Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Kepada Bakal Haji
Musim haji setiap tahun membawa seribu satu emosi kepada umat Islam terutamanya apabila ada ahli keluarga, sahabat atau jiran tetangga yang dijemput menjadi tetamu Allah SWT.
Memberi ucapan dan doa kepada bakal haji adalah salah satu bentuk sokongan dan penghormatan yang amat bermakna.
Ucapan selamat menunaikan ibadah haji bukan sekadar kata-kata tetapi doa dan harapan yang tulus agar perjalanan mereka diberkati dan selamat hingga kembali ke tanah air.
Jom baca beberapa contoh ucapan selamat menunaikan ibadah haji yang anda boleh ucapkan atau kirimkan kepada bakal haji.
BACA JUGA: Hari Raya Haji 2026: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah
30 Contoh Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji Kepada Bakal Haji
1. “Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur. Doakan kami juga di sana nanti.”
2. “Semoga perjalanan ke Tanah Suci berjalan lancar, dilimpahi keberkatan dan pulang dengan hati yang bersih serta penuh cahaya keimanan. Kami doakan yang terbaik untuk kalian.”
3. “Menjadi tetamu Allah SWT adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Semoga segala amal diterima, dan ibadah hajimu sempurna serta diberi kekuatan sepanjang berada di sana.”
4. “Titipkan doa buat kami di hadapan Kaabah. Selamat menunaikan ibadah haji dengan penuh sabar, ikhlas dan tawaduk. Haji mabrur inshaAllah!”
5. “Semoga perjalanan ke Tanah Suci dipermudahkan Allah, dilimpahi keberkatan dan kembali sebagai haji yang mabrur. Selamat menunaikan ibadah haji!”
6. “Selamat berangkat haji, semoga segala doa yang dipanjatkan di Tanah Suci dimakbulkan Allah dan menjadi titik perubahan hidup yang lebih baik.”
7. “Selamat menunaikan rukun Islam kelima, semoga perjalananmu diberkati dan menjadi inspirasi buat kami semua.”
8. “Selamat menunaikan haji, semoga sentiasa istiqamah, dilancarkan segala urusan, dan diberi kesihatan sepanjang di Tanah Suci.”
9. “Semoga Allah melindungi dan memberkati setiap langkahmu di Tanah Suci, serta pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga”
10. “Selamat menunaikan haji, semoga Allah mudahkan segala urusanmu dan perjalananmu penuh makna dan hikmah.”
11. “Selamat menunaikan ibadah haji, semoga seluruh keluargamu juga mendapat keberkatan dan sentiasa dalam lindungan Allah.”
12. “ Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga perjalananmu ke Tanah Suci dipermudahkan Allah, segala amalan diterima dan menjadi haji yang mabrur. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkahmu. Semoga pulang nanti membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah SWT, insyaAllah.”
13. “Selamat berangkat ke Makkah, semoga setiap langkahmu di sana sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga segala dosa diampunkan, doa dimakbulkan dan pulang dengan hati yang bersih serta iman yang lebih kukuh.”
14. “Selamat menunaikan haji. Semoga perjalanan ini diberkati, ibadah dipermudahkan dan setiap langkah kalian dirahmati Allah SWT. Doakan kami di Tanah Suci agar terus diberi hidayah. Semoga pulang dengan haji mabrur dan hati yang lebih dekat kepada Ilahi.”
15. “Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan semua rukun dan wajib haji. Doa kami sentiasa mengiringi dari jauh. Semoga kalian dikurniakan haji yang mabrur serta diberi peluang untuk kembali lagi ke Tanah Suci.”
16. “Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya sepanjang perjalananmu menunaikan ibadah haji. Semoga segala ujian dan cabaran di sana dapat dihadapi dengan sabar dan reda. Kami doakan agar dirimu kembali dengan selamat, membawa haji yang mabrur dan menjadi contoh kepada keluarga serta masyarakat.”
17. “Syukur kepada Allah kerana memilihmu menjadi tetamu-Nya tahun ini. Selamat menunaikan ibadah haji, semoga segala urusan dipermudahkan, kesihatan sentiasa terjaga dan segala amalan diterima. Jangan lupa doakan kesejahteraan kami di sini dan semoga kita semua dapat bertemu di syurga kelak.”
18. “Tahniah kerana terpilih menjadi tetamu Allah. Selamat menunaikan ibadah haji, semoga setiap amalan diterima dan menjadi bekalan di akhirat kelak.”
19. “Semoga Allah SWT memberkati perjalanan hajimu, memudahkan segala urusan, dan melindungi dari segala kesulitan. Selamat menunaikan ibadah haji, semoga segala amalan diterima dan menjadi asbab kebahagiaan dunia akhirat. Doakan kami di sini agar suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci juga.”
20. “Menjadi tetamu Allah SWT adalah satu anugerah yang amat besar. Semoga setiap detik di Tanah Suci memberi makna mendalam buat kalian. Selamat menunaikan ibadah haji dengan penuh keikhlasan, tawaduk dan sabar. Doakan kami turut dijemput ke sana suatu hari nanti.”
21. “Semoga segala persiapan dan urusan haji berjalan lancar. Di Tanah Suci, mohon doakan kesejahteraan kita semua. Selamat menunaikan ibadah haji!”
22. “Doa kami mengiringi perjalanan kalian menuju Tanah Suci. Semoga dipermudahkan untuk menunaikan setiap ibadah, dilapangkan dada dalam segala urusan, dan diberi ganjaran haji mabrur.”
23. “Selamat menjadi tetamu Allah SWT. Semoga setiap langkah penuh hikmah, setiap doa dimakbulkan, dan setiap amalan diterima. Pulanglah dengan hati yang bersih dan suci.”
24. “Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga dipayungi rahmat dan perlindungan Allah sepanjang masa. Kami tumpang gembira atas rezeki ini. Doakan agar kami juga menyusul sebagai tetamu-Nya suatu hari nanti. Jaga kesihatan!”
25. “Selamat menunaikan ibadah haji dengan sepenuh jiwa dan raga. Semoga pulang membawa sinar baru dalam kehidupan, serta menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah.”
26. “Ucapan setinggi-tinggi tahniah kerana terpilih menjadi dhuyufurrahman. Selamat menunaikan haji. Semoga dipermudahkan semua urusan dan diberikan kemudahan dalam melakukan ibadah”
27. “Alhamdulillah, Allah jemput kalian jadi tetamu-Nya. Selamat menunaikan haji, semoga segalanya dipermudah dari pergi sampai balik. Jangan lupa doakan kami juga di hadapan Kaabah ya.”
28. “Selamat menunaikan haji! Semoga setiap langkah diberkati, setiap rukun dipermudah dan setiap doa diperkenan.”
29. “Selamat menunaikan haji, semoga jadi haji yang mabrur. Jaga diri, jaga niat, dan jaga hubungan dengan Allah sepanjang berada di sana. Doakan kami juga agar sampai ke sana satu hari nanti.”
30. “Doa kami dari jauh agar segala urusan kalian dipermudahkan. Selamat menunaikan haji, semoga Allah kurniakan kesihatan, ketenangan dan kelapangan jiwa.”
BACA JUGA: Karnival Haji, Umrah & Pelancongan 2025 (KHUP3) – Tarikh / Jadual Acara
Adab Memberi Ucapan Kepada Jemaah Haji
Sewaktu memberi ucapan, pastikan anda:
- Menggunakan bahasa yang lembut dan penuh doa
- Mengelakkan ucapan yang boleh menimbulkan kebimbangan atau ketakutan
- Menyelitkan doa untuk kesihatan, kemudahan dan keselamatan mereka
- Menyebut harapan agar mendapat haji yang mabrur
- Mengajak mereka mendoakan kita juga ketika di Tanah Suci
Setiap jemaah haji yang berangkat ke Tanah Suci membawa harapan besar, bukan sahaja untuk diri mereka tetapi untuk semua yang mereka tinggalkan.
Maka, hulurkan kata-kata semangat dan iringan doa agar mereka merasa didampingi walau berjauhan. Mudah-mudahan, kita semua turut dijemput sebagai tetamu Allah suatu hari nanti. Amin, ya Rabb.
Anda boleh baca irsyad fatwa Mufti WP Edisi Haji & Korban di sini: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-haji-korban