Doa Untuk Anak Perempuan – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah

Doa Untuk Anak Perempuan – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah

Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak adalah merupakan amanah kepada ibu bapanya daripada Allah SWT dan sudah pasti ibu bapa akan ditanya di akhirat kelak mengenai ‘amanah’ tersebut. 

Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang soleh/solehah akan menjadi kunci syurga buat ibu bapanya. Namun, sekiranya tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret ibu bapanya masuk ke Neraka.

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berikut dikongsikan himpunan doa untuk anak perempuan serta doa agar anak-anak menjadi anak yang soleh/solehah. 

Himpunan Doa Untuk Anak Perempuan & Doa Untuk Anak Agar Menjadi  Soleh/Solehah

Doa Untuk Bayi Perempuan Yang Baru Dilahirkan

DOA 1:

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam”.

DOA 2:

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”

Doa Untuk Anak Agar Menjadi Soleh/Solehah

DOA 1:

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

DOA 2:

(Allahumma alhimhuttakwil wa a’llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

DOA 3:

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

DOA 4:

(Allahummaj’al aulaadii wa dzurriyyatii min ahlil ‘ilmi wa ahlil khoiri walaa taj’alnii waiyyaahum min ahlissuu-I wa ahlidh dhoiri warzuqnii wa iyyaahum ‘ilman naafi’an wa rizqon waasi’an wa khuluqon hasanan wat taufiqo liththoo’ati wa fahman nabiyyiina wal hamdulillahi robbil ‘aalamin)

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku di kalangan orang yang berilmu dan kebaikan dan janganlah Engkau jadikan kami ahli kejahatan dan ahli kerosakan. Berilah aku rezeki dan berilah mereka ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang luas, baik badan, hidayah. mematuhi dan memahami sebagaimana yang difahami oleh para nabi. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

DOA 5:

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

DOA 6: 

(Rabbanā waj’alnā muslimaini laka wa min żurriyyatinā ummatam muslimatal laka wa arinā manāsikanā wa tub ‘alainā, innaka antat-tawwābur-raḥīm)

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang-orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang-orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

DOA 7:

(Allahummaj ‘al awladana awladan sholihiin haafizhiina lil qur’ani wa sunnati fuqoha fiddin mubarokan hayatuhum fid dun-ya wal akhirah)

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh, orang yang hafal al-Quran dan as-Sunnah, orang yang faham agama dan diberkati kehidupannya di dunia dan di akhirat.

BACA JUGA: Doa Terbangun Tengah Malam – JAKIM

Cara Mendidik Anak Agar Menjadi Anak Soleh Dan Solehah

Doa Untuk Anak Perempuan - Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah.

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman); Selalu membaca Al-Quran di rumah, Membiasakan solat-solat sunat di rumah,  Hidupkan budaya memberi salam, Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, musholla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.

Akhir kata, semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi asbab syurga untuk kita sebagai ibu bapanya.

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”

(Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Sumber:

  1. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-502 : UCAPAN DOA DAN TAHNIAH SEMPENA KELAHIRAN ANAK – Mufti WP
  2. Bahagian Dakwah – Jakim
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!