Remaja mempunyai kategori umur remaja yang berbeza daripada golongan umur yang lain.
Remaja sering dikaitkan dengan golongan pertengahan di dalam peringkat umur manusia.
Benarkah takrifan ini dan apakah definisi umur remaja di Malaysia?
Umur Remaja Di Malaysia
Zaman remaja merupakan tempoh peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), remaja ditakrifkan sebagai ‘sudah cukup umur atau muda.’
Mereka pada umumnya mempunyai perasaan yang berbeza di dalam kehidupan, mengikut lokasi kependudukan, dan identiti dipengaruhi oleh budaya hidup mereka sendiri.
Dalam konteks umur, remaja dikategorikan mereka yang berumur di antara 10 hingga 19 tahun.
Umur Remaja Mengikut Islam
Di dalam Islam, tidak ada dinyatakan istilah remaja secara khusus namun golongan tersebut termasuk dalam kategori pemuda iaitu syabab atau fataa.
Imam Ghazali mendefinisikan remaja sebagai golongan yang mencapai peringkat baligh iaitu ketika manusia telah dianggap mempunyai akal yang sempurna dan perkembangan akalnya telah matang sehingga mampu untuk menguasai dengan sendiri.
Dr. Ibrahim Hanis, Dr. Abd. Halim Muntasir, dan Attiyah al-Sawahiliy, remaja ialah orang yang telah sampai ke peringkat baligh tapi belum ke peringkat kelakian dan kelakian itu ialah peringkat keistimewaan sifat-sifat teristimewa bagi semua lelaki.
Dapat dirumuskan bahawa, Islam menggunakan pengukuran akil baligh dalam mendefinisikan remaja dan ukuran tersebut menjadi satu piawaian untuk menentukan seseorang itu telah mencapai tahap remaja atau sebaliknya.
Perubahan Fizikal
Perubahan fizikal bagi seseorang remaja adalah seperti berikut:
Lelaki | Perempuan | |
Tumbesaran badan Tubuh kita membesar dan ia berlaku dengan pantas | – Bermula pada umur 12-13 tahun – Memuncak pada umur 14 tahun – Berhenti membesar pada umur 18 tahun – Purata ketinggian adalah 10.5 sentimeter setahun – Purata ketinggian yang dicapai adalah 28 sentimeter – Dipengaruhi oleh hormon lelaki iaitu androgen | – Bermula pada umur 10 – 11 tahun – Memuncak pada umur 12 atau 13 tahun – Berhenti membesar pada umur 17 atau 18 tahun – Purata halaju ketinggian adalah 9 sentimeter setahun – Purata ketinggian yang dicapai adalah 25 sentimeter – Dipengaruhi oleh hormon perempuan iaitu estrogen |
Perubahan bentuk badan | – Bahu berotot dan sasa – Peningkatan stamina dan kekuatan | -Bentuk payudara, paha dan punggung semakin membesar dan menonjol |
Pertumbuhan bulu badan | – Ketiak – Kawasan kemaluan – Misai dan janggut | – Ketiak – Kawasan kemaluan |
Lain-lain | – Kulit semakin kasar dan berminyak – Jerawat mungkin tumbuh | – Kulit semakin lembut dan berminyak – Jerawat mungkin tumbuh |
Baca juga: