Waktu Imsak Sarawak 2025 (Ramadan 1446H) – JAKIM

Waktu Imsak Sarawak 2025 / 1446H – Jadual Rasmi JAKIM

Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 Mac 2025.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia akan ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu juga bakal disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan jadual waktu imsak dan berbuka di seluruh Sarawak bagi tahun 2025.

Jadual ini adalah berdasarkan takwim waktu solat JAKIM.

Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Imsak Sarawak 2025 / 1446 H

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA SARAWAK BAGI TAHUN 1446 H / 2025

ZON 1: Limbang, Sundar, Trusan & Lawas

waktu imsak sarawak

ZON 2 : Niah, Bekenu, Miri, Sibuti & Marudi

waktu imsak sarawak

Zon 3 : Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh, Bintulu

waktu imsak bintulu sarawak

ZON 4 : Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu Kanowit, Kapit, Song

ZON 5 : Tg Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Bintangor, Rajang

waktu imsak sarawak

ZON 6 : Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa

ZON 7 : Samarahan, Simunjang, Serian, Sebuyau, Maludam

ZON 8 : Kuching, Bau, Lundu, Sematan

ZON KHAS : Kg Ulu Merapok, Kg Sg Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan. Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Langsuban dan Kg Patarikan

Sumber: JAKIM

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Hikmah Bersahur

AJAIBNYA RAMADHAN : KELEBIHAN BERSAHUR

“Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung keberkatan”.

Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air.
Sabda Nabi SAW:

السحور بركة٬ فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة ماء

Ertinya: “Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk air.

(Riwayat Ahmad)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Sumber: JAKIM

Hukum Makan Ketika Imsak

Ramai yang keliru mengenai waktu Imsak, Imsak atau Subuh itu dikira bermulanya Puasa?

Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka, pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta-merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Walaupun kita disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Jadi, selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

Dah faham, kan?

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka