Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil

Doa dan Amalan Yang Boleh Diamalkan Wanita Mengandung Bagi Memudahkan Proses Bersalin

Mengandung dan melahirkan seorang zuriat merupakan satu rezeki kurniaan Allah yang diberikan kepada wanita-wanita tertentu sahaja.

Hal ini demikian kerana, pengorbanan yang diperlukan bagi melahirkan seorang bayi adalah sangat besar dan berat, dan ia melibatkan nyawa ibu dan juga bayi.

Oleh itu, sebagai bakal ibu dan bapa kita sangat digalakkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar proses melahirkan nanti dipermudahkan urusannya.

Berikut kami telah senaraikan beberapa doa yang boleh diamalkan bakal ibu. Teruskan pembacaan sehingga ke penghujung artikel untuk ketahui lebih lagi.

Surah & Doa Yang Boleh Diamalkan Ibu Hamil

Sewaktu menjalani proses mengandung, bakal ibu digalakkan untuk mengamalkan sembilan (9) surah dibawah agar proses bersalin dipermudahkan dan zuriat yang dilahirkan juga dengan izin Allah menjadi seorang muslim yang baik:

  1. Surah Al-Fatihah
    • Surah Al-Fatihah merupakan surah pembuka Al-Quran dan merupakan satu surah yang wajib dihafal oleh semua umat Islam yang berakal dan baligh. Oleh itu, surah ini sangat mudah untuk diamalkan oleh bakal ibu.
    • Antara fadilat mengamalkan surah ini adalah ia dapat menerangkan hati dan juga menguatkan daya ingatan.
  2. Ayatul Kursi
    • Ibu hamil juga sangat digalakkan untuk mengamalkan ayat kursi ini. Ayat ini akan membantu dalam melindungi ibu hamil daripada segala kecelakaan dan keburukan.
  3. Surah Yaasin
    • Surah ini boleh dibaca bakal ibu dan bapa untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  4. Surah at-Taubah
    • Seperti Surah Yaasin, surah at-Taubah ini juga boleh diamalkan oleh bakal ibu dan bapa untuk membersihkan jiwa dan memelihara anak daripada maksiat.
  5. Surah Yusuf
    • Bila menyebut surah Yusuf mesti terlintas di fikiran berkenaan paras rupa yang cantik dan segak.
    • Namun begitu tahukah anda, selain untuk paras rupa dengan mengamalkan surah ini, kita juga berdoa agar anak yang dilahirkan nanti menjadi seorang muslim yang sentiasa menjauhi zina dan cantik akhlaknya seperti Nabi Yusuf.
  6. Surah Maryam
    • Surah Maryam merupakan surah yang boleh diamalkan bagi membantu memudahkan proses bersalin.
    • Surah Maryah ini digalakkan untuk dibaca oleh ibu hamil, kerana di dalam surah ini ia memberikan pengajaran kepada kita tentang kehamilan dan keibubapaan. 
  7. Surah Luqman
    • Surah ini boleh diamalkan oleh bakal ibu dan bapa agar dikurniakan nanti anak yang cerdik akal dan terang hati.
  8. Surah An-Nahl (Ayat 78)
    • Ayat 78 dalam Surah An-Nahl ini boleh diamalakan para ibu dan bapa bagi memperolah anak yang bersikap rajin dan berdisiplin.
  9. Surah Al-A’raf (Ayat 54)
    • Ayat ini juga boleh diamalkan oleh ibu bapa sepanjang sembilan bulan mengandung agar proses bersalin nanti menjadi lebih mudah
Doa mudah bersalin

Doa Mudah Bersalin

Selain surah-surah di atas, bakal ibu juga boleh mengamalkan doa dibawah ketika sudah hampir dengan proses bersalin anda:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Bacaan Rumi:

 Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin 

Makna:

“Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Dapatkan set persediaan bersalin di Shopee, bagi memastikan proses kelahiran nanti bertambah mudah.

Doa Selepas Bersalin

Setelah melahirkan ibu bapa digalakkan membaca doa di bawah selepas melaungkan azan atau iqamat ditelinga bayi anda:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

Bacaan Rumi:

A’uudzu bikalimatillaahi at-taammati min kulli syaithaanin wa haammatin wamin kulli ‘ainin lâmmatin

Makna doa:

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”

Tips Mudah Bersalin

Sebagai umat Islam, setelah berdoa kita dituntut untuk berusaha mengeluarkan diri daripada sebarang kesulitan yang dihadapi dan tidak berpeluk tubuh dan membiarkan diri menderita tanpa sebarang usaha untuk menyembuhkan kesakitan.

Oleh itu, untuk bakal ibu, berikut merupakan perkara-perkara yang boleh anda lakukan sepanjang anda mengandung agar proses melahirkan nanti menjadi lebih mudah:

  • Banyakkan Berjalan Dan Bergerak
  • Berlatih Kawal Pernafasan
  • Dapatkan Tidur dan Rehat Yang Secukupnya
  • Lakukan Senaman Ringkas 
  • Membaca dan Hadiri Kelas Keibubapaan
  • Jaga dan Kawal Emosi
  • Jaga Permakanan

Anda juga boleh memuat turun risalah persediaan menghadapi kelahiran yang disediakan oleh KKM di bawah sebagai panduan anda nanti:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!