Proton X50 2025: Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi

x50 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Proton X50 2025 kembali mencuri perhatian dengan penampilan yang lebih segar, teknologi dipertingkatkan dan ciri keselamatan bertaraf tinggi.

Sebagai SUV kompak paling laris di Malaysia, model tahun 2025 ini menawarkan beberapa varian menarik, pilihan warna baharu serta spesifikasi terkini yang memenuhi citarasa pemandu moden.

Artikel ini akan membincangkan secara lengkap mengenai harga terkini Proton X50 2025, senarai pilihan warna, perbezaan setiap varian, serta spesifikasi penuh untuk memudahkan anda membuat pilihan terbaik.

Artikel berkaitan: Proton XChange: Tukar Kereta Lama, Diskaun RM2000 Kereta Baru

x50 2025 proton x50 2025 facelift

Varian dan Harga Proton X50 Terkini (2025 Facelift)

Pada pelancarannya, X50 2025 tersedia dalam empat varian iaitu:

  1. Executive
  2. Premium
  3. Flagship

Untuk makluman, model pra-facelift sebelum ini ditawarkan pada harga antara RM86,300 hingga RM113,300. Namun, dengan ketiadaan varian Standard dalam barisan terbaharu ini, harga permulaan dijangka akan meningkat.

Harga rasmi Proton X50 2025 belum diumumkan secara rasmi. Kami akan mengemaskini maklumat harga tersebut setelah diumumkan.

Baca juga: Perodua Axia 2025: Harga, Varian & Gambar Terkini

X50 2025
Kredit: Proton
X50 2025
X50 2025

Warna

Proton X50 versi facelift hadir dalam lima pilihan warna iaitu Snow White (putih), Passion Red (merah), Jet Grey (kelabu), Armour Silver (perak) dan warna baharu Teal Bayou Green yang diambil daripada model S70, menggantikan warna Ocean Blue sebelum ini.

Sumber: Youtube rasmi Proton Cars

Spesifikasi Proton X50 2025

2025 Proton X50 1.5TD Executive

Mekanikal

  • Enjin 1.5 liter DOHC i-GT TD
  • Petrol 4-silinder 1,499 cc dengan pengecas turbo dan suntikan terus
  • 181 PS dan 290 Nm tork
  • Transmisi dwi-klac basah 7-kelajuan
  • Pacuan roda hadapan (FWD)
  • Suspensi MacPherson (hadapan), rasuk torsi (belakang)
  • Brek cakera berliang (hadapan), cakera pejal (belakang)
  • Pecutan 0-100 km/j dalam 7.6 saat

Luaran

  • Lampu utama LED automatik
  • Lampu siang LED (Daytime Running Lights)
  • Lampu belakang LED sepanjang lebar
  • Rim aloi 17 inci

Dalaman

  • Akses tanpa kunci dengan pemula jauh
  • Butang mula enjin (push-start)
  • Kawalan suhu automatik zon tunggal
  • Pengelap cermin automatik
  • Tempat duduk larasan manual
  • Kemasan fabrik
  • Stereng pelbagai fungsi
  • Paparan instrumen digital 8.88 inci
  • Skrin infotainmen sentuh 14.6 inci
  • Apple CarPlay dan Android Auto
  • Arahan suara “Hi Proton” dengan pilihan Bahasa Malaysia
  • Brek tangan elektronik
  • Kamera undur

Keselamatan

  • Enam beg udara (hadapan, sisi, tirai)
  • ABS dengan EBD dan bantuan brek
  • Kawalan kestabilan
  • Pemantauan titik buta (Blind Spot Monitoring)
  • Amaran lintasan trafik belakang
  • Amaran pelanggaran belakang
  • Amaran pintu terbuka

2025 Proton X50 1.5TD Premium (Tambahan daripada versi standard)

Luaran

  • Rim aloi dua tona 18 inci

Dalaman

  • Tempat duduk pemandu larasan kuasa
  • Kemasan kulit tiruan
  • Lampu ambien 72 warna dengan mod “ritma”
  • Kamera 360 darjah dengan fungsi “tembus pandang”
  • Pintu but kuasa (powered tailgate)

Keselamatan

  • Brek kecemasan automatik (AEB)
  • Kawalan jelajah adaptif dengan fungsi berhenti dan gerak semula
  • Bantuan pemusatan lorong
  • Bantuan kekal lorong
  • Pengecaman papan tanda trafik
  • Lampu tinggi automatik
  • Sistem pemantauan tekanan tayar

2025 Proton X50 1.5TD Flagship (Tambahan daripada versi Premium)

Luaran

  • Spoiler belakang
  • Bumbung hitam

Dalaman

  • Papan pemuka dan tempat duduk hitam-merah
  • Pelindung matahari separa lutsinar
  • Bumbung kaca panoramik
  • Pengecas tanpa wayar Qi (bahagian pemandu)
  • Bantuan parkir (Park Assist)
Kredit: Youtube Nazz Abdullah

Maklumat rasmi dan Test Drive Proton X50

Proton X50 facelift 2025 telah dibuka untuk tempahan awal. Seramai 10,000 pelanggan terawal bakal menerima rebat tunai RM1,000, tawaran eksklusif “Gempak Deal” yang akan diumumkan semasa pelancaran rasmi nanti, serta kad Touch ‘n Go edisi khas.

proton x50 2025 facelift

Sekiranya anda berminat untuk test drive model X50 ini, sila kunjungi pusat jualan Proton berhampiran anda.

Untuk maklumat rasmi Proton X50, sila layari halaman rasmi Proton di pautan https://www.proton.com/en/all-new-protonx50

Kredit gambar: Proton

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut