Flavour Mushroom: Dadah Baru Kegilaan Remaja, Ini Kesan Buruknya

Sejak akhir-akhir ini isu berkenaan flavour mushroom sangat hangat diperkatakan khususnya kepada golongan remaja di bangku sekolah.

Namun apakah yang dimaksudkan dengan flavour mushroom ini dan mengapa ia boleh membahayakan kesihatan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan flavour mushroom yang menjadi kegilaan ramai remaja dan kesan buruknya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu flavour mushroom?

flavour mushroom

Flavour mushroom adalah sejenis vape berperisa mushroom ataupun ganja. Flavour mushroom berasal dari spesis cendawan dalam genus Psilocybe yang mengandungi bahan aktif utama psilocybin iaitu sejenis halusinogen yang sangat kuat.

Pengambilan bahan ini akan menyebabkan anda berhalusinasi, berasa seronok yang melampau dan tidak sedarkan diri sepenuhnya.

Malah dikatakan bahawa pengguna yang menggunakan flavour mushroom ini akan merasakan setiap 5 minit dia di dunia nyata seolah-olah seperti berada 2-3 jam di dalam dunia khayalan.

Namu kesan ini diyakini boleh berubah-ubah kerana pengaruh dari faktor persekitaran.

Antara faktor yang mempengaruhi fungsi flavour mushroom adalah seperti dos, umur, berat badan, personaliti, keadaan emosi, persekitaran dan sejarah penyakit mental.

Pada umumnya, penyalahgunaan cendawan ini sangat popular di Mexico, Amerika Syarikat, dan Amerika Selatan. Bahkan bermacam-macam cara telah disalahgunakan termasuklah:

  • Cendawan dimakan mentah atau dikeringkan
  • Cendawan diminum dengan teh
  • Pengambilan cecair bahan aktif psilocybin yang dipanggil Microdosing
  • Dimasukkan ke dalam vape atau rokok

Nama lain flavour mushroom

Flavour mushroom juga dikenali dengan nama-nama seperti:

  • Shrooms
  • Boomers
  • Zoomers
  • Mushies
  • Magic Mushroom
  • Simple Simon
  • Little Smoke
  • Scared Mushrooms
  • Purple Passion
  • Mushroom Soup
  • Cubes

Apa itu psilocybin?

Psilocybin (4-phosphoryloxy-N,N-dimethyltryptamine) merupakan sebahagian daripada kumpulan ubat yang dipanggil psychedelics atau halusinogen.

Apabila anda mengambil psilocybin, badan anda akan menukarkannya kepada bahan lain iaitu psilocin. Psilocin nantinya akan mengaktifkan reseptor serotonin dalam otak, terutamanya di bahagian kortex hadapan, bahagian otak yang mengawal mood, kognitif dan persepsi.

Kemudian, ia akan mula bertindak dan kesan halusinatif yang boleh dirasai dalam 30 minit selepas pengambilan dan bertahan sehingga 4 hingga 6 jam bergantung dos.

Tindakan undang-undang kepada pengguna

Isu penyalahgunaan flavour mushroom ini bukanlah suatu yang baru kerana Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah banyak kali menjalankan operasi dan penahanan.

Menurut Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952, Psilocybin jelas terbukti mempunyai hukuman undang-undangnya terhadap kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakannya.

Kesan buruk flavour mushroom

Penggunaan flavour mushroom mempunyai risiko dan kesan negatif yang sangat banyak kepada pengguna. Antara kesannya adalah seperti berikut:

1. Merosakkan paru-paru

Dari sudut kesihatan, amalan menghisap vape dalam apa jua perisa sekalipun boleh meningkatkan risiko kecederaan paru-paru, penyakit paru-paru tersumbat ronik (COPD), asma, kanser paru-paru dan penyakit kardiovaskular.

Hal ini jelas kerana di dalam setiap vape mengandungi e-cecair, e-jus atau jus vape yang biasanya mengandungi nikotin, perasa dan bahan kimia lainnya.

Setiap kali anda sedut vape, ganja, nikotin, dan bahan kimia lainnya akan turut sama masuk ke dalam paru-paru anda sama seperi rokok.

2. Kemungkinan tinggi untuk overdose

Oleh kerana vape memberikan akses yang cepat, ia akan membolehkan psilocybin masuk ke dalam sistem pernafasan sehingga menyebabkan overdose.

Ini biasa berlaku terutamanya bagi pengguna yang tidak terbiasa dengan dos psilocybin yang tepat.

Overdos yang keterlaluan boleh membahayakan pengguna atau lebih teruk sehingga membawa maut.

3. Kesan sampingan yang sukar dijangka

Oleh kerana jumlah psilocybin dan psilocin yang terkandung dalam mana-mana flavour mushroom tidak diketahui dari segi jumlah kandungan psikoaktifnya.

Pengguna akan lebih sukar untuk mengetahui dan menentukan kesan jangka masa panjang yang mungkin akan memberi kesan buruk kepada kesihatan diri.

4. Meningkan risiko masalah mental

Dalam kalangan remaja, flavour mushroom ini sering diambil dalam kombinasi dengan alkohol dan dadah lainnya sehingga meningkatkan risiko psikologi dan fizikal.

Antara kesan mental yang akan anda alami adalah seperti psikosis, paranoia, rasa gugup, panik, euforia, halusinasi dan sebagainya.

5. Meningkatkan tekanan darah dan kadar jantung

Psilocybin yang terkandung di dalamnya boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung yang mungkin berbahaya kepada individu yang sememangnya mempunyai masalah jantung.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan kesan buruk penggunaan flavour mushroom dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat unutk semua.

Sumber:

  1. COTD – Bahaya “Magic Mushroom” Vape. Pusat Racun Negara
  2. Psilocybin (Magic Mushrooms): What It Is, Effects and Risks. Medical News Today
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!