Ubat tidur digunakan bagi merawat insomnia untuk memberikan anda rasa mengantuk.
Ia juga boleh membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang terbaik dari terbangun di tengah malam.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan senarai ubat tidur dan kesan sampingannya kepada kesihatan anda.
Baca juga:
Apa itu ubat tidur?
Pil tidur ialah ubat yang direka untuk membantu anda tertidur atau terus tidur, dan kadangkala digunakan untuk membantu merawat insomnia.
Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius, jadi jika anda mengalami masalah tidur ambil tindak terbaik dengan berbincang dengan pakar kesihatan terlebih dahulu.
Bagaimana ubat tidur berfungsi
Setiap ubat tidur memainkan fungsi dan tindak balas yang berbeza-beza. Ia mampu bertindak pada sistem saraf pusat dan membantu mengatasi masalah kesukaran untuk tidur.
Siapa yang perlu makan?
Ubat tidur boleh memberi kesan yang baik untuk insomnia jangka pendek yang berpunca daripada tekanan, jet lag, penyakit, atau masalah sementara yang lain.
Manakala dalam kes lain, pesakit juga boleh menggunakan ubat untuk insomnia kronik yang boleh bertahan selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun.
Jenis ubat tidur
Ubat Tidur | Membantu anda tertidur | Membantu anda terus tidur | Boleh membawa kepada pergantungan |
---|---|---|---|
Daridorexant (Quviviq) | ✔ | ✔ | ✔ |
Doxepin (Silenor) | ✔ | ||
Eszopiclone (Lunesta) | ✔ | ✔ | ✔ |
Lemborexant (Dayvigo) | ✔ | ✔ | ✔ |
Ramelteon (Rozerem) | ✔ | ||
Suvorexant (Belsomra) | ✔ | ✔ | ✔ |
Temazepam (Restoril) | ✔ | ✔ | ✔ |
Triazolam (Halcion) | ✔ | ✔ | |
Zaleplon (Sonata) | ✔ | ✔ | |
Zolpidem (Ambien, Edluar, Zolpimist) | ✔ | ✔ | ✔ |
Zolpidem extended release (Ambien CR) | ✔ | ✔ | ✔ |
Kesan sampingan
Setiap ubat tidur memiliki kesan sampingannya yang tersendiri dan berbeza-beza kepada kesihatan setiap orang. Antara kesan yang boleh anda dapatkan adalah seperti:
- Pening dan pitam sehingga boleh menyebabkan jatuh
- Sakit kepala
- Cirit-birit atau loya
- Reaksi alergik yang teruk
- Perubahan pada pemikiran dan tingkah laku seperti halusinasi, masalah untuk mengingati sesuatu peristiwa, rasa ingin membunuh diri dan tingkah laku pelik
- Mengantuk yang berpanjangan, lebih-lebih lagi dengan ubat-ubatan yang membantu anda terus tidur
- Sembelit
- Lemah otot
- Mulut kering
- Masalah penghadaman, termasuk gas, pedih ulu hati dan loya
Cara penggunaan yang betul
Sungguhpun ubat tidur mempunyai kesan sampingannya tertentu tetapi ia masih selemat digunakan dengan mengamalkan cara penggunaan yang betul.
Berikut ialah beberapa nasihat tentang cara menggunakannya dengan selamat.
1. Dapatkan nasihat doktor, farmasi, atau pembekal ubat
Sebelum anda ambil pil tidur, dapatkan terlebih dahulu nasihat doktor, farmasi, atau pembekal ubat untuk lakukan pemeriksaan menyeluruh.
Selalunya, mereka ini akan mencari punca khusus kepada masalah insomnia yang anda hadapi.
Seterusnya, mereka akan menentukan berapa lama pil tersebut perlu dimakan, dan tindakan lanjut yang perlu anda lakukan.
2. Baca panduan ubat yang diberikan
Sebelum makan pastikan anda baca panduan ubat yang diberkan supaya anda memahami cara dan bila untuk mengambil ubat tersebut serta kesannya.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, tanya doktor, ahli farmasi atau pembekal ubat tersebut.
3. Elakkan diri dari minum minuman beralkohol
Jangan sesekali mencampurkan alkohol dan ubat tidur. Hal ini kerana alkohol boleh meningkatkan kesan sedatif pil.
Bahkan kesannya, alkohol yang digabungkan dengan pil tidur boleh membuat anda berasa pening, keliru, pengsan, dan pernafasan jadi perlahan.
4. Perhatikan kesan sampingan
Jika anda berasa mengantuk atau pening sepanjang hari atau juga mengalami gejala kesan sampingan yang lain, segeralah beritahu doktor untuk sama ada menukar ubat lain, mengurangkan dos, atau menghentikan penggunaannya terus.
5. Berhenti ambil ubat dengan berhati-hati
Biasanya ubat tidur boleh menyebabkan anda rasa bergantung sepenuhnya pada ubat tersebut pada jangka masa yang panjang.
Justeru itu, jangan terus berhenti ambil ubat tidur secara mendadak. Dapatkan nasihat dari doktor, ahli farmasi, atau pembekal ubat untuk anda berhenti secara beransur-ansur.
6. Jangan mengambil pil tidur dengan opioid
Opioid adalah kelas ubat penghilang rasa sakit yang digunakan secara meluas. Ia termasuk ubat preskripsi, seperti oksikodon, hidrokodon, morfin, metadon dan fentanyl opioid sintetik.
Kelas ini juga termasuk dadah haram, seperti heroin. Menggabungkan opioid dengan pil tidur sangat berbahaya.
Ia meningkatkan kesan sedatif pil dan boleh menyebabkan pernafasan perlahan, tidak bertindak balas, atau lebih teruk terus berhenti bernafas.
7. Ambil pil tidur hanya bila anda boleh tidur nyenyak
Hanya ambil pil tidur apabila anda tahu anda boleh mendapatkan tidur malam yang penuh sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam.
Sesetengah pil tidur mempunyai kesan jangka masa pendek bertujuan untuk anda bangun di tengah malam.
Ia sesuai diambil sekiranya anda hanya bercadang untuk tidur seketika sekurang-kurangnya empat jam.
8. Jangan ambil pil tidur sebelum hendak tidur
Pil tidur boleh membuatkan anda kurang sedar tentang apa yang anda lakukan sehingga meningkatkan risiko yang berbahaya.
Justeru itu, pastikan anda ambil ubat tidur hanya sahaja selepas anda benar-benar ingin tidur atau telah menyelesaikan semua aktiviti malam anda sebelum tidur.
Tips tidur lebih lena tanpa pil tidur
Terapi tingkah laku kognitif (CBT) adalah alat yang berkesan untuk memperbaiki tidur dan menyembuhkan insomnia.
Perubahan tingkah laku boleh meningkatkan kualiti tidur seseorang tanpa memerlukan tidur. Antara tips yang boleh dilakukan secara semulajadi adalah seperti:
- Elak dari makan terlalu banyak sebelum tidur
- Kurangkan pengambilan kafein, termasuk kopi, soda dan coklat sepanjang hari dan terutamanya sebelum tidur
- Berhenti merokok
- Dengar muzik yang menenangkan, baca buku atau meditasi dengan cara tersendiri
- Matikan peranti elektronik sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur
- Kekal aktif secara fizikal pada siang hari
- Konsisten pda jadual tidur yang dibuat ((waktu tidur dan waktu bangun yang sama) walaupun pada hujung minggu)
- Pastikan bilik tidur anda selesa, gelap, tenang, dan sejuk untuk lebih selesa
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat tidur dan cara penggunaannya yang betul dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
- Prescription Sleeping Pills: What’s Right For You? Mayo Clinic
- Safe Use of Sleeping Pills. Health Direct
- Understanding the Side Effects of Sleeping Pills. WebMD