Baju Olimpik Malaysia 2024, Rekaan Baru Lagi “Garang”!

Baru-baru ini kita dihangatkan dengan isu tentang baju Olimpik Malaysia 2024 yang akan dipakai oleh para atlet bagi mewakili negara pada 26 Julai ini.

Ramai yang memberikan kritikan dan ada juga yang sudi memberikan hasil-hasil rekaan mereka sendiri di media sosial.

Namun tahukah anda, kali ini Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah tampil dengan rekaan baru yang lebih “fresh” dan “garang” untuk para atlet berentap di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

Baca juga:

Kenyataan Media – Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024

baju Olimpik Malaysia
baju Olimpik Malaysia

Anda boleh rujuk kenyataan rasmi tersebut di sini: https://olympics.com.my/kenyataan-media-pakaian-rasmi-kontinjen-malaysia-ke-sukan-olimpik-paris-2024/

Rekaan Baru Baju Olimpik Malaysia 2024

baju Olimpik Malaysia

Susulan kritikan dan cadangan dari pelbagai pihak, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tampil dengan rekaan baru baju Olimpik Malaysia 2024 ke Paris nanti.

Rekaan baru ini menampilkan corak belang harimau “lebih garang”. Corak ini dipilih berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah depan dan belakang jaket.

Menariknya lagi, kali ini ia turut menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo berwarna emas pada corak terdahulu.

Menurut MOM, mereka berpendapat reka corak baru baju Olimpik Malaysia ini melambangkan semangat harimau yang sudah menjadi identiti rasmi kontinjen Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan pada Suka SEA Manila pada tahun 2005.

Corak dan motif lebih terang itu diharapkan bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen, malah lebih penting melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian atlet berjuang atas nama negara.

Rekaan Baru Kemeja-T Olimpik

Bagi rekaan baru kemeja-T berkolar berwarna emas, corak dan motif masih lagi dikekalkan tetapi dengan lakaran logo MOM dengan warna sebagai tanda untuk menghormati bendera negara.

Yonex Sunrise Malaysia selaku penaja pakaian rasmi kontinjen telah memberi keizinan khas kepada badan induk untuk mencetak dan mengeluarkan jaket dengan fabrik daripada pengilang berbeza.

Dan disebabkan faktor masa, MOM telah mendapat kebenaran juga daripada pihak penaja agar logo Yonex atau YY tidak dipaparkan pada kedua-dua jaket dan kemeja-T.

Baju Olimpik Malaysia 2008-2024

Sekadar mengimbas kembali kenangan para atlet dalam sukan olimpik dari tahun 2008 hingga 2024, berikut adalah baju Olimpik yang dipakai mereka untuk mewakili negara Malaysia.

baju Olimpik Malaysia
Sukan Olimpik 2012 London, United Kingdom
baju Olimpik Malaysia
Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil
Sukan Olimpik 2020 di Mushashino Sports Plaza, Tokyo
Sukan Olimpik 2024 di Paris – REKAAN LAMA

Kenapa Penting Baju Atlet Perlu Menarik?

Setiap pasukan yang bertanding dalam sukan Olimpik adalah mereka yang mewakili dan membawa nama negara masing-masing.

Justeru itu, rekaan baju Olimpik Malaysia tersebut haruslah menggabungkan warna-warna kebangsaan, simbol dan lambang negara dengan cara yang menarik secara visual dan mudah untuk dikenal pasti.

Selain mementingkan keselesaan para atlet yang memakai untuk memberi sokongan dan kelenturan semasa beraksi, ia juga boleh menjadi salah satu cara bagi memperkenalkan budaya, dan warisan unik negara kita sendiri di mata dunia.

Kerana sukan bukanlah sekadar bertanding dan merebutkan pingat. Malah lebih daripada itu dengan semangat kesukanan yang ada, ia sebenarnya membentuk semangat patriotik dalam jiwa para atlet dan semua rakyat Malaysia untuk membanggakan negara.

Kesimpulannya, baju Olimpik Malaysia yang menjadi perhatian setiap rakyat Malaysia ini bukan hanya praktikal untuk digunakan dalam pertandingan. Tetapi juga memainkan peranan tersendiri sebagai media untuk mewakili negara serta memupuk nilai kebangsaan.

Bantu kami share artikel ini: