Ubat Gout : Punca & Tanda-Tanda Awal Penyakit

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi anda yang menghidap penyakit Gout pastinya anda tahu bertapa terseksanya menahan kesakitan apabila penyakit ini menyerang anda. Bagi pesakit yang mengalami penyakit ini, ubat gout pasti menjadi peneman anda.

Namun bagi anda yang tidak tahu, mari baca artikel ini, akan kami terangkan serba sedikit berkenaan penyakit ini dan bagaimana cara untuk anda merawatnya. Oleh itu pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi. 

gout

Apa itu Gout?

Gout merupakan sejenis radang sendi atau arthritis yang berlaku disebabkan kandungan asid urik yang berlebihan dalam tubuh pesakit.  Asid urik yang berlebihan akan mengakibatkan pembentukan kristal terutamanya pada bahagian sendi pada kawasan jari tangan atau kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan atau siku.

Pengumpulan asid urik ini kemudiannya menyebabkan penghasilan benjolan kecil pada kulit yang dipanggil tophi. Situasi ini membuatkan pesakit berasa sangat sakit dan tidak selesa atau berasa seperti terdapat pasir di dalam sendi ketika anggota badan tersebut digerakkan.

Serangan penyakit ini selalunya akan terjadi apabila pesakit mengambil makanan yang mempunyai kadar purin yang tinggi seperti daging, udang, ikan bilis, kekacang dan ikan sardin. Purine yang dimakan inilah yang akan dicernakan kepada asid urik.

Serangan gout akut ini akan menyebab kesakitan yang mampu mencapai tahap maksima selam 48 jam yang pertama, dan kesakitan ini akan berkurang sedikit demi sedikit dan kebiasaannya akan pulih menjelang hari yang ke 14. 

Namun begitu, proses pemulihan ini memerlukan disiplin yang sangat tinggi daripada para pesakit. Pengambilan ubat gout yang bersesuaian dan penjagaan makanan perlu sentiasa dilakukan bagi mengelakkan keradangan sendi ini datang kembali.

Sumber: KKM

Simptom / Tanda-Tanda Awal

Untuk pengetahuan anda, pesakit yang mengalami penyakit ini akan mengalami beberapa simptom sebelum penyakit ini menyerang. Simptom tersebut adalah:

  • Sakit yang teruk atau teruk pada satu atau lebih sendi
  • Hangat apabila disentuh
  • Bengkak di dalam dan sekitar sendi yang terjejas
  • Kemerahan
  • Kekakuan sendi

Simptom boleh berkembang dengan cepat dan berlangsung selama 3 hingga 10 hari. Serangan gout berulang adalah perkara biasa pada hampir semua individu, selalunya berlaku dalam tempoh setahun selepas episode awal.

69_Tanda-tanda_Gout

Baca juga: 10 Khasiat Tongkat Ali : Herba Semula Jadi untuk Kesihatan Optimum

Faktor Berlaku

Untuk pengetahuan anda, risiko untuk anda menghidapi penyakit gout ini adalah lebih tinggi jika anda mempunyai kadar asid urik yang berlebihan. Antara faktor-faktor yang meningkatkan tahap asid urik dalam badan ini ialah:

  • Diet
    • Pengambilan daging atau makanan laut dalam jumlah yang banyak, alkohol berlebihan dan minuman tinggi gula.
  • Umur dan jantina
    • Gout lebih kerap berlaku pada lelaki, terutamanya mereka yang berumur antara 30 dan 45 tahun. 
    • Wanita menjadi lebih terdedah selepas umur 55 tahun.
    • Juga biasa dilihat dalam kalangan mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun, tanpa mengira jantina.
  • Keadaan perubatan
    • Keadaan perubatan tertentu, seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit buah pinggang kronik, dikaitkan dengan peningkatan risiko gout.
  • Faktor lain
    • Faktor risiko lain termasuk obesiti dan mengambil ubat-ubatan yang menjejaskan tahap urate darah, terutamanya diuretik.

Ubat Gout

Berikut merupakan beberapa ubat yang boleh diambil oleh pesakit gout. Namun begitu, anda perlu pastikan anda mendapatkan rawatan di hospital terlebih dahulu dan dapatkan saranan pakar, bagi memastikan ubat yang diambil bersesuaian dengan tubuh anda:

  • Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)
    • Ubat dalam kumpulan NSAID seperti diclofenac, ibuprofen dan celecoxib berfungsi untuk menghalang proses semula jadi di dalam badan yang menyebabkan bengkak dan gejala keradangan akibat gout.
    • Pesakit yang mengalami ulser perut tidak seharusnya mengambil ubat ini tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi, kerana ia berisiko mengakibatkan kesan sampingan ketidakselesaan perut dan juga boleh meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang dan hati.
  • Colchicine
    • Colchicine merupakan alternatif yang diberikan kepada individu yang tidak boleh mengambil ubat dalam kumpulan NSAID. 
    • Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas pengambilan colchicine termasuklah loya, muntah dan cirit-birit. 
  • Kortikosteroid
    • Ubat kortikosteroid seperti prednisolone pula akan dipertimbangkan untuk individu yang tidak sesuai mengambil ubat NSAID dan colchicine ketika serangan gout berlaku. 
    • Walau bagaimanapun, rawatan menggunakan kortikosteroid hanya untuk jangka masa pendek sahaja.
  • Allopurinol
    • Ubat allopurinol diberikan kepada pesakit untuk membantu mengekalkan paras asid urik di dalam darah berada pada paras normal
    • Allopurinol hanya boleh dimulakan setelah gejala bengkak dan sakit sendi akibat serangan gout akut pulih.
  • Ubat-ubatan lain
    • Febuxostat merupakan ubat alternatif sekiranya pesakit mempunyai alahan kepada ubat allopurinol. 
    • Probenecid pula membantu dalam proses penyingkiran asid urik melalui air kencing.
ubat gout

Cara Mencegah Penyakit Gout

Selain mengambil ubat gout di atas, anda juga boleh mengurangkan risiko penyakit ini dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Menjalani terapi penurun urate (ULT) jangka panjang
    • Pengambilan ubat Allopurinol dan Febuxostat disyorkan untuk serangan gout yang berulang atau komplikasi gout.
  2. Perubahan gaya hidup
    • Untuk mencegah dan merawat gout, pesakit perlu disiplin dalam mengawal pemakanan mereka dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk ubah gaya hidup anda:
      • Kekalkan berat badan yang sihat.
      • Lakukan senaman setiap hari.
      • Elakkan makanan yang kaya dengan purin, yang menyumbang kepada pengeluaran asid urik, seperti daging merah, ikan berminyak, makanan laut dan produk yang mengandungi ekstrak yis.
      • Elakkan minuman manis dan makanan ringan.
      • Minum lebih banyak air dan kekal terhidrat.

Sumber: The Malaysian Medical Gazette

gout

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut