Waktu Imsak Pulau Pinang 2026 (Ramadan 1447H) – JAKIM

Waktu imsak Pulau Pinang 2026 / 1447H menjadi rujukan penting bagi umat Islam untuk menentukan had akhir bersahur sepanjang bulan Ramadan. Jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri lain di Malaysia boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM.

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis), tertakluk kepada pengumuman rasmi hasil cerapan anak bulan Ramadan oleh pihak berkuasa.

Penetapan tarikh awal Ramadan akan diumumkan mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat persetujuan Raja-Raja, dan pengisytiharan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Di bawah ini disertakan jadual waktu imsak Pulau Pinang bagi tahun 2026 sebagai rujukan rasmi yang tepat sepanjang Ramadan.

BACA JUGA: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Imsak Pulau Pinang 2026 / 1447 H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2026 / 1447 H BAGI SELURUH NEGERI PULAU PINANG (PENANG)

*Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

**Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber : Laman web rasmi JAKIM

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Hikmah Bersahur

AJAIBNYA RAMADHAN : KELEBIHAN BERSAHUR

“Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung keberkatan”.

Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air.
Sabda Nabi SAW:

السحور بركة٬ فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة ماء

Ertinya: “Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk air.

(Riwayat Ahmad)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Sumber: JAKIM

Hukum Makan Ketika Imsak

Ramai yang keliru mengenai waktu Imsak, Imsak atau Subuh itu dikira bermulanya Puasa?

Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka, pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta-merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Walaupun kita disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Jadi, selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

Dah faham, kan?

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka