Warna Lilac merupakan salah satu warna yang popular terutamanya bagi pilihan warna pakaian ketika musim perayaan.
Warna ini sering dianggap sebagai warna unggu lembut yang sering menjadi pilihan kepada kaum wanita sama ada sebagai warna tudung atau pakaian.
Untuk mereka yang menjadikan warna ini sebagai pilihan pakaian, terdapat beberapa padanan warna yang sesuai dipadankan bersama warna ini.
Mengenai Warna Lilac
Warna ini merupakan warna yang berasal dari perpaduan antara warna ungu dan putih.
Kombinasi warna ungu dan putih menghasilkan tona warna ungu yang lebih terang, lembut, dan feminin.
Tambahan pula, warna ini sering dikaitkan dengan suasana romantis, kelembutan, dan juga keanggunan.
Kod hex bagi warna ini adalah #BDB0D0.
Variasi Warna Lilac
Antara variasi warna ini adalah seperti berikut:
i- Lavender
Warna ini merupakan warna pastel lembut yang menggabungkan kesejukan biru dengan sedikit merah hangat, menghasilkan warna yang lembut dan hampir halus.
Warna ini boleh dilihat di dalam ladang bunga lavender yang mekar, bunga yang halus di dalam musim dan dalam lukisan cat air.
Kod hex bagi warna ini ialah #967bb6.
2- Mauve
Mauve merupakan hasil gabungan ungu muda dan kelabu.
Sama seperti warna ungu lain sepeeti lavender, ungu muda dinamakan sempena bunga mallow.
Kod Hex warna ini ialah #E0B0FF.
3- Violet
Violet merupakan warna yang terang yang terletak antara biru dan merah.
Warna ini menghasilkan ungu yang lebih pekat yang sering dikaitkan dengan kreativiti, sihir dan kemewahan.
Kod hex warna ini adalah #7F00.
4- Periwinkle
Periwinkle merupakan warna nila pucat yang mengambil namanya daripada bunga.
Ianya berada di antara warna biru dengan warna ungu.
Kod hex warna ini adalah #CCCCFF.
5- Amethyst
Amethyst ialah ungu pekat dan terang dengan sedikit warna biru dan merah.
Warna ini juga mengingatkan langit senja dan ladang lavender yang mekar.
Selain itu, warna ini juga sering dilihat di alam semula jadi, daripada kelopak bunga violet hingga ke bahagian berkilauan batu permata.
Kod warna hex bagi warna ini adalah #9966cc.
Padanan Warna
Warna ini sesuai dipadankan dengan warna-warna berikut:
- Lavender
- Pale pink
- Light blue
- Mint green
- Peach
- Soft yellow
- Light gray
- Dusty rose
- Ivory
- Sky blue
Info Lanjut
Info lanjut mengenai warna Lilac, sila layari laman web https://www.figma.com/colors/lilac/.
Baca juga: Warna Khaki: Jenis, Contoh, & Padanan Warna