Ustaz Wadi Annuar, Pendakwah Bebas Terkenal

Ustaz Wadi Annuar merupakan penceramah bebas yang cukup berpengaruh di negara ini.

Cara penyampaian serta kepetahan beliau dalam menyebarkan dakwah ternyata mampu menyentuh jiwa kepada rakyat Malaysia.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Ustaz Wadi Annuar.

Baca juga:

Latar Belakang

Ustaz Wadi Annuar
NamaMohammad Wadi Annuar bin Ayub
Nama PanggilanUstaz Wadi Annuar
Tarikh Lahir20 September 1983
Tempat LahirSungai Petani, Kedah
PendidikanKelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab, Institut Fatah Islamik, Damsyik, Syria
PekerjaanPenceramah agama, pendakwah
Akaun Media SosialInstagram @ustazwadiannuar
Facebook @ustazwadiannuarofficial
Youtube @ustazwadiannuar
Website Ustazwadiannuar.com
TikTok @ustazwadiannuarofficial
X @ustazwadiannuar

Kehidupan Peribadi

Ustaz Wadi Annuar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Al Islah dan Maktab Mahmud Alor Setar.

Bakat kepimpinan beliau sudah terserlah sejak di bangku sekolah lagi. Ustaz Wadi Annuar bergiat aktif dalam kegiatan dakwah sebagai seorang penceramah bebas dan juga memberikan sumbangan kebajikan sesama Muslim.

Kerjaya & Profesional

Selain berkhidmat sebagai penceramah, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan sebagai guru serta pentadbir sekolah.

Beliau berpengalaman sebagai Guru Sekolah Menengah, Swasta dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dari tahun 2008 hingga 2015.

Pada tahun 2016 hingga 2018, beliau menyandang jawatan sebagai pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar.

Sebagai penceramah bebas, beliau bukan sahaja mendapat jemputan untuk mengisi program ilmu di pelbagai masjid-masjid besar serata negeri, malah beliau juga sering mendapat jemputan ceramah daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, universiti, syarikat kerajaan & swasta, masjid negeri dan stesyen televisyen. 

Ustaz Wadi pernah dijemput sebagai panelis untuk rancangan Al-Kuliyyah (TV3) dan Semusim di Barzakh (TV Al Hijrah).

Selain aktif menyebarkan dakwah, beliau juga banyak melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Tidak hanya terlibat sebagai sukarelawan bagi beberapa misi kebajikan, malah Ustaz Wadi Anuar juga merupakan pengasas kepada institusi pendidikan dan kebajikan, Akademi Darul Iftak (ADI) yang kini dikenali sebagai Akademi Darul Ilmi.

Di samping itu, beliau juga memegang beberapa jawatan penting bagi beberapa badan NGO iaitu :

  • Pengerusi NGO Ikatan Ilmuwan Islam Kedah (Islami)
  • Jawatankuasa NGO Penawar Kedah

Di samping menyampaikan ilmu menerusi ceramah agama, Ustaz Wadi pernah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Andai Umat Ini Hidup Seperti Umar Al-Khattab’.

Jadual kuliah bulanan Mei

Ustaz Wadi Annuar

Pencapaian Ustaz Wadi Annuar

Sepanjang melibatkan diri sebagai pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar telah berjaya mendapat beberapa pencapaian. Berikut adalah antaranya:

Bibliografi:

  • Ustaz Wadi Annuar (2019). Andai Umat Ini Seperti Umar Al-Khattab. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-481-297-3.

Televisyen:

TahunRancanganEpisod – TajukSaluran TV
2016Al-KuliyyahSebagai Panelis JemputanEpisod 17 – Ashabul Kahfi (Bahagian 1) Episod 18 – Ashabul Kahfi (Bahagian 2)TV3
2020Al-KuliyyahSebagai Panelis JemputanEpisod 2 – Manusia PertamaTV3
2022Semusim Di BarzakhSebagai Panelis JemputanTV Al-Hijrah
2022Figura Akhir ZamanSebagai Panelis Jemputan – 29 EpisodRTM
2022Akhir DuniaSebagai Panelis Jemputan – 10 EpisodAstro Oasis
2022Riwayat Akhir ZamanSebagai Panelis Jemputan – 9 EpisodTV Al-Hijrah
2022Akademi Daie Muda YadimSebagai Juri ADMY (Pentas Akhir)TV Al-Hijrah

Ceramah Luar Negara:

TahunCeramah / KembaraNegara / Negeri
2022Pelayaran Islamik 42.0Singapura
2022Tausiyah & Lawatan ke universiti OxfordUnited Kingdom
2022Hijrah Membina Umat Menuju WawasanThailand
2022Keluargaku, PerjuangankuBrunei
2022Pelayaran Islamik 40.0Vietnam
2017Mekar AustraliaAustralia
2016Tausiyah & Lawatan ke universiti HokkaidoJepun

Fakta Menarik Mengenai Ustaz Wadi Annuar

  • Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2018 bersama rakan dakwahnya, Ustaz Murtadza yang meninggal dunia 10 hari selepas kejadian tersebut.
  • Pengasas Akademi Darul Ilmi.
  • Pemegang tauliah mengajar di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan.
  • Mempunyai jumlah pengikut laman media sosial peribadinya, Instagram mencecah 1.2 juta, Facebook 1.1 juta, TikTok 2.4 juta dan YouTube seramai 712 ribu subscriber.

Semoga dengan perkongsian dan ceramah ilmu dari Ustaz Wadi Annuar ini dapat memberikan kita semua kebaikan di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Website Ustaz Wadi Annuar. Ustazwadiannuar.com
  2. Instagram @ustazwadiannuar
Bantu kami share artikel ini: