Sebut sahaja tentang ikon fesyen di Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan nama Vivy Yusof yang sering muncul dalam majalah dan di acara-acara fesyen. Gaya beliau yang moden dan sopan telah menjadi inspirasi kepada ramai wanita muslimah.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai dalam industri fesyen Malaysia, Vivy Yusof.
Baca juga:
- Yahya Sinwar : Biodata Arkitek Di Sebalik Operasi Taufan al-Aqsa
- Biodata Khairul Aming – Influencer & Usahawan Sambal Nyet
- Biodata Fazura – Pelakon Wanita Popular & Usahawan Tudung Berjaya
Latar Belakang
Nama | Datin Vivy Sofinas binti Yusof |
Nama Panggilan | Vivy Yusof, Vivy |
Tarikh Lahir | 11 Disember 1987 |
Tempat Lahir | Kajang, Selangor |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari London School of Economics (LSE) |
Pekerjaan | Usahawan, personaliti televisyen, pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group |
Akaun Media Sosial | Instagram @vivyyusof |
Kehidupan Peribadi
Vivy Yusof adalah anak kepada pasangan Dato’ Yusof Jusoh dan dan Datin Aishah Jelani. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik.
Pada tahun 2012, Vivy menamatkan zaman bujangnya bersama rakan sekolejnya, Fadzaruddin Shah Anuar.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah (2013), Mariam Iman Shah (2015), Sarah Ilham Shah (2018), dan Idris Ali Shah (2021).
Kerjaya & Profesional
Pada tahun 2010, Vivy Yusof bersama tunangnya ketika itu, Fadza, telah mengasaskan FashionValet iaitu sebuah platform e-dagang yang memasarkan jenama fesyen tempatan.
Pada tahun 2012, Vivy dan Fadza memenangi dana pelaburan RM1 juta oleh MyEG Services Bhd, setelah mendapat tempat pertama dalam Make The Pitch, sebuah rancangan televisyen realiti.
FashionValet berkembang pesat dan menjadi salah satu platform fesyen terkemuka di Malaysia. Pada tahun 2014, Vivy melancarkan pula jenama dUCK, yang menawarkan koleksi hijab dan aksesori gaya hidup premium.
Selain kejayaan dalam perniagaan, Vivy juga aktif dalam media sosial yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram. Beliau berkongsi tentang kehidupan peribadi, kerjaya, dan pandangan fesyen melalui platform tersebut.
Sebelum menjadi terkenal di media sosial, Vivy aktif menulis di blog peribadinya, Prodduck, di mana dia berkongsi kisah tentang kehidupan, fesyen dan inspirasi perniagaan.
Walaupun sibuk dengan perniagaan, Vivy aktif dalam usaha memperkasakan wanita dan memberi inspirasi kepada generasi muda melalui ceramah dan program motivasi.
Pada tahun 2016, Vivy membintangi program realiti televisyen “Love, Vivy” yang disiarkan di Astro Ria, memaparkan kehidupan sehariannya sebagai usahawan dan ibu.
Pencapaian Vivy Yusof
Vivy telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, antaranya:
- Bella Business Award 2013
- Ikon Wanita Puteri UMNO pada tahun 2014
- Young Entrepreneur Award (Tribute to Women Malaysia) 2016/
- Young Entrepreneur of the Year Award (Asean@50 Achievement Awards) 2017.
- Forbes 30 Under 30 Asia pada tahun 2017.
- Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee for the Great Women of Time Awards 2015.
- 60 Wanita Inspirasi Nona.
- Pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Mei 2019.
- Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017.
- Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.
- Entrepreneur Par Excellence (Malaysia Tatler) 2019.
Pada Disember 2022, Vivy Yusof telah menerbitkan sebuah buku pertamanya bertajuk “The First Decade: My Journey from Blogger to Entrepreneur”.
Buku ini mengisahkan perjalanan beliau daripada seorang penulis blog kepada usahawan berjaya, termasuk cabaran dan kejayaan yang ditempuh sepanjang sepuluh tahun pertama kerjayanya.
Buku ini sesuai untuk usahawan muda yang ingin memahami selok-belok dunia perniagaan, khususnya dalam industri fesyen. Ia juga memberikan pandangan mendalam tentang bagaimana Vivy mengimbangi kehidupan peribadi dan profesionalnya.
Anda boleh beli buku “The First Decade: My Journey from Blogger to Entrepreneur” by Vivy Yusof di sini
Isu FashioValet Dengan Khazanah & PNB
FashionValet, sebuah platform e-dagang fesyen yang diasaskan oleh Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, telah menerima pelaburan daripada Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 2018. Khazanah melabur RM27 juta, manakala PNB menyumbang RM20 juta, menjadikan jumlah pelaburan sebanyak RM47 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat tersebut.
Namun, perniagaan FashionValet menghadapi cabaran besar akibat pandemik COVID-19, yang menjejaskan prestasi kewangannya. Pada akhir tahun 2023, Khazanah dan PNB menjual pegangan mereka dalam FashionValet kepada NXBT Partners Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta, mengakibatkan kerugian kolektif sebanyak RM43.9 juta.
Kementerian Kewangan menyatakan bahawa keputusan untuk menjual pegangan tersebut adalah langkah keluar yang bertanggungjawab, memindahkan pemilikan kepada pelabur strategik yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan kewangan dan menyokong pertumbuhan perniagaan FashionValet. Kerugian yang dialami dianggap kecil berbanding dengan pendapatan keseluruhan Khazanah dan PNB pada tahun berkenaan.
Terdahulu, pasangan usahawan yang juga pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tampil memohon maaf dan mengumumkan keputusan mengundur diri daripada syarikat tersebut susulan kontroversi kerugian membabitkan institusi pelaburan negara baru-baru ini.
Fakta Menarik Tentang Vivy Yusof
- Vivy memulakan perniagaan FashionValet pada usia yang sangat muda iaitu ketika berumur 23 tahun.
- Beliau memiliki pendidikan dalam bidang undang-undang dari London School of Economics.
- Vivy pernah Vivy disenaraikan dalam senarai Forbes ’30 Under 30 Asia’.
- Beliau pernah menjadi juri dalam ‘AirAsia Runway Ready Designer’ selama 2 tahun.
- Beliau pernah penghias muka depan beberapa majalah berprofil tinggi di Malaysia seperti HerWold, Prestige, dan Tatler.
- Telah muncul di beberapa media antarabangsa termasuk BBC, The New York Times, dan Forbes.
- Salah seorang blogger terbaik Malaysia dengan 250K hits bulanan di blognya Proudduck.
Semoga Vivy Yusof terus menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda di Malaysia melalui kejayaan dan dedikasinya dalam dunia perniagaan dan fesyen.
Sumber:
- Instagram @vivyyusof
- Datin Vivy Yusof, Entrepreneur and Co-founder, FashionValet and The dUCk Group. Tatler