Warna Peach: Jenis & Padanan Warna Yang Sesuai

warna peach
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Salah satu warna yang popular menjadi pilihan terutamanya kaum wanita dalam memilih warna pakaian adalah warna Peach.

Warna ini kelihatan seperti keorenan yang merujuk kepada warna buah pic.

Maksud Warna Peach

Peach merupakan warna yang menggabungkan antara oren dan pink yang sering melambangkan kehangatan, keselesaan, kebahagiaan, dan kelembutan.

Warna ini juga sering dikaitkan dengan kecantikan, keanggunan, dan keindahan alam semulajadi.

Warna ini diambil daripada warna buah pic atau nama saintifiknya Prunus Persica yang mempunyai kulit yang berwarna merah dan kuning dengan tekstur kulit berbaldu.

Kod hex warna ini adalah #FFD3AC.

Jenis Warna Peach

Jenis-jenis warna ini adalah seperti berikut:

i- Peach Oren

Peach Oren ialah warna oren yang sederhana terang yang terang dan tergolong dalam keluarga warna Pastel Oren.

Warna ini mempunyai kecerahan tinggi dan lebih hangat berbanding jenis warna oren yang lain.

Kod hex warna ini ialah  #FFCC99.

ii-Peach Pink

Peach Pink ialah gabungan warna merah jambu lembut dan tona peach yang hangat.

Warna ini kelihatan menarik dan ceria bagi menggambarkan keanggunan dan kemesraan.

Warnanya juga yang halus namun bersemangat boleh membangkitkan perasaan gembira dan selesa.

Kod hex warna ini ialah #FF9A8A.

iii- Peach Pastel

Pastel Peach merupakan warna yang menghasilkan rupa yang padat dan mesra.

Kod hex warna ini adalah #F7DFC2.

iv- Soft Peach

Soft Peach ialah warna pastel terang bagi warna merah jambu.

Ianya tergolong dalam keluarga warna Pastel Crimson, dan ia mempunyai kecerahan tinggi dan ketepuan rendah.

Kod hex bagi warna ini ialah #F5EDEF.

v- Peach Belacan

Peach belacan ialah jenis warna merah jambu yang menyerupai warna belacan.

Warna ini menyerlahkan keanggunan, keunikan dan nostalgia, sesuai untuk majlis santai pada musim bunga atau musim panas, terutamanya yang bertemakan retro atau vintage.

Warna ini boleh dipadankan dengan warna neutral seperti putih dan kelabu untuk penampilan yang lembut dan bergaya.

Kod hex warna ini ialah #CE88A9.

Warna Sepadan

Warna ini hampir sepadan dengan warna-warna berikut:

  • Aprikot (#FBCEB1) hampir menyerupai warna peach tetapi dengan tona lebih oren sedikit, membangkitkan rasa kemesraan dan keselesaan.
  • Salmon (#FF8C69) merupakan warna yang sedikit lebih merah jambu, menggabungkan kelembutan pic dengan sentuhan kehangatan.
  • Coral (#FF8559) merupakan warna yang lebih cerah dan lebih jelas.
  • Melon (#FDBCB4) merupakan warna alternatif yang lebih lembut dan sedikit merah jambu.

Padanan Warna

Padanan warna ini yang sesuai adalah seperti berikut:

  • Mint Green
  • Coral
  • Cream
  • Soft Yellow
  • Blush Pink
  • Lavender
  • Light Gray
  • Pale Blue
  • Rose Gold
  • Sage Green

Info Lanjut

Info lanjut mengenai warna ini, sila layari laman web https://www.figma.com/colors/peach/.

Baca juga: Warna Lilac: Jenis, Contoh & Padanan Warna

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut