Bagi penduduk negeri Johor dan sekitarnya, tahukah anda Zoo Johor bakal dibuka semula tidak lama lagi dengan wajah baru.
Zoo Johor telah ditutup akibat pandemik covid yang lalu dan kerja-kerja menaiktaraf juga telah dilakukan selama 3 tahun.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Sejarah Zoo Johor
Zoo Johor adalah merupakan kurniaan Istana Johor kepada rakyatnya. Nama asalnya ialah Kebun Binatang Istana.
Zoo ini telah ditubuhkan pada tahun 1928, menjadikannya zoo tertua di Malaysia. Terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru, zoo ini mempunyai keluasan lebih 32 hektar dan menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan.
Lokasi yang strategik ini memudahkan pengunjung untuk mengakses zoo ini, sama ada dari dalam atau luar negeri.
Dengan lebih daripada 90 tahun sejarah, zoo ini terus menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Pada mulanya, zoo ini dibina sebagai kawasan perlindungan untuk haiwan eksotik dan tempatan yang dilindungi oleh pihak kerajaan. Kemudian, ia berkembang menjadi destinasi pendidikan dan pelancongan yang penting di Malaysia.
Tarikh Pembukaan Semula
Baru-baru ini, YAB Dato Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan secara rasmi tarikh pembukaan semula Zoo Johor setelah penutupannya akibat pandemik covid & kerja-kerja menaiktaraf.
Selepas tiga tahun ditutup, akhirnya ia akan dibuka semula dengan wajah baru bermula pada 31 Ogos 2024 (Sabtu), bersamaan dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pembukaan ini dijadualkan dirasmikan oleh Pemangku Raja Johor pada 28 Ogos 2024.
Turut diumumkan kadar baru harga tiket Zoo Johor yang masih paling rendah dalam Malaysia iaitu RM 10 (DEWASA) dan RM 5 (KANAK-KANAK).
YAB Dato Onn Hafiz Ghazi juga mengumumkan POTONGAN 50% bagi harga tiket dewasa & percuma bagi kanak-kanak selama sebulan bermula 31 Ogos sehingga 30 September 2024.
Pembukaan semula Zoo Johor adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim termasuk Kurniaan haiwan peliharaan Istana Johor seperti Harimau Belang, Tapir dan Berulang Matahari kepada Zoo Johor.
Pembaharuan Dilakukan
- Zoo Johor merancang memperkenalkan Program Pengambilan Haiwan untuk sektor swasta membantu kos makanan, penyelenggaraan dan jagaan haiwan.
- Kerajaan Negeri Johor akan bekerjasama dengan Zoo Negara dan Zoo Melaka untuk program pertukaran haiwan sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan.
- Perubahan termasuk pengunjung boleh melihat haiwan dari luar walaupun selepas waktu tutup, sistem e-tiket, penambahbaikan laluan masuk, dan kawasan rehat serta taman permainan kanak-kanak.
- Harga tiket akan kekal mampu milik dan lebih murah berbanding zoo lain di negara ini.
Lokasi
Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor
Zoo Johor terletak di lokasi yang sangat strategik di tengah-tengah bandar Johor Bahru, menjadikannya mudah diakses oleh penduduk tempatan mahupun pelancong luar.
Dengan jarak yang dekat dengan pusat bandar dan pelbagai tarikan lain, zoo ini sering menjadi pilihan utama keluarga yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama.
Kemudahan pengangkutan seperti bas awam dan teksi juga memudahkan lagi kunjungan ke zoo ini, menjadikan ia sebagai pilihan destinasi hujung minggu yang popular.
Harga Tiket Masuk 2024
Harga tiket masuk terbaru yang diumumkan adalah:
- RM 10 (DEWASA)
- RM 5 (KANAK-KANAK)
Selain itu, terdapat juga POTONGAN 50% bagi harga tiket dewasa & percuma bagi kanak-kanak selama sebulan bermula 31 Ogos sehingga 30 September 2024.
Tarikan Utama & Aktiviti Menarik Di Zoo Johor
Koleksi Haiwan yang Pelbagai
Zoo Johor terkenal dengan koleksi haiwan yang pelbagai, termasuk mamalia, burung, reptilia dan ikan. Antara haiwan yang boleh ditemui di sini adalah harimau, singa, gajah dan pelbagai spesies burung yang berwarna-warni.
Zoo ini juga berusaha untuk memelihara haiwan yang terancam dan menjalankan program pembiakan untuk memastikan kelangsungan spesies-spesies tersebut.
Pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan ini dari dekat dan belajar tentang habitat serta perilaku mereka melalui pameran yang informatif.
Salah satu tarikan utama Zoo Johor adalah kepelbagaian spesies haiwan yang dipamerkan di sini. Zoo ini menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan yang terdiri daripada mamalia, burung, reptilia, dan ikan.
Aktiviti dan Program Pendidikan
Zoo Johor bukan sahaja tempat untuk melihat haiwan, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti pendidikan.
Program seperti sesi memberi makan haiwan dan ceramah mengenai pemeliharaan haiwan diadakan secara berkala.
Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami lebih mendalam tentang kepentingan pemeliharaan haiwan dan habitat mereka.
Selain itu, zoo ini juga menyediakan kemudahan untuk lawatan sekolah, di mana pelajar dapat belajar tentang biologi dan ekologi dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.e
Persembahan
Selain itu, terdapat juga persembahan haiwan yang menarik yang dijadualkan sepanjang hari, menjadikan pengalaman kunjungan lebih interaktif dan menghiburkan.
Kemudahan dan Perkhidmatan
Zoo Johor dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung.
Terdapat kawasan rehat dan kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan berkaitan haiwan. Kemudahan seperti tandas dan tempat parkir juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Zoo Johor direka dengan kemudahan yang mesra keluarga, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan bersama anak-anak.
Terdapat taman permainan kanak-kanak yang luas, tempat berehat, dan kemudahan tandas yang bersih serta mudah diakses.
Selain itu, kawasan hijau yang sejuk dan suasana yang tenang menjadikan ia tempat yang ideal untuk berehat sambil menikmati alam semula jadi.
Waktu Operasi
Bermula 1 November 2024, Zoo Johor akan ditutup pada setiap hari Selesa bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan kandang haiwan, persekitaran perkarangan zoo dan penyelenggaraan mingguan.
Berikut adalah waktu operasi terbaru Zoo Johor:
- AHAD, ISNIN, RABU, KHAMIS & SABTU
- Waktu Masuk : 9 pagi – 6 petang
- Kemasukan Akhir Pada Jam : 5 petang
- JUMAAT
- Waktu Masuk : 8.30 pagi – 6 petang
- Waktu Rehat Solat Jumaat : 12.30 tengah hari – 2 petang
SELESA (TUTUP)
*Cuti Persekolahan & Cuti Umum sahaja dibuka setiap hati termasuk hari Selasa
Pengunjung digalakkan untuk mengunjungi zoo ini pada hari bekerja kerana pada hujung minggu dan cuti umum, zoo ini akan lebih sesak dengan pengunjung.
Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama pada hujung minggu atau cuti umum, Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah menyediakan empat buah ‘shuttle bus’ yang akan beroperasi setiap 15 minit dari tempat letak kereta di Penjara Ayer Molek ke Zoo Johor.
Info Penting Untuk Bakal Pengunjung Zoo Johor
1. Buat masa ini, pembelian tiket hanya secara “walk-in”. Pengunjung boleh membeli tiket di kaunter tiket ataupun mesin pembelian tiket. Bayaran boleh dibuat secara tunai dan kad debit/kredit. Pembelian secara “online” masih dalam proses naiktaraf.
2. Diskaun 50% untuk tiket dewasa warganegara dan PERCUMA bagi kanak-kanak, warga emas dan OKU selama 1 bulan bermula 31 OGOS hingga 30 September 2024.
3. Jangan lupa bawa Mykad, Mykid, Lesen Memandu atau Passport untuk petugas membuat pengesahan. Sekiranya anak anda belum mempunyai Mykid, pastikan anda membawa surat lahir anak.
4. Untuk parkir kenderaan, pengunjung boleh parking di Penjara Ayer Molek dan naik bas shuttle yang disediakan oleh PAJ untuk ke Zoo Johor. Ada 4 buah bus shuttle disediakan setiap hari dengan kekerapan setiap 15 minit.
5. Zoo Johor Souvenir Centre turut beroperasi sama waktu dengan Zoo Johor.
6. Untuk makluman semua, tiada lagi gerai atau kedai yang menjual makanan buat masa ini. Hanya ada “vending machine” atau mesin gedegang sahaja di dalam dan luar Zoo Johor.
7. Tandas awam dan surau untuk para pengunjung ada disediakan. Pondok rehat dan kawasan untuk berteduh juga banyak.
Maklumat Lanjut Tentang Zoo Johor
Zoo Johor adalah destinasi yang menarik dan berinformasi bagi pengunjung yang ingin belajar tentang haiwan dan pemeliharaan alam, atau sekadar meluangkan masa bersama insan tersayang.
Zoo ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook rasmi ZOO_JOHOR
- Tiktok rasmi : https://www.tiktok.com/@officialzoojohor
- Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
- Telefon : 07-223 0404
Baca juga: