Yayasan Sabah baru sahaja mengumumkan berita baik buat pelajar anak jati Sabah atau ibu bapanya yang berasal dari Sabah kerana tawaran tajaan biasiswa dan pinjaman Pengajian Tinggi bagi siri tahun 2022 baru sahaja dibuka.
Pemohon yang berkelayakan boleh memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.
Artikel berkaitan: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022
Kenali Yayasan Sabah
Yayasan Sabah, hari ini secara rasminya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No 8 Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966.
Individu di sebalik penubuhan Yayasan Sabah ialah Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, yang berwawasan untuk mempromosikan kesedaran Malaysia di kalangan rakyat Sabah.
Objektif yayasan adalah menyediakan kemudahan pendidikan dan pendidikan untuk semua rakyat Malaysia di Sabah; mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat di Sabah, dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa bencana alam.
Syarat permohonan
Hanya pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja yang akan dipertimbangkan permohonan mereka:
(i) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau
(ii) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau
(iii) Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.
Jenis tajaan
- Biasiswa
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
- Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
- Biasiswa Ulum Islamiah
- Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
- Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
- Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Biasiswa IPTA/IPTS
- Biasiswa Pelancongan/Perhotelan
- Dermasiswa
- Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM
- Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
- Pinjaman Pengajian – Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa /Biasiswa.
Kelayakan akademik
Pihak Yayasan Sabah telah menetap syarat kelayakan akademik yang spesifik untuk setiap biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian yang ditawarkan.
Umntuk syarat kelayakan akademik secara spesifik, sila rujuk Iklan Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022 di pautan berikut http://www.yayasansabahgroup.org.my/docs/documents/2022/IKLAN%20PERMOHONAN%20Tajaan%20Biasiswa%20%20Pinjaman%20Pengajian%20SIRI%202%202022%20-%2016%20Jun%20Daily%20Express%20(2).pdf
Cara permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di http://www.yayasansabahgroup.org.my melalui pautan https://ysedu-online.net.my/.
Pemohon perlu mendaftar dengan e-mel peribadi.
Sila maklum bahawa borang permohonan secara dalam talian (online) ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer riba
(laptop) atau komputer peribadi (PC) dan menggunakan pelayar Google Chrome.
- Sila klik “DAFTAR AKAUN” dan isi kan nama, nombor MyKad, e-mel yang sah dan juga negeri asal / daerah asal.
- Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, sila tekan
butang “Daftar”. - Selepas daftar, pemohon akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan Kata Laluan (password).
- Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian (Online).
- Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang
disediakan sebelum menekan butang “HANTAR”.