Zulfarhan Osman : Kronologi Kes & Hukuman Gantung Kepada 6 Tertuduh
Kes pembulian sehingga menyebabkan kematian semakin berleluasa dalam negara kita misalnya sepeti kes Zulfarhan Osman ini.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada kronologi kes kematian Zulfarhan Osman dan perkembangan terkini yang dilaporkan secara khusus dan lengkap.
Baca juga:
Siapa Zulfarhan?
Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 tahun atau lebih mesra disapa Zulfarhan Osman adalah seorang Pegawai Kadet Laut dan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia dengan kesan cedera parah, lebam, dan melecur di seluruh badan.
Beliau meninggal dunia pada 1 Jun 2017 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Kes jenayah melibatkan penderaan yang berlaku pada Zulfarhan Osman ini disifatkan sebagai suatu tragedi terburuk dan kejam oleh rakyat Malaysia.
Kronologi Kes Zulfarhan
Berikut adalah kronologi kes Zulfarhan Osman secara lengkap dari awal ia terjadi sehingga perkembangan terkini:
Punca: Sebuah laptop telah hilang di UPNM. Nama Zulfarhan telah disebut oleh seorang “bomoh” yang mengesan siapakah pencuri laptop milik pelajar itu.
13 Mei 2017
- Zulfarhan telah dipukul untuk kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama UPNM kerana disyaki mencuri laptop kawannya. Namun, mangsa tidak mengaku.
20 Mei 2017
- Mangsa telah pun dipanggil ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM pada jam 3.00 pagi untuk disoal siasat berkenaan kehilangan laptop tersebut.
- Mangsa tetap tidak mengaku dengan tuduhan tersebut dan dipukul beramai-ramai oleh 20-30 orang pelajar sehingga 11 pagi 21 Mei.
- Objek yang digunakan untuk memukul adalah seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju
27 Mei 2017
- Zulfarhan yang dalam keadaan lemah telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi menggunakan kenderaan persendirian.
- Mangsa diberikan kebenaran pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.
30 Mei 2017
- Mangsa telah di bawa ke sebuah kondominum di Bangi untuk berehat bersama dua suspek yang membulinya.
1 Jun 2017
- Zulfarhan meninggal dunia di kondominium berkenaan pada jam 9.10 malam sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis.
- Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum disahkan kematiannya.
- Polis membuat tahanan reman kepada 36 penuntut UPNM dan Uniten untuk membantu siasatan.
2 Jun 2017
- Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru pada jam 9.30 malam.
5 Jun 2017
- Satu kenyataan telah dibuat oleh UPNM bahawa siasatan profesional dan telus akan dijalankan berhubung kematian Zulfarhan yang meninggal dunia dipercayai kerana didera.
9 Jun 2017
- Tempoh reman 32 pelajar UPNM dilanjutkan dari 10 Jun hingga 14 Jun.
- Pada 9 Jun, empat mahasiswa Uniten dibebaskan dengan jaminan polis
14 Jun 2017
- 19 penunut UPNM mengaku tidak bersalah di Makhamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan Zulfarhan.
- 6 daripada penuntut tersebut telah didakwa atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.
14 Ogos 2017
- Perbicaraan kes ditunda pada 15 September 2017 kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.
15 Sept 2017
- Kes enan orang penuntut UPNM yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan telah dipindahkan ke Makhamah Tinggi Kuala Lumpur.
27 Okt 2017
- Pendakwaan memohon kes 19 penuntut UPNM yang telah menyebabkan kecederaan Zulfarhan juga turut dipindah dan dibicara di Makhamah Tinggi bersama kes bunuh mangsa.
10 Nov 2017
- Enam penuntut UPNM mengaku tidak bersalah di Makhamah Tinggi atas pertuduhan membunuh dan bersuhabat membunuh Zulfarhan.
13 Nov 2017
- Permohonan pihak pendakwaan agar 19 penuntut UPNM yang dituduh membunuh dan mencederakan Zulfarhan turut dibicarakan bersama telah benarkan oleh Makhamah Tinggi.
8 Dis 2017
- Makhamah Tinggi menetapkan 14 hari bermula 29 Januari 2018 untuk perbicaraan kes 19 penuntut UPNM yang didakwa telah membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
29 Jan 2019
- Hari pertama perbicaraan kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan di hadapan Hakim Makhamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.
8 Julai 2019
- Makhamah Tinggi telah menetapkan 31 Julai untuk keputusan akhir kes pendakwaan kepada 19 penuntut UPNM selepas 29 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
- Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.
13 Julai 2019
- Makhamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM untuk membela diri.
- Seorang penuntut telah dibebaskan dari pertuduhan mencederakan mangsa.
31 Julai 2019
- Seramai 18 orang penuntut diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
- Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.
- Enam terduduh di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
- Baki 12 yang lain pula dibicarakan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
- Bapa Zulfarhan melakukan sujud syukur selepas mendengar keputusan hakim.
- Seorang tertuduh, Muhammad Akmal Akif Alias dibebaskan mutlak dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.
2 Oktober 2019
- Makhamah mengarahkan 18 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan untuk membela diri.
- Kes membela diri bermula dengan 20 saksi memberikan keterangan.
8 April 2021
- Pihak pembelaan menutup kes.
28 Julai 2021
- Hujahan akhir kes pembelaan 18 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan ditetapkan pada 29 dan 30 Sept 2021.
30 Sept 2021
- Hakim, Datuk Azman Abdulah selesai mendengar hujahan dari pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.
- Keputusan kes bunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Zulfarhan ditetapkan pada 2 November 2021.
2 Nov 2021
- Makhamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada enam tertuduh selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.
- Makhamah juga menjatuhkan penjara tiga tahun kepada 12 lagi penuntut dari universiti yang sama selepas didapati bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan Zulfarhan.
3 Nov 2021
- Rayuan terhadap keputusan Makhamah Tinggi yang mensabitkan kesalahan enam tertuduh atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat telah dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara.
3 Januari 2024
- Sebuah portal berita tempatan telah menemuh ramah ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman.
17 April 2024
- Mahkamah Rayuan tetapkan 14 Mei untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut UPNM atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.
14 Mei 2024
- Lima bekas penuntut UPNM menarik balik rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan.
16 Mei 2024
- Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Julai untuk keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM.
23 Julai 2024
- Enam bekas penuntut UPNM telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Makhamah Rayuan kerana membunuh Zulfarhan.
- Makhamah mengetepikan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan oleh Makhamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November 2021 terhadap keenam-enam tertuduh, selepas meminda pertuduhan membunuh Zulfarhan kepada menyebabkan kematian tanpa niat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
- Makhamah mengetepikan hukuman penjara tiga tahun dan menggantikannya dengan penjara empat tahun ke atas 12 bekas penuntut UPNM, kerana mencederakan Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri laptop.
Nama Tertuduh Yang Dikenakan Hukuman Gantung
- Akmal Zuhairi Azmal
- Azamuddin Sofi
- Najib Razi
- Afif Najmudin Azahat
- Shobirin Sabri
- Hakeem Ali
Keputusan Bedah Siasat Tubuh Mangsa
Seorang pakar patologi Dr Salmah Arshad memberi keterangan bahawa Zulfarhan telah mengalami 90 kecederaan di seluruh badannya. Penyeksaan terhadap mangsa juga mengakibatkan 90 kesan lecur meliputi 80% badannya.
Bedah siasat juga mendedahkan bahawa melecur adalah punca kematian mangsa. Hujah doktor ini dikuatkan lagi berdasarkan penemuan dalam jurnal perubatan bahawa 30-50% melecur (dialami mangsa) berkemungkinan membawa maut.
Menurut doktor tersebut lagi, peluang untuk hidup bagi Zulfarhan yang mengalami lebih daripada 80% melecur pada badannya adalah tipis.
Momen Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Ketika Mendengar Keputusan Rayuan Pendakwaan
Wajah ibu bapa arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros dan Hawa Osman ketika mendengar keputusan rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas enam bekas penuntut UPNM di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya.
“Pertamanya, rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana telah memakbulkan doa kami sekeluarga dan doa seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kes ini.
Jutaan terima kasih juga kepada seluruh barisan peguam pendakwaraya yang begitu hebat dapat membuktikan bahawa adanya niat membunuh ke atas anak kami.
Terima kasih juga buat hakim Mahkamah Rayuan kerana membuat keputusan tepat dengan mengenakan hukuman gantung kepada pesalah.”
Kata Bapa mangsa, Zulkarnain Idros, 60.
Akhirnya pembelaan kematian arwah Zulfarhan Osman terbela dengan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim terhadap 6 individu tersebut.
Namun, sehingga kini “pencuri sebenar” laptop milik salah seorang pelajar itu masih kekal misteri. Sekiranya pencuri tersebut masih ada di luar sana, individu tersebut pasti hidup dalam penyesalan kerana telah menyebabkan kematian Zulfarhan.
Semoga dengan kes ini dapat menjadi pengajaran untuk semua rakyat Malaysia dan menjadikan masyarakat lebih cakna tentang kes buli.
Ia juga sekaligus membendung kes-kes seperti ini dari berlaku lagi khususnya kepada pelajar sekolah, pelajar sekolah berasrama penuh, penuntut universiti, dan dalam persekitaran sendiri.
Sumber:
- Kronologi Kes Pembunuhan Zulfarhan. Berita Harian
- Kes bunuh Zulfarhan Jenayah Paling Kejam Jarang Ditemui – Hakim. Sinar Harian