West Ipoh Span Expressway (WISE): Pintasan Terowong Menora

Lebuh raya pintasan Terowong Menora
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan baru sahaja memberikan ‘green light’ untuk pembinaan sebuah lebuh raya baru yang bakal dikenali sebagai West Ipoh Span Expressway (WISE).

Pembinaan lebuh raya ini dijangka sebagai solusi bagi mengatasi kesesakan luar biasa yang biasanya terjadi di Terowong Menora terutamanya apabila berlaku kemalangan dan semasa musim perayaan.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad setelah Kabinet berbincang mengenainya pada pertengahan bulan Disemer yang lalu.

Pembiayaan projek

Projek ini akan dibangunkan bersama syarikat konsesi melalui inisiatif kewangan swasta atau private finance initiative (PFI).

Ini bermaksud, syarikat swasta akan membiayai projek ini sebagai pertukaran untuk konsesi – tiada dana kerajaan diperlukan,

Latarbelakang WISE

West Ipoh Span Expressway (WISE) merupakan sebuah lebuh raya baru yang akan menghubungkan Gopeng dan Kuala Kangsar.

Jaraknya sekitar 60 kilometer dan akan menjadi laluan alternatif dari Kuala Lumpur ke Utara dan sebaliknya.

Berikut merupakan beberapa cadangan mengenai pembinaan lebuh raya baru ini:

  • 3 lorong laluan setiap arah
  • 4 Kawasan Rehat & Restoran dengan R&R tambahan khusus untuk kenderaan berat
  • 3 interchanges, at Kuala Kangsar, Siputeh and Gopeng
  • 64 km panjang, lebih panjang tetapi lebih laju daripada laluan asal K. Kangsar – Ipoh
  • Melepasi Terowong Menora dan cerun curam Banjaran Keledang
  • Kecerunan kurang daripada 3% lebih mesra pengguna terutamanya untuk Kenderaan Berat

Kelebihan WISE

West Ipoh Span Expressway (WISE)

Pembinaan Terowong Menora sepanjang 800 meter bermula pada tahun 1983, bersama-sama dengan Lebuhraya Utara-Selatan – E1, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1986 yang berjalan di bawah Banjaran Keledang di antara 794 meter Gunung Meru dan 860 meter Gunung Hulu Pari.

Lebuhraya Utara-selatan E1, merentasi Sungai Perak di Kampung Menora, melalui Terowong Menora di bawah Banjaran Keledang, dan keluar di Meru / Jelapang di Ipoh.

Disebabkan kesesakan dan kerap berlaku kemalangan terutama di laluan melintasi Banjaran Keledang. Lebuhraya Pintasan Terowong Menora – WISE telah dikemukakan sebagai penyelesaian untuk mengurangkan kesesakan dan mengurangkan kemalangan secara amnya.

Lebuh raya ini dijangka mempunyai kecerunan lembut, membolehkan lori bergerak dengan mudah dan lebih selamat.

Ia juga dilaporkan mempunyai lorong motosikal khusus.

Pada masa ini, lebuh raya berhampiran terowong Menora mempunyai kecerunan curam yang menyaksikan banyak lori mengalami kegagalan brek, menyebabkan banyak kemalangan yang berlaku.

Pembinaan lebuh raya ini juga diharapkan dapat memberikan laluan alternatif buat pengguna lebuh raya PLUS ketika musim perayaan, seterusnya mengurangkan kesesakan luar biasa yang sering kali terjadi di kawasan Terowong Menora ketika musim perayaan.

Pada masa ini, pemandu tidak mempunyai alternatif selain jalan raya Chemor-Sungai Siput, atau Lebuhraya Utara-Selatan, untuk ke Kuala Kangsar (atau perjalanan dari situ).

Jika kemalangan berlaku berhampiran atau di terowong atau di sepanjang jalan lama, pemandu akan terperangkap kerana tiada pilihan.

Dengan WISE, pengguna jalan raya boleh mengambil laluan terus dari Kuala Kangsar ke Gopeng, atau mereka dari utara boleh keluar di Changkat Jering (di NSE) dan menggunakan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Sejarah terowong Menora

Pembinaan Terowong Menora sepanjang 800 meter bermula pada tahun 1983, bersama-sama dengan Lebuhraya Utara-Selatan – E1, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1986 yang berjalan di bawah Banjaran Keledang di antara 794 meter Gunung Meru dan 860 meter Gunung Hulu Pari.

Lebuhraya Utara-selatan E1, merentasi Sungai Perak di Kampung Menora, melalui Terowong Menora di bawah Banjaran Keledang, dan keluar di Meru / Jelapang di Ipoh.

Disebabkan kesesakan dan kerap berlaku kemalangan terutama di laluan melintasi Banjaran Keledang, lebuhraya baru sebagai pintasan terowong Menora yang dikenali sebagai WISE ini telah dikemukakan sebagai penyelesaian untuk mengurangkan kesesakan dan mengurangkan kemalangan secara amnya.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut