Nude ini sering dijadikan pilihan warna oleh orang ramai sebagai pilihan warna untuk pakaian terutamanya pakaian melibatkan hari perayaan dan sebagainya.
Warna ini dikategorikan sebagai warna yang boleh dikatakan ringkas, elegan dan tidak “agresif” dan boleh dipadankan secara harmoni dengan mana-mana warna yang lain..
Oleh kerana itulah, warna ini sering digunakan dalam aspek kecantikan dan fesyen kerana sifatnya yang neutral.
Maksud Warna Nude
Ia dikenali sebagai Nude disebabkan ia berkait dengan kulit manusia, terutamanya orang Caucasian di Eropah.
Ini kerana warna ini membawa kepada coklat muda yang cenderung neutral malah warna ini juga boleh mewakili keseimbangan kerana ia sesuai untuk digabungkan dengan banyak warna.
Warna ini sering dikaitkan dengan krim, tetapi kedua-duanya adalah warna tersebut adalah warna yang berbeza.
Warna ini boleh dijumpai hex atau palet warna dalam aplikasi reka bentuk dengan kod hex #E3BC9A.
Variasi Warna Nude
Warna ini mempunyai beberapa variasi warna yang lain iaitu:
- Coklat
- Tan (sawo matang)
- Putih
- Krim/Beige
Contoh Warna / Jenis Warna Nude
Terdapat pelbagai jenis warna ini antaranya:
i) Nude Brown
Nude Brown mempunyai tona lebih gelap sedikit daripada nude biasa dan merupakan rona sederhana terang.
Mengikut warna RGB, warna ini terdiri daripada 73.73% merah, 61.96% hijau dan 50.98% biru.
Kod hex bagi warna ini ialah #bc9e82.
ii) Nude Pink
Variasi warna ini ialah Nude dan warna Merah Jambu.
Dalam warna RGB, ianya terdiri daripada 86.67% merah, 75.29% hijau dan 70.59% biru.
Kod hex bagi warna ini ialah #ddc0b4.
iii) Nude Beige
Warna ini dipercayai memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan.
Mengikut warna RGB, ianya terdiri daripada 79.22% merah, 72.55% hijau dan 65.49% biru.
Kod hex bagi warna ini ialah #cab9a7.
iv) Nude Cream
Merupakan campuran antara Nude dan Krim yang memperlihatkan rona yang lebih lembut.
Kod hex warna ini adalah #f3e2d6.
v) Dark Nude
Dark Nude merupakan rona yang lebih gelap dalam kategori Nude.
Dalam RGB, warna ini terdiri daripada 80.0% merah, 70.2% hijau dan 63.92% biru.
Kod hex warna ini ialah #ccb3a3.
vi) Light Nude
Light Nude mempunyai ton yang lebih terang daripada Nude biasa dan boleh digunakan sebagai alternatif kepada warna putih.
Untuk RGB, warna ini terdiri daripada 90.2% merah, 86.67% hijau dan 84.71% biru.
Kod hex warna ini ialah #e6ddd8.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai warna ini, sila layari laman web https://www.figma.com/colors/nude/.
Baca juga: Warna Pelangi & Proses Pembentukannya