Ujian Diagnostik Tahun 1 lazimnnya dijalankan sebelum murid Tahun 1 apabila mereka mula melaporkan diri kehadiran ke sekolah.
Ianya dilaksanakan untuk mengesan tahap penguasaan semasa murid, ia juga bertujuan menyusun murid mengikut tahap dan di masukkan ke kelas berdasarkan tahap semasa.
Definisi Diagnostik
Diagnostik merupakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
Hasil pengukuran ini akan menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun individu.
Tujuan Ujian Diagnostik
Tujuan ujian ini dilakukan adalah seperti berikut:
- Membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid.
- Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
- Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
- Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
- Membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
Pelaksanaan Ujian Diagnostik
Ujian ini akan dilakukan menerusi pelaksanaan berikut:
- Dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
- Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul.
- Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
- Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.
- Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keputusan atau data-data yang diperoleh melalui ujian ini.
- Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.
- Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.
- Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.
Contoh Soalan Ujian Diagnostik
Contoh soalan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:
i) Ujian Bahasa Melayu
ii) Ujian Bahasa Inggeris
iii) Ujian Matematik
iv) Ujian Pendidikan Islam
Info Lanjut
Info lanjut mengenai ujian ini, sila layari https://panitiapemulihan.wordpress.com/2012/02/20/apa-itu-ujian-saringan-ujian-diagnostik/
Baca juga: Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) SPM – Format & Contoh Soalan