Ujian Buta Warna: Contoh Soalan dan Kepentingannya

Ujian Buta Warna
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ujian buta warna adalah ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti sekiranya seseorang individu itu buta warna atu tidak.

Orang yang buta warna tidak dapat melihat warna tertentu atau semua.

Mengikut undang-undang jalan raya, individu yang memiliki masalah buta warna ini biasanya tidak dibenarkan untuk mengambil ujian lesen memandu jalan raya.

Jenis-jenis Buta Warna

Secara umumnya, terdapat beberapa kategori buta warna seperti yang berikut:

  1. Buta Warna Merah-Hijau
  2. Buta Warna Biru-Kuning
  3. Buta Warna Lengkap

1. Buta Warna Merah-Hijau

Ini adalah jenis buta warna yang paling biasa ditemui di mana individy tersebut tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

Terdapat empat 4 jenis buta warna merah-hijau:

Deuteranomaly: Orang yang menderita Deuteranomaly melihat warna hijau lebih merah – dianggap sebagai buta warna ringan kerana ia tidak menjejaskan aktiviti rutin biasa.

Protanomaly: Orang yang mempunyai Protanomaly melihat warna merah sebagai lebih hijau dengan kurang kecerahan – dianggap sebagai ringan dan biasanya tidak mengganggu aktiviti biasa dengan ketara.

Protanopia dan deuteranopia: Menjejaskan orang dengan cara mereka tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

2. Buta Warna Biru-Kuning

Buta warna biru-kuning menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti perbezaan antara biru dan kuning serta warna kuning dan merah.

Buta warna jenis ini kurang ditemui di kalangan awam.

Berikut adalah 2 jenis buta warna biru-kuning:

Tritanomaly: Menjadikannya sukar untuk membuat perbezaan antara biru dan hijau, dan antara warna kuning dan merah.

Tritanopia: Menyebabkan kesukaran membezakan antara warna biru dan hijau, warna ungu dan merah serta warna kuning dan merah jambu.

3. Buta Warna Lengkap

Orang yang mengalami masalah buta warna sepenuhnya tidak dapat melihat warna sama sekali.

Keadaan perubatan ini dipanggil monokromasi dan agak jarang berlaku.

Orang yang mengalami monokromasi bukan sahaja menghadapi masalah untuk melihat dengan jelas tetapi juga lebih sensitif kepada cahaya.

Kepentingan melakukan ujian

Keabnormalan ini boleh berbahaya dan menyebabkan kemalangan serius di jalan raya.

Oleh kerana papan tanda dan penunjuk lalu lintas mengikut skema pewarnaan di peringkat antarabangsa, orang yang buta warna tidak layak untuk mendapatkan lesen memandu.

Baca lagi: Harga Lesen Memandu Terkini di Malaysia

Sebaik sahaja buta warna disedari, sila hubungi doktor optometri anda dengan segera.

Untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia, calon perlu menjawab ujian buta warna untuk sebarang kemungkinan masalah buta warna dan kekurangan penglihatan.

Lulus ujian buta warna adalah prasyarat untuk mencuba ujian tanda lalu lintas dan peraturan berasaskan komputer, dan ujian pemanduan praktikal.

Contoh Soalan Ujian

Tempoh ujian ini adalah 15 minit sahaja.

Jumlah 8 soalan akan ditanya. Untuk lulus ujian, calon perlu mencapai 100% markah.

Sekiranya calon gagal dalam ujian buta warna, JPJ akan mengarahkan calon tersebut mendapatkan nasihat perubatan dan pemeriksaan mata.

Walau bagaimanapun, format dan jenis soalan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Kenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 15

ujian rabun warna

Kenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 7

ujian rabun warna

Kenalpasti nombor plat. Jawapan: WJH 718

Kenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 16

Kenalpasti warna dipaparkan. Jawapan: Hijau

Kenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 57

rabun warna

Kenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 26

rabun warna

Kenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 56

Sumber rujukan: http://www.myhealth.gov.my/rabun-warna/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut