Permohonan Bantuan IPT / Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor YPJ 2024

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA DAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN 2024 SECARA ATAS TALIAN – YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

Adakah anda pelajar diploma dan ijazah sepenuh masa dari IPTA dan Kolej YPJ? 

Bermula 13 sehingga 30 Mac 2024, permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara dibuka untuk permohonan dan calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dipelawa untuk memohon. 

Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara membuat permohonan.

Apakah Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2024?

Kerajaan Negeri Johor dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman / biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.

Dengan tertubuhnya yayasan ini, ia sangat membantu dalam bantuan pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor ini.

Syarat Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor

  1. Lahir dan menetap di Johor;
  2. Mendapat tawaran kemasukan / sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  5. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
  6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
  7. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
  8. PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

NOTA:

Keutamaan diberikan kepada yang tiada tajaan.

Rebat CGPA / Potongan Bayaran Balik Pinjaman

Semua peminjam YPJ layak untuk memohon Rebat atau potongan pinjaman melalui CGPA. Tetapi,terdapat 2 kategori peminjam yang layak, antaranya :
i. Tahun 2010 – 2013 (Sebelum Kurniaan Tahun 2014);
ii. Tahun 2014 ke atas (Selepas Kurniaan Tahun 2014).

(a) Pinjaman Sebelum Kurniaan Tahun 2014
Untuk kursus diperingkat Profesional, Kedoktoran (PhD), Sarjana dan Ijazah, bayaran balik dan kadar pengurangan adalah seperti berikut :-

BilKeputusanRebatDiskaunBayaran Balik
1.CGPA 3.75 – 4.0090% / Mumtaz100%Tiada
2.CGPA 3.50 – 3.7485%75%25%
3.CGPA 3.25 – 3.4980% /
Jaid Jiddan
50%50%
4.CGPA 3.00 – 3.2475% / Jaid25%75%
5.< 3.00≤ 74% / MaqbulTiada100%

*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.

Untuk kelulusan diperingkat Diploma dan Sijil, bayaran balik dan kadar pengurangan adalah seperti berikut:-

BilCGPADiskaunBayaran Balik
1.≥ 3.7550%50%
2.3.25 – 3.7425%75%
3.≤ 3.24Tiada100%

*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.

(b) Pinjaman Selepas Kurniaan Tahun 2014
i) Pemberian rebat atau pengurangan bayaran balik diberikan kepada peminjam-peminjam yang mengikuti program secara sepenuh masa (disepanjang tempoh pengajian) berdasarkan syarat-syarat berikut: dan

BilPeringkat PengajianKeputusan Layak RebatKadar Layak Rebat
1Diploma & Ijazah(Diploma & Ijazah Pertama Sahaja)Kelas Pertama dan Setaraf
(CGPA 3.75 & keatas)
100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan)
2Diploma (MARSAH)Mumtaz100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan)
3Ijazah Lanjutan / Sarjana Professional, Kursus Kedoktoran (PHD), Sijil Professional dari MASTiada Pemberian RebatTiada Pemberian Rebat

ii) Berjaya menamatkan pengajian dialam tempoh yang telah ditetapkan di dalam dokumen perjanjian YPJ; dan
iii) Pinjaman YPJ tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain; dan
iv) Institusi pengajian adalah di dalam negara; dan
v) Transkrip mestilah dengan jelas menyatakan jumlah CGPA yang diperolehi dan disahkan oleh Institusi yang mengeluarkan transkrip tersebut; dan
vi) Permohonan rebat atau pengurangan mestilah dibuat dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian.

Tarikh Permohonan Yayasan Pelajaran Johor 2024

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 17 hingga 30 Mac 2024.

Jenis IPTA & Taraf Pengajian Yang Ditaja

Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

Cara Permohonan

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-

  • LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di pautan berikut: http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/
  • LANGKAH 2: Mencetak slip permohonan
  • LANGKAH 3: Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan
  • LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)
  • LANGKAH 5: Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon
  • LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
  5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  6. Salinan Surat Tawaran IPT
  7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  8. Salinan Sijil SPM
  9. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  10. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  11. Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya

Baca juga:

Cara Hantar Dokumen Permohonan dan Sokongan

a) Kaedah Serahan Tangan di Kaunter YPJ

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  2. Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

b) Kaedah Pos

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  2. Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  3. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”
  4. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  5. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan terlebih dahulu dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

NOTA: TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ

Maklumat Lanjut

Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor di saluran berikut:

Aplikasi Whatsapp

  • Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
  • Aduan Pelanggan: 013-7411 355
  • Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
  • Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

Emel Rasmi

[email protected]

Alamat / Lokasi Pejabat

No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri, Larkin Jaya Kg Dato’ Onn Jaafar Karung Berkunci 711 80990 Johor Bahru Johor Tel: 07-2344355 Fak:07-2344434

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!