Karangan Kesan Pembuangan Sisa Domestik

Murid yang ingin menulis karangan bertajuk “Kesan Pembuangan Sisa Domestik,” berikut merupakan isi penting dan contoh karangan.

Isi penting dan contoh karangan ini boleh menjadi rujukan para murid di dalam penulisan di bawah.

Isi Penting Karangan Kesan Pembuangan Sisa Domestik

1. Memudaratkan Tanah

  • Pencemaran boleh berlaku apabila komponen merbahaya tertumpah atau tertanam ke dalam tanah.
  • Sebagai contoh, botol air plastik Iazimnya akan lambat laun terurai dan menghasilkan komponen merbahaya dipanggil Diethylhydroxylamine (DEHA).
  • DEHA adalah sejenis karsinogen yang mampu merosakkan sistem reproduktif manusia, menyebabkan kerosakan hati dan menjurus kepada isu berat badan.
  • Memudaratkan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang hidup berdekatan yang juga bergantung kepada sumber air dan tanah yang sihat.

2. Mencemarkan Sumber Air

  • Air yang melalui kawasan tercemar akibat pembuangan sisa domestik akan membawa bersamanya pelbagai bahan kimia dan gas merbahaya.
  • Malah, air hujan juga boleh bercampur dengan cecair toksik dan meresap ke dalam aliran air untuk sampai ke sumber air utama.
  • Sumber-sumber air ini pada akhirnya akan disalurkan kepada orang ramai untuk kegunaan harian.
  • Mengakibatkan orang ramai mengalami masalah kesihatan dan mendapat penyakit akibat menggunakan air yang tercemar.

3. Pencemaran Kepada Udara

  • Apabila kertas dan plastik dibakar di tapak pelupusan sampah, ianya akan menghasilkan gas dan bahan kimia merbahaya seperti gas metana.
  • Gas tersebut akan terkumpul dan menyebabkan penipisan lapisan ozon dan memudaratkan kesihatan populasi manusia berdekatan.
  • Mengakibatkan pencemaran udara dan pemanasan global berlaku semuanya berpunca dari kesan pembuangan sisa domestik.

4. Perubahan Iklim Global

  • Gas rumah hijau akan dihasilkan oleh sisa pepejal yang mereput.
  • Sisa-sisa ini akan naik ke lapisan atmosfera dan memerangkap haba seterusnya mengakibatkan reaksi cuaca yang ekstrim dalam bentuk ribut dan taufan.
  • Perubahan iklim juga akan mengalami peralihan yang amat drastik.
  • Kemungkinan yang bakal berlaku adalah berlakunya hujan asid dan juga hujan batu.

Contoh Karangan Kesan Pembuangan Sisa Domestik

i) PENDAHULUAN

Masalah pembuangan sisa domestik terutamanya bahan yang tidak boleh reput seperti plastik, kaca dan aluminium melanda negara kita pada ketika ini. Kesan ini bukan sahaja berlaku pada ketika ini, tetapi juga boleh memberi impak dalam tempoh yang panjang. Sekiranya pembuangan sisa domestik tidak ditangani dan diuruskan dengan baik, pelbagai kesan buruk bakal berlaku kepada negara dan dunia.

ii) ISI 1: MEMUDARATKAN TANAH

Pembuangan sisa domestik akan mengakibatkan berlakunya kemudaratan kepada tanah. Pencemaran boleh berlaku apabila komponen merbahaya tertumpah atau tertanam ke dalam tanah. Sebagai contoh, botol air plastik Iazimnya akan lambat laun terurai dan menghasilkan komponen merbahaya dipanggil Diethylhydroxylamine (DEHA).
DEHA adalah sejenis karsinogen yang mampu merosakkan sistem reproduktif manusia, menyebabkan kerosakan hati dan menjurus kepada isu berat badan. DEHA juga akan meresap ke kawasan persekitaran seperti tanah. Ini akan memudaratkan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang hidup berdekatan yang juga bergantung kepada sumber air dan tanah yang sihat.

iii) ISI 2: MENCEMARKAN SUMBER AIR

Selain itu, pembuangan sisa domestik juga akan mencemarkan air. Air merupakan pelarut yang terbaik dan secara umumnya pelbagai bahan kimia sangat mudah terlarut didalamnya. Air yang melalui kawasan tercemar akibat pembuangan sisa domestik akan membawa bersamanya pelbagai bahan kimia dan gas merbahaya. Malah, air hujan juga boleh bercampur dengan cecair toksik dan meresap ke dalam aliran air untuk sampai ke sumber air utama. Sumber-sumber air ini pada akhirnya akan disalurkan kepada orang ramai untuk kegunaan harian. Ini akan mengakibatkan orang ramai mengalami masalah kesihatan dan mendapat penyakit akibat menggunakan air yang tercemar.

iv) ISI 3: PENCEMARAN KEPADA UDARA

Pembuangan sisa domestik juga akan mengakibatkan berlakunya pencemaran kepada udara. Apabila kertas dan plastik dibakar di tapak pelupusan sampah, ianya akan menghasilkan gas dan bahan kimia merbahaya seperti gas metana. Gas tersebut akan terkumpul dan menyebabkan penipisan lapisan ozon dan memudaratkan kesihatan populasi manusia berdekatan. Selain gas metana, bahan kimia lain seperti dioxin juga akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan pemanasan global berlaku semuanya berpunca dari kesan pembuangan sisa domestik.

v) ISI 4: BERLAKUNYA PERUBAHAN IKLIM GLOBAL

Di samping itu, pembuangan sisa domestik juga akan mengakibatkan berlakunya perubahan iklim dan pemanasan global. Sebagai contoh, gas rumah hijau akan dihasilkan oleh sisa pepejal yang mereput. Sisa-sisa ini akan naik ke lapisan atmosfera dan memerangkap haba seterusnya mengakibatkan reaksi cuaca yang ekstrim dalam bentuk ribut dan taufan. Selain daripada kenaikan suhu dan tahap kelembapan udara, perubahan iklim juga akan mengalami peralihan yang amat drastik. Kemungkinan yang bakal berlaku adalah berlakunya hujan asid dan juga hujan batu. Ini juga akan menimbulkan isu-isu lain seperti pencemaran haba dan radioaktif yang akan meningkatkan suhu global.

vi) PENUTUP

Sehubungan dengan itu, masyarakat perlulah mengambil berat dan prihatin untuk tidak melakukan pembuangan sisa domestik dengan tidak teratur. Langkah-langkah segera perlu dilakukan bagi mengelakkan pembuangan sisa domestik yang tidak terurus dan memberikan kesan buruk pada masa akan datang. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas untuk mengambil tindakan terhadap individu atau pihak yang masih melakukan pembuangan sisa domestik ini.

Bantu kami share artikel ini: