5 Jenis Tepung Popular dan Kegunaannya

Seperti yang kita maklum terdapat banyak jenis tepung yang wujud dan setiap satu daripadanya mempunyai fungsi yang tertentu.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengirimkan suami atau anak lelaki anda untuk membeli tepung gandum, tidak mustahil mereka akan terslah beli tepung lain.

Malah, mungkin ramai daripada kita yang sebenarnya tidak tahu perbezaan antaranya tepung berlainan dan jenis ini.

1. Tepung gandum

Ini mungkin jenis tepung paling popular dalam masyarakat kita, boleh kata smua orang pernah denga jenis yang satu ini.

Antara jenam tepung gandum popular adalah Cap Sauh, Cap Rose, Cap Kunci dan Bakers’ Choice.

Kegunaan: Biasanya digunakan untuk membuat kuih muih, kek, pau, pancakes, donut, produk seperti pan mee dan juga sebagai bahan salutan untuk mengorn.

Artikel berkaitan: Daun Pandan: Khasiat Pada Kesihatan & Kegunaan Dalam Masakan

2. Tepung jagung

Seperti namanya, tepung jenis ini diperbuat daripada jagung atau lebih tepat lag kanji biji jagung.

Antara jenama tepun jagung popular adalah Tesco Everyday Corn Flour, Gemini Pure Corn Flour, Masaku Corn Flour, Mak Nona Tepung Jagung, Cap Tangan Corn Flour

Kegunaan:Untuk melikatkan atau memekatkan resepi masakan berasaskan cecai (sup, kuah) menjadikan masakan lebih sedap dan cantik kelihatan dan memperbaiki tekstur resepi seperti kek yang menggunkana tepung tidak bergluten. Tepung ini menjadikan gorengan lebih rangup.

3. Tepung beras

Tepung jenis ini diperbuat daripada beras – digiling sehinga menjadi serbuk. Tepung jenis ini banyak digunakan dalam masakan di negara-negara Asia.

Kepada mereka yang alah kepada gluten, tepung beras adalah alternatif yang baik.

Kegunaan: Banyak digunakan untuk menghasilkan kuih muih dan bahan sajian goreng, tepung beras juga digunakan sebagai ejen pemekat dalam resipi yang disejukkan atau dibekukan kerana ia menghalang pemisahan cecair.

4. Tepung ubi

Tepung ubi dibuat daripada ubi kayu dan sering disebut kanji. Ia putih bersih dan lebih murah daripada tepung sagu. Bila dicampur air, tepung ubi menjadi lekit dan kenyal.

Kegunaan: Tepung jenis ini secara meluasnya digunakan untuk membuat makanan ringan seperti bubur, lempeng dan juga resepi berkuah.

Dalam edisi goreng mengoreng pula, ia digunakan untuk menjadikan bahan gorengan seperti kerepek menjadi lebih rangup. . Ia juga digunakan dalam resipi moden seperti boba dan puding.

5. Tepung naik sendiri (Self raising flour)

Lebih dikenali dengan nama englishnya – self rising flour. Yang mana telah sedia dicampur dengan serbuk penaik dan juga sedikit garam.

Tepung jenis ini adalah tepung gandum yang telah dicampurkan dengan nisbah serbuk penaik yang tinggi. Ia tepung campuran ekspress untuk membuat kek dan roti.

Kegunaan: Digunakan dalam resepi biskut, muffin, pancakes dan juga kek.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!