UPUPocket merupakan sebuah aplikasi percuma yang menyediakan pelbagai kemudahan berkaitan permohonan ke UPU bagi para pelajar.
Aplikasi UPUPocket ini telah dibangunkan dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Dengan menggunakan aplikasi ini, ianya akan menjadikan lebih mudah dan pantas buat anda yang memohon UPU kerana segalanya boleh dilakukan di hujung jari, terus dari peranti mudah alih anda.
Aplikasi ini bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai UPUPocket.
UPUPocket 2.0
Aplikasi UPUPocket bukanlah baru sahaja diperkenalkan dan kini sudah masuk ke versi 2.0 yang dikemaskini dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik.
Aplikasi ini direka untuk memudahkan urusan permohonan, semakan, dan rujukan berkaitan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi pelajar dan ibu bapa di Malaysia.
Keputusan permohonan UPU untuk lepasan SPM/setaraf bagi sesi 2025/2026 boleh disemak mulai 16 Jun 2025 melalui aplikasi UPUPocket 2.0 selain portal rasmi UPU.
Untuk tahun ini, semakan keputusan melalui SMS tidak disediakan. Semua semakan perlu dibuat secara online atau melalui aplikasi UPUPocket.
Pemohon yang tidak berjaya juga boleh membuat rayuan melalui aplikasi ini dalam tempoh yang ditetapkan.
NOTA: Pengguna Android yang masih menggunakan versi lama dinasihatkan untuk memuat turun versi terbaru UPUPocket 2.0.
Menu Utama & Fungsi
Berikut adalah fungsi utama yang ditawarkan oleh UPUPocket 2.0:
- Kalkulator Merit: Membantu pemohon mengira merit terkini untuk kemasukan IPTA.
- Semakan Status Permohonan UPU: Menyemak status permohonan, kelayakan, keputusan, dan rayuan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti, dan ILKA.
- e-Panduan: Panduan digital syarat kemasukan ke universiti awam, TVET, dan ILKA, termasuk carian program dan laluan kerjaya.
- Kalendar Akademik: Maklumat tarikh penting berkaitan permohonan UPUonline.
- Aduan & Maklum Balas: Saluran untuk mengemukakan pertanyaan atau aduan berkaitan permohonan.
- Direktori IPTA/ILKA: Maklumat alamat, nombor telefon, e-mel, dan pautan rasmi institusi pengajian.
- Notifikasi: Pengguna akan menerima notifikasi berkaitan info terkini UPU yang dikemaskini
Menu Utama/Fungsi | Cara Menggunakan |
---|---|
Semakan Status | Pilih menu “Semakan Status Permohonan UPU”, masukkan nombor MyKad, pilih program, dan tekan “Semak”. |
Keputusan UPU | Pilih “Semakan Keputusan”, masukkan nombor MyKad, pilih institusi & program, dan tekan “Semak”. |
e-Panduan | Pilih menu e-Panduan untuk semak syarat kemasukan, laluan program, dan kerjaya. |
Kalendar Akademik | Semak tarikh penting permohonan, keputusan, temuduga, dan rayuan. |
Aduan & Maklum Balas | Gunakan menu Aduan untuk menghantar pertanyaan atau aduan berkaitan permohonan. |
Direktori IPTA/ILKA | Dapatkan maklumat institusi, alamat, dan nombor telefon untuk rujukan lanjut. |
Cara Guna Kalkulator Merit UPUPocket 2.0
Berikut adalah langkah-langkah menggunakan Kalkulator Merit dalam aplikasi UPUPocket 2.0 untuk mengira markah merit permohonan UPU anda:
- Muat Turun & Buka Aplikasi: Pastikan anda telah memuat turun dan memasang aplikasi UPUPocket 2.0 dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Akses Menu Kalkulator Merit: Buka aplikasi dan pilih menu “Kalkulator Merit” di halaman utama aplikasi.
- Pilih Kategori Pemohon: Pilih kategori anda, sama ada Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, atau setaraf.
- Masukkan Maklumat Akademik: Masukkan gred bagi setiap mata pelajaran yang diminta mengikut keputusan peperiksaan anda. Pilih mata pelajaran mengikut aliran dan pakej yang berkaitan (contohnya STEM, Sastera, atau lain-lain).
- Masukkan Markah Kokurikulum: Masukkan markah kokurikulum anda (10%). Bagi pelajar sekolah di bawah KPM, markah ini biasanya dibekalkan oleh pihak sekolah. Bagi calon persendirian, gunakan maklumat yang diisi semasa permohonan.
- Tekan Butang Kira: Setelah semua maklumat diisi, tekan butang “Kira” atau “Calculate”.
- Lihat Keputusan Merit: Markah merit keseluruhan anda akan dipaparkan secara automatik di aplikasi. Anda boleh membuat perbandingan merit ini dengan purata merit program pengajian yang diminati
Rayuan UPU melalui UPUPocket
Rayuan UPU boleh dilakukan melalui aplikasi UPUPocket 2.0 selepas keputusan permohonan UPU diumumkan secara rasmi.
Pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran pengajian sijil layak untuk membuat rayuan.
Untuk membuat rayuan, anda perlu:
- Memuat turun aplikasi UPUPocket dari Google Play Store atau Apple App Store, kemudian buka aplikasi dan pilih menu berkaitan rayuan atau semakan keputusan.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan ikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi untuk mengemukakan rayuan.
Segala maklumat berkaitan status rayuan dan keputusan akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut, dan pemohon boleh membuat pengesahan serta mencetak surat tawaran sekiranya rayuan berjaya.
Tempoh rayuan biasanya dibuka selama 10 hari selepas keputusan diumumkan, jadi pastikan anda membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Anda boleh menyemak keputusan rayuan melalui portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my atau menghubungi hotline UPU di 03-8684 2363 untuk bantuan lanjut.
Muat turun aplikasi
Bagi yang berminat, anda dipersilakan memuat turun aplikasi UPUPocket versi terbaru ini daripada salah satu pautan di bawah ini:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Untuk keselamatan peranti mudah alih anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini dari sumber yang sah sahaja.
Sememangnya aplikasi yang dibangunkan oleh MOHE ini cukup menarik dan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi, pengguna boleh menghubungi talian rasmi BPKP di 03-8684 2363.
1. Muat turun & buka aplikasi UPUPocket 2.0
2. Klik “Semakan”
3. Masukkan nombor kad pengenalan
4. Pilih kategori (contoh: Lepasan SPM)
5. Tekan “Semak”
6. Keputusan dipaparkan di skrin
UPUPocket ialah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk membantu pemohon dan ibu bapa mendapatkan maklumat serta membuat semakan berkaitan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Anda hanya perlu muat turun aplikasi UPUPocket dari Google Play Store atau Apple App Store, kemudian buka aplikasi dan pilih menu yang diingini seperti semakan status permohonan, e-Panduan, atau kalkulator merit. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan hasil semakan atau maklumat berkaitan
Buka aplikasi UPUPocket, pilih menu “Semakan”, masukkan nombor kad pengenalan, pilih kategori (contoh: Lepasan SPM), dan tekan “Semak”. Keputusan permohonan akan dipaparkan di skrin aplikasi.
Ya, aplikasi UPUPocket boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store
Fungsi utama termasuk semakan status permohonan UPU, semakan keputusan, panduan syarat kemasukan (e-Panduan), kalkulator merit, maklumat institusi, serta saluran aduan dan maklum balas