Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) : Semakan Kesihatan Mental KKM

Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) : Semakan Tahap Kesihatan Mental KKM

Kesihatan mental merupakan salah satu isu yang ramai selalu terlepas pandang. Sekiranya tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan masalah mental yang lebih teruk seperti kemurungan, anxiety dan stres melampau.

Bagi yang belum tahu, sebenarnya anda boleh mengukur tahap stres dan kemurungan dengan mudah secara atas talian menerusi ujian Saringan Minda Sihat.

Lebih dikenali sebagai DASS (Depression Anxiety Stress Scales), anda hanya perlu menjawab beberapa soalan yang disenaraikan.

Apa Itu Ujian Saringan Minda Sihat?

Ujian Saringan Minda Sihat atau DASS merupakan ujian saringan secara bertulis bagi mengenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stres seseorang.

Ia juga merupakan panduan awal bagi mengenalpasti sebarang simptom awal atau rawatan sekiranya diperlukan oleh pesakit.

Meskipun begitu, perlu diingat bahawa hasil keputusan ini bukanlah diagnosis. Sebaliknya, ia merupakan dokumen yang boleh digunakan oleh doktor dan klinik kesihatan sebagai rujukan.

ujian kesihatan mental dass stres anxiety
ujian kesihatan mental dass stres anxiety

Cara Mengambil Ujian Saringan Minda Sihat

Anda perlu baca setiap kenyataan dan pilih jawapan bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang dua minggu yang lalu.

Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab mana-mana kenyataan.

Sila pilih daripada pilihan Tidak Pernah / Jarang/ Kerap/ Sangat Kerap bagi setiap soalan.

Harus diingat bahawa tiada jawapan betul atau salah bagi ujian ini.

i) Ujian Saringan Minda Sihat (Online)

Sila klik pada salah satu pautan berikut untuk memulakan ujian DASS.

Terbuka untuk semua, ada simptom atau tidak boleh menjawab soalan ini untuk tahu tahap kesihatan mental kita yang sebenar.

Keputusan Ujian Saringan Kesihatan Mental ini akan dikongsikan kepada pengguna sebaik sahaja semua soalan telah selesai dijawab. 

saringan minda sihat

ii) MyMinda (MySejahtera)

Selain ujian atas talian, anda juga boleh mengambil ujian penilaian kesihatan minda menerusi aplikasi MySejahtera iaitu MyMinda.

Ia terdiri daripada tiga sub-modul bagi menilai kesihatan mental, penjagaan diri pengguna serta akses kepada pakar dalam kesihatan mental.

myminda sejahtera ujian kesihatan mental

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggunakan kemudahan MyMinda :

  • Untuk mengakses MyMinda, buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke bahagian khusus MyMinda.
  • Seterusnya, klik butang “Screen Now” untuk mulakan ujian.
  • Jawab soalan-soalan yang disediakan.
  • Keputusan akan dikongsikan sebaik sahaja pengguna selesai menjawab semua soalan.

Setelah anda mendapat keputusan, cetak atau screenshot keputusan saringan.

Bawa keputusan tersebut ke fasiliti kesihatan terdekat dan dapatkan rujukan pakar sekiranya perlu.

saringan minda sihat
Sumber : Public Health Malaysia

Anda juga boleh layari laman web mindasihatkkm.com atau hubungi talian bantuan HEAL 15555 untuk mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan emosi.

Bantu kami share artikel ini: