamel pada gigi. Ini disebabkan oleh kandungan asid yang tinggi dalam buah ini.

Meskipun begitu, anda tidak boleh berus gigi serta merta selepas makan kerana ia boleh membuatkan keadaan gigi anda lebih teruk.

Sebaiknya, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit setelah makan jika ingin berus gigi.

Rupanya terdapat pelbagai khasiat tomato untuk kesihatan dalaman dan luaran tubuh. Oleh itu, memang wajar untuk anda jadikan tomato sebagai sebahagian daripada diet harian anda.

Sumber : WebMD, Healthline

Baca Juga : Piramid Makanan KKM : Pembaharuan dan Saranan Terbaru

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!