Waktu Imsak Johor 2025 / 1446H – Jadual Rasmi JAKIM
Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 2 Mac 2025.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia akan ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu juga bakal disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.
Berikut dikongsikan jadual waktu imsak dan berbuka di seluruh Johor bagi tahun 2025.
Jadual ini adalah berdasarkan takwim waktu solat JAKIM.
Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian
Jadual Waktu Imsak Johor 2025 (Ramadan 1446H)
JADUAL WAKTU IMSAK TAHUN 1446H / 2025 BAGI SELURUH NEGERI JOHOR
*Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
**Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
ZON 1 : Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
ZON 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing, dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya
ZON 3 : Daerah Pontian dan Kluang
ZON 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas
Sumber: Laman Web JAKIM
Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA
Hikmah Bersahur
AJAIBNYA RAMADHAN : KELEBIHAN BERSAHUR
“Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terkandung keberkatan”.
Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air.
Sabda Nabi SAW:
السحور بركة٬ فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة ماء
Ertinya: “Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk air.
(Riwayat Ahmad)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Sumber: JAKIM
Hukum Makan Ketika Imsak
Ramai yang keliru mengenai waktu Imsak, Imsak atau Subuh itu dikira bermulanya Puasa?
Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.
Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka, pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta-merta dan kemudian sempurnakan puasa.
Walaupun kita disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.
Jadi, selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).
Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.
Dah faham, kan?
Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka